Dari Kebun Mangunan, kitaorang terus ke Hutan Pinus.
 
Kalau kita tengok di internet, ada Hutan Pinus di beberapa kawasan di Jogjakarta iaitu samada Hutan Pinus Asri Bantul, Dlingo Mangunan, Becici Bantul dan Sedangsari Bantul kalau tak salah pembacaan den la.

Den tak sure kitaorang dibawa oleh Pak Supir ke Hutan Pinus yang mana satu.

Tiket untuk masuk ke sini kalau tidak silap Rp 15,000/seorang.
Siap ada tong sampah kitar semula

Hutan Pinus nih katanya Hutan Lindungan. Den agak Hutan Lindungan bermaksud Hutan Simpan. Hutan Pinus ni adalah satu tempat yang sangat cantik untuk mereka yang suka mengambil gambar pemandangan dan mereka yang suka mengambil gambar swafoto. Kalau sesiapa yang nak ambil gambar pre-wedding atau post-wedding pun cantik kat sini.

Rasanya dekat sini dan Kalibiru adalah dua tempat yang paling banyak semua orang bergambar sebab memang cantik tempatnya. 

Hutan Pinus nih ada tiga tempat utama yang cantik untuk kita bergambar, setakat yang den berjalan-jalan kat situ la sebab kawasan nih luas, tidak terpegi ke semua kawasan dengan masa yang ada.

Spot pertama adalah pokok-pokok hutan tuh sendiri. Boleh dikatakan 90% kawasan nih terdiri daripada pokok-pokok hutan ni. Ada disediakan platform, bench daripada kayu, etc untuk kita bergambar. Ada juga batu besar yang agak landai yang kita boleh melompat di atasnya untuk gambar yang lebih hipster camtuh.
My fav photo. Tq Cik Yam ambilkan gambar nih.
Tak tau nak posing macam mana dah
Percubaan ke 10. TQ Acab for the photo.

Semasa mengambil gambar di sana sini di kawasan nih, ada sekumpulan anak muda (nampak sangat dah tua ye) bawa hammock dan tambatkan di pokok. Mereka mengambil gambar di hammock tuh dan berehat-rehat di situ. Ingat nak tumpang ambil gambar sekali di hammock tuh tapi tersegan pula.

Di samping menghayati keindahan pokok-pokok dan bergambar di sini, jangan lupa untuk mendongak ke atas untuk lihat pokok-pokok di hujung yang tidak bersentuh di antara satu sama lain. A very nice view. Dekat FRIM di Kepong, ada spesies pokok yang daunnya tidak bersentuh di antara satu sama lain, yang nih pun cantik juga.

Spot kedua adalah kawasan bunga-bunga yang ditanam di lereng bukit @ puncak. Yang nih memang sangat cantik untuk kita ambil gambar sebab bunga-bungaannya berwarna warni. Dari taman bunga nih, kita boleh nampak pemandangan bukit bukau dan langit yang sangat lawa.

Di sini pun kitaorang sakan ambil gambar. Naik atas bangku kayu la, melompat la, etc tapi memang meriah mengambil gambar setiap orang. Taman bunga yang secomel nih pun den dah rasa cantik sangat sebab bunga-bunga yang pelbagai warna dan bentuk. Tak tau la betapa cantiknya kalau musim bunga di luar Negara kan? Harapnya ada rezeki nak tengok bunga semasa musim bunga di New Zealand nanti (nak juga New Zealand).

Spot ketiga adalah pelantar-pelantar tinggi yang dibina yang kita apabila kita mengambil gambar boleh nampak view dari tempat tinggi. Yang nih memang la kan den tak naik sebab den memang agak gayat dan tangga untuk kita panjat tuh macam agak ngeri. So den hanya menumpang kasih mengambil gambar di kaki pelantar je. Dah dasar semuanya takut, ngeri…makanya pasrah je la tak dapat ambil gambar cantik pun.

Selepas sakan bergambar daripada muka comel lote sampai muka berminyak-minyak, makanya kitaorang melepak di kawasan gerai makan dan tandas yang disediakan di kawasan nih sementara menunggu kereta lain sampai bagi menggantikan satu kereta kitaorang yang tiba-tiba rosak pula.

Lama jugak menunggu dalam 1 jam. Understandable sebab jarak dari satu kawasan ke satu kawasan agak jauh, hence the time.

Sedap juga sosej yang dijual oleh penjaja yang ada tuh cuma bersedia la membayar harga pelancong camtuh. RM 6 untuk 1 sosej. 

Hutan Pinus nih memang destinasi wajib datang bagi sesiapa yang melawat Jogjakarta. Breathtaking view + majestic spot for photography.

3 Comments

  1. Memang wajib return back sbb byk tmpat lg x g..hutan pinus pn x abia jelajah..jogja wait for me.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita menabung untuk repeat tempat ni

      Delete
  2. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete