Oh My Cholesterol
Rabu lepas den pergi jumpa Dr di PPUM pasai kronologi kolesterol den yang tak berkesudahan nih.
Rasanya
den dah makan oats selambak + coba jaga makan yang mana sempat + berzumba
paling kurang 2 kali seminggu but still bacaan kolesterol jahat den adalah
4.21. Awal tahun nih bacaan dia 4.41….turun la 0.20 tapi still melebihi paras
yang sepatutnya iaitu 2.75.
Dr kata dia
still tak cadangkan untuk start ubat kolesterol sebab kebarangkalian den
mendapat sakit jantung due to my cholesterol adalah 1% (berdasarkan pengiraan
Dr tuh). Dr cakap once dah mula makan
ubat kolesterol tuh, in sya Allah memang kena makan sehingga ke akhir hayat
camtuh.
Dr kata dia
masih nak bagi peluang kat den untuk berdiet + bersenam bagi mendapatkan bacaan
kolesterol jahat yang lebih rendah daripada 4.21.
Den tanya Dr
apa lagi yang den patut buat sebab rasanya dah berzumba dengan agak jayanya
bagi orang yang tak pernah bersenam macam den nih ha (dah setahun rupanya den
berzumba nih) + den coba kawal makan setakat yang mampu (susah kalo orang suka makan
cam den nih ha) + dah bergelen-gelen ayaq lemon den minum k + den dah tahap tak
terasa nak termuntah pun bila makan oats.
Dr kata coba
makan oats dengan banyak lagi + tambahkan slots untuk bersenam + cuba makan cod
oil (minyak ikan).
In sya Allah
den akan jumpa balik Dr pada April 2018. So ada 8 bulan untuk den coba
kurangkan bacaan kolesterol tuh.
0 Comments