Goa Pindul Jogjakarta
Dari Hutan Pinus ke Goa Pindul nih agak jauh
juga perjalanannya.
Goa Pindul nih kalau tanya den ianya tempat
bagi orang yang suka adventure sebab ianya melibatkan aktiviti water rafting
(walaupun tidak ngeri sangat) dan memang akan basah. Ada pengunjung yang pernah
datang ke sini kata aktiviti di Gua Tempurung ke Gua Kelam (den pun dah lupa)
lagi mencabar daripada Goa Pindul nih.
Walaupun dah tau ada aktivti menyusuri sungai
dengan pelampung dan water rafting, den tak bawa langsung baju salin pasti la
kenapa. Makanya kena la beli seluar, tshirt dan tudung dekat kedai baju di
kaunter tiket di situ.
Tiket untuk aktivti menyusuri sungai dengan
pelampung dan water rafting kalau tak silap den adalah Rp 150,000 setiap
sorang.
Disebabkan ada dua orang ahli rombongan Cik
Kiah tak nak joint aktiviti menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting
tuh, makanya mereka ditugaskan untuk jaga semua barang berharga. Hanya 1
handphone dibawa untuk sesi mengambil gambar semasa water rafting nanti di mana
ianya diletakkan di dalam bekas plastik khas yang dibeli daripada penjaja yang
ada di situ.
Gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti
menyusuri sungai dengan pelampung dan water rafting nih kebanyakannya kabur
sebab plastik yang melindungi handphone basah terkena air dan banyak juga
gambar yang bergoyang sebab tangan tak stabil (nak ambil gambar sambil pegang
tali pelampung kawan sebelah di samping nak pastikan handphone tak terjun di
dalam sungai).
Seorang kawan tak nak joint aktiviti tuh
sebab dia dah pernah datang ke sini dulu. Lagi seorang kawan dia pula adalah
sebab dia agak phobia dengan aktiviti berkaitan air. Makanya mereka berehat
menunggu kitaorang di ruang menunggu yang cozy yang mana kita boleh melepak
sambil makan kudap-kudapan.
Kat sini semua kemudahan ada. Mini restoran,
loker, bilik air dan toilet, surau, etc. In sya Allah semuanya selesa cuma
surau dia terbuka dan tiada pemisah antara lelaki dan perempuan.
Kitaorang dibawa menaiki trak kecil untuk
sampai ke tempat bagi aktivti menyusuri sungai dengan pelampung. Semua orang
diwajibkan memakai jaket keselamatan. Setiap orang akan duduk pada satu
pelampung. Kita akan diminta untuk memegang tali pada pelampung kawan sebelah
supaya tidak terpisah. Kita akan duduk atas pelampung tuh secara sebaris dan
ada dua orang pekerja akan mengawal pergerakan pelampung kita (seorang pekerja
di hujung pelampung pertama dan seorang pekerja di hujung pelampung terakhir).
Mula-mula kitaorang dibawa menyusuri sungai
di dalam gua yang mana kita boleh melihat kelawar, stalagmit dan stalaktit.
Sambil menyusuri sungai tuh, dua orang pekerja tuh akan menceritakan serba
sedikit tentang latar belakang gua, etc. Den tak bagi perhatian sangat apa yang
dia cakap sebab kerisauan kalau-kalau pelampung tuh terbalik dan den tergolek
masuk dalam sungai tuh.
Rasanya dalam 20 minit menyusuri sungai di
dalam gua tuh. Sampai di hujung gua, kita dibenarkan untuk turun dari pelampung
ke dalam sungai yang sedalam paras dada untuk melakukan aktiviti melompat dari
tepi batu ke dalam sungai. 3 orang ahli kumpulan joint aktiviti melompat dari
batu nih. Den jadi tukang ambil gambar je sebab den memang la tak berani
aktiviti melompat-lompat macam tuh.
Mereka yang melompat termasuk orang yang tengah pregnant tuh |
Selepas keluar dari gua tuh, kami dibawa ke
tempat untuk water rafting pula.
View selepas keluar dari Goa Pindul |
Agak mendebarkan untuk den yang memang
penakut nih bila kena berjalan atas batu-batuan licin untuk sampai ke spot
untuk water rafting tuh. Sama je modus operasinya di mana kita duduk atas
pelampung dan pegang tali pelampung kawan sebelah. Ada seorang pekerja akan
awasi kita.
Apa yang penting kerjasama |
Masa mula-mula dilepaskan pelampung kitaorang
tuh, memang sangat mendebarkan sebab arus air sungai laju, makanya terumbang
ambing la pelampung kitaorang tuh. Den dah memang menjerit dah sebab ketakutan
tapi sekejap sangat arus tuh. Lepas tuh kitaorang menyusuri arus sungai yang
perlahan sampai la ke perhentian terakhir.
Sepanjang menyusuri sungai tuh, kitaorang
sempat singgah mandi di air terjun kecil yang ada di situ. Ada juga aktiviti
melompat dari kawasan tinggi di sini tetapi tiada ahli kumpulan yang berminat
nak buat aktiviti tersebut. Makanya kitaorang melepak je la dekat air terjun
tuh sebelum meneruskan aktiviti menyusuri sungai sehingga la ke perhentian
terakhir.
Best friend in the trip: the kid and the bachelor |
Sementara nak tunggu trak mengambil
kitaorang, sempat la kitaorang menjamu mata dengan pemandangan sawah padi yang
menghijau.
Sesiapa yang suka aktiviti adventure memang
sesuai datang ke sini. Untuk orang yang tak nak basah dan tak suka adventure,
boleh je kot tak datang sini sebab kita boleh jumpa aktiviti seumpama ini di
Malaysia juga. Tema den kalau berjalan ke luar Negara adalah hendak melihat
tempat yang tidak jumpa di Malaysia camtuh la.
3 Comments
terbaik xpuas jalan ni banyak tempat menarik kt yogjakarta.. thanx dpt masuk gamba sy jugak :D
ReplyDeleteHa....jom menabung untuk next trip plak k. Thanks sebab sudi jadi awesome photographer
DeleteSAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI PAGE INI
ReplyDeleteINI IALAH CERITA SAYA
Saya MURNI SANTI, seorang wanita, ibu, kakak dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGURUS ESTATE SEBENAR dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tidak ada yang mahu meminjam wang kepada kami untuk menyelesaikan projek komersial kami yang telah dibina dalam beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang menuntut sejumlah wang daripada saya tanpa kami menerima pinjaman.
Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik mungkin dan menolong, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak ditanggung dan saya kehilangan harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL sebuah syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.
Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan memberitahu saya jangan bimbang syarikat itu akan meminjamkan wang kepada saya, walaupun jumlah yang saya perlukan sangat besar, dan semua yang saya dapat berikan kepada mereka keperluan yang merupakan beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.
Saya melalui semua proses, mereka berjanji akan meminjamkan wang yang saya minta setelah mengesahkan saya layak untuk mendapatkan pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang paling mengejutkan adalah pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. Kami syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya berjaya dengan baik ini menjadikan hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada semua PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL
GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com
UNTUK MENGHUBUNGI SAYA
Murni Santi
murnisanti55@gmail.com