Overthinking?
Allahyarham emak meninggal masa melahirkan
adik den masa den berumur 10 tahun.
Den dan adik dibesarkan oleh atok (emak
kepada abah) dari umur den 10 tahun sehingga den berkahwin pada umur 28 tahun.
Den hanya jumpa abah setahun sekali masa Hari Raya Aidilfitri sepanjang den
membesar dari umur 10 tahun hingga 17 tahun sebab abah bermastautin di Pulau
Pinang dan den tinggal bersama atok di Port Dickson.
Abah berkahwin dengan emak tiri den semasa
den berumur 17 tahun.
Setiap orang pengalaman dan perasaannya
berbeza.
Ada orang yang apa pun berlaku dalam hidup
dia, dia akan berjaya mengharunginya dengan tabah hati dan akhirnya berjaya
menjadi sangat cemerlang.
I think I turn out okay and just fine.
Tapi hidup tanpa kasih sayang ibu bapa nih
sebenarnya memberi kesan samada secara langsung atau tidak langsung.
Macam den selalu ada rasa nak kena jaga hati
hampir semua orang sebab masa dibesarkan oleh atok, den sedar yang den
menumpang kasih atok, uncles dan aunties. Ada macam-macam perasaan lagi la.
So bila den dah ada anak sendiri, si F (7
tahun) dan si A (3 tahun), den memang ada rasa kerisauan melampau what will
happen to them kalau den dan buong meninggal dunia bersama-sama dalam masa
terdekat nih.
Jelas kita kena percaya qadaq dan qadar.
Jelas juga Allah Maha Menjaga, kita sebagai hamba sewajarnya bergantung harap
kepadaNya dan sebagainya cuma sebagai insan lemah yang nak baca Quran setiap
hari pun tak tercapai, rasa kerisauan tuh tidak dapat dihapuskan.
Kalo den dan buong meninggal dunia masa
diaorang belum dapat berfikir, siapa akan jaga diaorang? Berdasarkan
pemerhatian sekarang nih, adakah waris yang ada mampu membesarkan mereka dengan
keadaan mereka sekarang (kesihatan, kewangan, kasih sayang, etc).
Membesarkan anak-anak bukan satu
tanggungjawab yang mudah. Membesarkan anak-anak saudara atau cucu dan
sebagainya merupakan cabaran yang lebih hebat atas pelbagai sebab (perbezaan
kaedah didikan yang diterima dengan ibu bapa, bukan anak kita, etc).
Macam mana pula dengan the willingness of the
waris to be the guardian?
Even though kita sebagai parents ada
meninggalkan sedikit harta yang boleh digunakan untuk membesarkan anak-anak
kita, adakah waris hendak menguruskannya?
Serious banyak persoalan yang difikirkan bila
mengenangkan what will happen to the kids if anything ever happen to both me
and buong at the same time while the kids are still young.
This is actually one of the reasons why I and
buong decided to stop at kid number two. Reasons yang lain termasuklah umur
yang dah tua, kesihatan den yang tidak mengizinkan, tak pasti kaedah parenting
mana yang sesuai nak diaplikasikan dengan keadaan dunia yang makin mencabar
(masalah sosial, etc).
Kalau nak diikutkan hati, teringin je nak ada
baby lagi sebab babies are precious kot. Lagipun kedua-dua orang anak den boys.
Teringin juga nak ada anak perempuan. But I always have the feeling that if I
ever get pregnant accidentally ke ape, it will still be baby boy. Tak pasti
kenapa ada rasa sebegini tetapi gut feeling as a mum I guess.
In sya Allah den boleh handle kena suntik
Clexane through out the pregnancy (walau pun akan ada sesi menitik air mata
setiap kali tersalah cucuk, etc), the emergency caesarian, etc but I really couldn’t
handle the feeling my kids will have to survive on their own at the very young
age if anything ever happen to me and buong.
I always tell buong that he can always
remarry if I die, just make sure my babies are taken care off. Cari emak tiri
yang baik macam Julia Roberts dalam movie Stepmum tuh (nak jugak kan cerita
Hollywood).
#kalau den dah meninggal macam mana la den
nak halang buong kahwin lain kan sebab dah terputus pun hubungan den dengan urusan
dunia.
In sya Allah I’ll be single mingle je kalau
buong meninggal dunia sebab dah nak menopause kot, tiada perasaan la nak
menikah lagi unless the guy is Keanu Reeves @ Robert Downey Jr @ Bruno Mars @
Lee Byung Hun.
In sya Allah den dan buong sedang merancang
sampai pening kepala how to proceed with this.
Siapa guardian yang sesuai?
Shall we consider Warga Prihatin? Apakah
syarat-syarat Warga Prihatin untuk menerima the kiddos sekiranya waris masih
wujud dan agak berkemampuan untuk membesarkan kiddos?
Siapa yang sesuai sebagai Pemegang Amanah?
Amanah Raya? Lawyer @ Law firm? Sanak saudara? Kawan baik yang boleh
dipercayai?
Sanak saudara dan kawan baik tuh sudi tak nak
jadi Pemegang Amanah?
Berapa imbuhan yang perlu diberikan kepada Pemegang
Amanah di dalam menguruskan harta pusaka yang sekupang dua itu sehingga the
kiddos mencapai umur layak untuk mentadbir harta dan hidup mereka sendiri?
Itu adalah perkara yang den dan buong dok
fikir. Banyak info yang perlu dicari dan dipastikan tapi tidak dibuat-buat
lagi.
Not a walk in a park punya topic tapi nak tak
nak den dan buong kena bincang dan muktamadkan jua.
Den paling takut dan risau kalo den dan buong
meninggal dunia, F dan A akan melalui pengalaman yang den pernah lalu iaitu
membesar tanpa kasih sayang penuh emak dan ayah.
Bila mana den berdoa, den memang berharap baki
umur den dan buong masing panjang at least sampai F 18 tahun dengan harapannya
dia agak matang untuk menguruskan hidup, he can survive on his own termasuk
membesarkan A sekali tanpa perlu bergantung harap pada sesiapa.
Tak pasti adakah ini yang dikatakan
overthinking atau kebanyakan ibu bapa ada perasaan macam nih.
This entry is very personal to me. Menulis
nih pun air mata dok bergenang-genang sambil terkenangkan dua orang buah hati
den tuh, si F dan A sambil dengar lagu A Thousand Years oleh Christina Perri
dan lagu Photograph oleh Ed Sheeran.
Buah hati pengarang jantung. Intan payung. Apples of my eyes. Always and forever my babies. |
0 Comments