Tajuk macam cerita seram tapi nak cerita pasal pengalaman den sekupang dua dengan kerusi roda yang baru dua tiga kali nih.
 
Baru dua kali den bawa mak mentua den untuk check up di PPUM yang memerlukan penggunaan kerusi roda sebab pergerakan dia terhad. Dia boleh berjalan tapi perlahan sebab otot kaki yang agak lemah due to a bit of scoliosis (tulang belakang bengkok). So bagi memudahkan pergerakan untuk ke hulu ke hilir di PPUM tuh, kerusi roda digunakan untuk memudahkan pergerakan sebab mengejar masa.

Disebabkan den tak pernah berasosiasi dengan kerusi roda, makanya memang agak kaku dan terpleot skit den menguruskannya. Dok terkulat-kulat nak lipat kerusi roda bila nak disimpan di ruang sempit semasa fisioterapi. 

Selalu den terlupa nak tarik brake untuk kerusi roda tuh bila nak parking untuk pemeriksaan doctor, beratur nak ambil nombor giliran, masa menunggu untuk dijemput balik dari PPUM, etc. Memang ada la adegan sekupang dua kerusi roda tuh termeluncur di kawasan tinggi. Walau pun tak laju sempat la jugak kerusi roda tuh samada melanggar kerusi roda lain atau terlanggar orang.

Masa menolak kerusi roda tuh di sekitar PPUM untuk pergi ke kaunter pendaftaran, etc ada dua tiga kali juga den langgar orang yang sedang berjalan depan den sebab den tak dapat nak agak jarak kerusi roda dengan orang kat depan tuh. Mujur sangat tiada siapa yang termelecet kakinya dilanggar oleh kerusi roda tuh.

Isu yang masih den belum mahir adalah apabila nak handle kerusi roda apabila masuk di dalam lif yang ramai orang. Terkantoi juga sekali dua terlanggar orang dalam lif tuh. 

Nak tolak kerusi roda masuk ke bilik konsultasi Doktor pun terkial-kial sebab pintu yang boleh dibuka tuh ngam-ngam lebar kerusi roda tuh. Kalau bilik konsultansi di bangunan lama lagi mencabar sebab dalam bilik tuh sendiri sempit. Jarak antara meja Doktor dan dinding adalah ngam-ngam lebar kerusi roda tuh.

Rasanya den banyak kali rasanya den dok cakap ‘I am sorry @ saya minta maaf’ disebabkan insiden-insiden yang berlaku akibat ketidakcekapan den mengawal kerusi roda tuh.

I really need to be careful on how to handle the wheel chair so that I will not hurt other people.

p/s 1 Tak ingat ceramah mana yang cakap antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala berterusan adalah dengan membeli dan mewakafkan kerusi roda untuk digunakan di tempat yang diperlukan macam hospital. So setiap kali orang guna kerusi roda tuh, in sya Allah kita akan dapat pahala.

p/s 2 Tengok my mother in law di atas kerusi roda tuh rasa macam sayu plak sebab masa dia cergas dulu ke hulu ke hilir dia dok bergerak macam lipas kudung. Bila mak mentua dok cakap ‘terima kasih sebab uruskan hal mak kat hospital, tolak kerusi roda mak, etc’, hati macam tersiat. Mungkin sebab den dah tua gamaknya so hati semakin mellow. Cepat tersentuh, cepat rasa macam-macam. Dah sampai umur wajib sedar diri nih memang macam tuh la gamaknya ye.

0 Comments