Entries yang tertunda lama gila sebab trip nih adalah pada 29 April hingga 2 Mei 2017.

Biasalah den melembap macam siput coz macam-macam benda nak dibuatnya. Life like that I guess.

So disebabkan ceite berjimbaan bersama konco-konco nih telah hampir 6 bulan berlalu, apa yang pasti adalah sememangkan akan ada banyak info yang dah keterlupaan. 

Memang setiap entries sedikit je info yang dapat dikongsikan sebab banyak perkara yang dah tidak dapat diingati macam masa yang diambil untuk setiap perjalanan, harga tiket masuk bagi kawasan yang dilawati, etc.

Trip ke Jogjakarta nih melibatkan 8 orang (7 dewasa + 1 kanak-kanak).

Trip mengikut tentatif yang telah dibincangkan oleh ketua kumpulan bersama pemandu pelancong. 

100% trip nih menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong yang telah den terlupa namanya. Adoi la….terpleot sungguh memori sekarang nih.

Tentatif sepanjang 4 hari 3 malam adalah seperti berikut:

Day 1 - flight pagi ke Jogjakarta - lunch di tepi sawah - Candi Prambatan - Toko silver dan batik - check in di Puri Pangeran Hotel - Alun-Alun Kidul.

Day 2 - Gunung Merapi - shopping buah salak - Candi Borobodur - Doha Shop - Kilang TShirt.

Day 3 - Kebun Mangunan - Hutan Pinus - Goa Pindul - Pasar Malioboro. 

Day 4 - Kalibiru - Bakphia Shop - flight balik ke Malaysia.

Disebabkan pergi dalam bilangan yang ramai, maka ramai la mangsa yang ada untuk mengambil gambar den. Sakan la menyuruh kawan-kawan mengambil gambar seorang sedikit. 

Gambar kawan-kawan yang terlibat di dalam rombongan Cik Kiah nih sedaya upaya den tidak masukkan dalam blog nih di atas sebab privacy. Tak berkesempatan nak tanya samada depa willing tak gambar depa masuk dalam blog picisan den nih.  

Marilah kita berharap den dapat siapkan ceite pasal Jogjakarta nih dalam tempoh satu bulan ye.

May the force be with me.
Antara tempat yang terlalu dari airport nak ke hotel di Jogjakarta

0 Comments