Dari hotel nak ke kaki Gunung Merapi nih ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan.
 
Di kaki gunung kita perlu sewa jip untuk naik ke Gunung Merapi tuh. Dicadangkan untuk booking awal jip nih dari Malaysia lagi sebab tidak dapat nak dipastikan the availability of the jeep kalau kita walk in sahaja + harga bila booking awal adalah lebih murah daripada harga kalau kita walk in. Kitaorang booking jeep nih melalui our misai melintang tour guide, Wak Tok Tok (akhirnya den ingat juga namanya).
Our jeeps
Baru la den perasan pasal insurans nih

Jalan nak ke sini memang agak mengerikan dengan sempitnya dan keadaan jalan yang separa berturap + crusher run. Disebabkan den nih memang hati kecil, perasaan berdebar dan seriau masa naik jip tuh tetap ada walaupun pak supirnya adalah orang yang biasa menggunakan jalan tuh.

Memang ada beberapa kali jugak terjerit sebab kengerian tapi disebabkan member yang naik satu jip tuh pun jerit sama ala-ala jerit secara berduet camtuh, makanya takde la segan dengan pak supir tuh….hehhhheehehe.

Mula-mula kitaorang melawat Kaliadem Village di mana tinggalan kawasan kampong yang terkesan dengan letusan Gunung Merapi nih dulu. Penduduk yang rumahnya terkesan dengan letusan Gunung Merapi menjadikan tinggalan rumah dia tuh sebagai Muzium Mini Kesan Gunung Merapi.

Sisa peninggalan akibat letusan Gunung Merapi nih dapat dilihat pada rangka rumah yang masih ada, rangka lembu, rangka motorsikal, etc.

Kawasan rumah yang masih tinggal nih dihuni oleh jam yang terhenti semasa berlaku letusan, ringkasan kronologi letusan berlaku, jenis batuan dan mineral yang berada di dalam letusan tuh, perabot, barangan dapur yang diselaputi abu letusan, gambar-gambar semasa berlaku letusan Gunung Merapi, etc.

Kali terakhir Gunung Merapi meletus adalah pada November 2010 yang mengorbankan 100 nyawa. Selepas tuh ada lagi letusan yang berlaku tetapi dalam skala lebih kecil seperti pada tahun November 2013 dan May 2014.

Pasir dan batuan dari letusan Gunung Merapi adalah sesuai untuk bangunan. Tanah di kawasan letusan Gunung Merapi juga subur untuk pertanian.

Kitaorang seterusnya dibawa melawat ke kawasan pelancongan di Gunung Merapi yang ada kedai makan, kedai menjual cenderahati dan tempat untuk bergambar. Hampir 1 jam juga kitaorang di sini, sakan dok bergambar sana sini sambil membeli tshirt dengan tema Gunung Merapi.
Kena bayar untuk mengambil gambar di sini. Den ada ambil beberapa gambar di sini tapi tak pasti kenapa semua post nampak macam gedik. Jadinya tak payah la share di sini.
Pengorekan batuan volkanik sedang dilaksanakan
Kawasan nih memang touristy. So banyak je kenderaan yang bawa pelancong yang kita boleh berjumpa di sini.
Gunung Merapi yang terlindung balik kabus
Terasa macam dalam movie Harry Potter. Bersedia untuk main Quidditch.
Shopping time

Di sini kitaorang bergambar dengan Alien Stone yang pada kalau dilihat pada sudut tertentu nampak seperti wajah manusia.
Semua ahli rombongan Cik Kiah di Alien Stone
Kitaorang seterusnya dibawa ke Bunker Kaliadem di mana kalau mengikut penerangan oleh tourist guide tuh, bunker yang ada di sini digunakan oleh penduduk kampong untuk berlindung semasa berlakunya letusan Gunung Merapi. Pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam bunker nih tetapi disebabkan hampir semua ahli rombongan rasa ngeri, tiada seorang pun masuk ke dalam bunker tuh. Hanya bergambar di luar bunker sahaja.
My best shot of Mount Merapi

Kita akan dapat melihat Gunung Merapi dengan lebih dekat sekiranya kita mendaki kawasan tinggi di atas dari Bunker Kaliadem tuh. Kitaorang berjalan tak jauh pun dari bunker tuh untuk melihat Gunung Merapi dan mengambil gambar sebab dok mengejar masa nak ke tempat seterusnya.

Di kawasan nih, ada gerai menjual makanan ringan dan cenderahati. Sempat la den singgah toilet dia yang bersih dengan bayaran Rp 5,000.

Aktiviti di Gunung Merapi yang kitaorang tak joint adalah merentas Sungai Opak dengan jip.

Dari sini kitaorang terus gerak kembali ke kaki gunung untuk naik semula MPV yang setia menanti untuk destinasi seterusnya.

#sila pakai kasut sukan dan bawa baju sejuk bila ke Gunung Merapi nih ye.

0 Comments