Hotel Strawberry Fields Petaling Jaya
Kitaorang menginap di hotel nih sebab ianya
merupakan antara hotel yang terdekat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM). Tak sampai 10 minit dah sampai ke PPUM dari sini.
Disebabkan temujanji
ibu mertuaku bersama ahli fisio dan doctor adalah pada pukul 8 pagi, makanya
memang kena menginap di hotel. Kalau gerak dari Shah Alam memang tidak akan
sampai tepat masa di PPUM.
Star point bagi hotel ni adalah ianya
berdekatan dengan pelbagai kedai makan sama ada fast food (Domino dan KFC),
kedai mamak (ada 3) dan kedai makan western serta goreng-goreng. Memang boleh
berjalan kaki dari hotel nih untuk ke semua kedai makan yang ada di sekitarnya.
Kawasan parking awam yang terletak
betul-betul di sebelah hotel juga merupakan kemudahan yang memudahkan
terutamanya bagi den yang membawa ibu mertua yang mengalami masalah untuk
berjalan.
Hotel ni sesuai untuk semua sebab dia
menyediakan kemudahan lif.
Bagi bilik dengan katil Queen bagi harga
RM110 semalam di kawasan Petaling Jaya adalah sangat okay sebab bilik dan bilik
air kemas dan bersih. Bilik dengan kemudahan standard dengan 2 botol air
mineral, cerek, uncang teh dan kopi, televisyen, tempat penyangkut baju, etc.
Lukisan tingkap siap dengan burung hehehehhe |
Walaupun biliknya agak kurang kalis bunyi
tapi masih selesa duduk di sini.
Bila check in kita akan dapat dua
complimentary drinks.
In sya Allah akan menginap lagi di sini
sekiranya ada urusan di awal pagi di kawasan ini.
0 Comments