Muar River Cruise
Dah
alang-alang pergi tengok dinosaurs di Don Hu Jurassic Park Garden tuh makanya
kita berjalan la sekali ke sekitar Muar.
So den paksa
la buong dengan kiddos naik Muar River Cruise sebab dah alang-alang sampai kat
sini kan.
Harga tiket
dengan mykad bagi dewasa adalah RM 12 dan RM 6 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
Nice view eh |
Sementara tunggu bot yang tak kunjung tiba, depa hiburkan hati dengan main kon nih |
Dah bosan gila tunggu bot |
Finally sampai jugak bot yang ditunggu sekian lama |
Ada
disediakan life jacket. Atas kita la nak pakai ke idok.
Budak-budak
nih boring je la naik cruise tuh sebab depa tak dapat bergelinjangan, kena
duduk elok-elok kat boat tuh.
Life jacket untuk bebudak limited, so pakai je la life jacket orang dewasa |
Mengintai di sebalik life jacket |
Cruise nih
amik masa lebih kurang 40 minit.
Tak sangka
Sungai Muar nih sangat lebar.
Along the
way semasa cruise kita bley nampak bangunan kerajaan, masjid, etc yang terletak
di tebing sungai. Setiap kali kita lalu kat bangunan nih, memang ada penerangan
diberikan secara recorded kat boat tuh masa kitaorang naik hari tuh, tak
beberapa nak dengo penerangannya sebab perlahan plak volume dia.
Pejabat Tanah dan Daerah Muar. Klasik sangat bangunan dia. |
Lalu bawah jambatan Muar |
Rasanya den
dah coba dah nak mendekatkan anak-anak dengan alam sekitar dan sumber air bagai
tapi setakat nih depa masih tak berminat. Tatau macam mana omputih trained
anak-anak depa jadi caring pada alam sekitar.
0 Comments