Remember Hotel, Batu Pahat
Kita sambung cerita pasal short getaway kat
Johor masa bulan posa yang ntah bila nak siap nih hehehehehehhee.
Lepas berpanasan dan berlengasan kat Air
Hitam Tropical Village tuh, kitaorang check in kat Remember Hotel di Batu Pahat.
Seperti tema hotel setiap kali kitaorang pergi berjalan, ianya jugak adalah
hotel bajet mampu milik untuk kitaorang dengan rege RM94/malam.
Alhamdulillah hotel bajet nih cukup lengkap
untuk kitaorang berempat.
Bilik sederhana besar dan bersih.
Bilik yang kitaorang booking didatangi
bersama katil queen, ada tv dengan channel yang ada kartun, ada penyangkut
baju,etc.
Dekat kaunter reception, ada dijual jajan,
biskut, maggi dan beberapa jenis air.
Hotel nih terletak kat tepi jalan besar je.
Dekat jugak dengan pelbagai restoran, etc.
Asam pedas paling pedas den pernah makan dalam hidup den dekat restoran (den tak ingat nama) yang berdekatan dengan hotel nih |
Post vacation from the Bali
menyebabkan ada rasa melemau plak nak menulis. Hope I will find my mojo back to
write stuff yang den dah planned nak tulis.
0 Comments