Kini Baru Aku Mengerti
Entry ini juga tiada kaitan dengan mana-mana
drama TV3 pukul 7 petang.
Dulu-dulu masa Allahyarham atok selalu cakap
tak tau nak makan apa atau tak lalu nak makan apa, den selalu musykil kenapa
tak tau nak makan apa sebab makanan ada pelbagai jenis kot dan kebanyakan
makanan adalah sangat sedap kot.
Allahyarham atok takpe la kot rasa macam tuh
sebab masa tuh dia dah 80an++ kot.
Sekarang nih den yang belum masuk umur 40
tahun lagi pun dah ada perasaan macam tuh. Perasaan tak tau dah nak makan apa
yang lalu kat tekak nih.
Kadang-kadang bila singgah kedai makan untuk
makan tengahari bila keluar ke lawatan tapak, tertawaf sampai 3, 4 kali dekat
semua lauk yang ada sebab tak tau nak makan apa.
Boleh je makan banyak makanan lagi tapi rasa
tak lalu tuh kuat sangat.
Boleh je makan fast food tapi bila makan
terasa muaknya.
Kuah berlemak macam masak lemak cili api,
kari, kurma, etc memang tak beberapa lalu nak makan.
Soup used to be my favourite tak kisah sup
ikan ke sup ayam ke sup daging ke tapi sekarang pun dah terasa jemu.
Makanan bertemakan pastry dan kek semua dah
tak beberapa lalu nak makan juga.
Bukan tak bersyukur ada banyak pilihan
makanan dan mampu untuk beli @ masak makanan ye. Lebih kepada rasa tak lalu nak
makan camtuh.
Sekarang baru la den faham kenapa Allahyarham
atok akhirnya nak makan ikan masin dengan nasi putih je sebab sekarang den pun
lalu makan ikan kering, nasi putih dan sambal belacan je. Langsung la masa
pergi Lumut hari tuh beli beberapa jenis ikan kering dan ikan masin untuk
bekalan (jangan esok-esok kena darah tinggi pulak sudah la ye).
Bukan den je ada rasa camnih. Buong pun ada
rasa yang sama. Kadang-kadang bila kitaorang sembang, kitaorang ada terasa ke
sebab kitaorang dah nak mati that’s why ada rasa camnih.
Tapi apa yang pasti we are getting old
huhuhuhu.
Patutnya dah ada rasa tak lalu makan, boleh
la teruskan makan oats untuk turunkan paras kolesterol kan tapi ianya tidak
berlaku ye. Memang tak lalu makan nasi bagai tapi sakan plak dok makan pisang
goreng, keledek goreng, jajan, etc yang confirm akan meningkatkan paras kolesterol.
Haish.
#Sepatutnya juga bila dah tak lalu makan nih,
ganti la puasa yang tidak terganti-ganti bertahun-tahun tuh tapi tak buat juga.
Adoi la.
0 Comments