Adoi pitam nak naik alun-alun kidul nih sebab jalan sesak dengan sangat teruk (mungkin sebab weekend) dan jenuh mencari tempat untuk parking.
 
Alun-alun kidul nih adalah basikal @ beca yang rangkanya kereta @ van dan sebagainya.

Bersedialah tenaga kaki untuk mengayuh menghabiskan satu pusingan.

Perlu lagi bersedia kalau terperangkap dalam trafik semasa mengayuh kereta tuh + hujan gerimis + tengok video clip yang tak pasti macam mana setting nya tapi hanya mengulang lagu yang satu itu. 

Kalau traffic semasa mengayuh kereta tuh smooth, pasti lebih seronok tapi dah ramai orang nak mengayuh kereta masa kitaorang pergi tuh + jalan alun-alun kidul tuh dikayuh adalah jalan yang sama sebagai laluan kenderaan orang ramai, memang la jenuh k. Ditambah pula dengar + tengok video clip satu lagu brazil yang sama berulang kali, memang la agak termuntah jua perasaannya.

The highlight di alun-alun kidul nih adalah pemandangan rangka kenderaan berlampu yang berwarna-warni. Sangat happening. Sayang telefon den telefon tidak canggih, makanya gambar yang diambil adalah tidak secantik pemandangan berkilauan yang sebenar.

However, we did have a great time here. 

#dah terlupa berapa harga 1 kereta untuk 1 pusingan tapi yang pasti memang dapat harga pelancong gittew.

0 Comments