Menantu vs Ibu Bapa
Tajuk macam
drama ayaq mata arahan Rashid Sibir je padahal nak ceite pasal diri den je pun.
Kelmarin
satu hari kat PPUM bawa mak mentua check up sebab kedua belah kaki dia sakit
nak berdiri dan berjalan due to tulang belakang dia dah terbengkok.
Masa
mula-mula nampak tulang tuh bengkok, dah banyak kali jugak buong & den
bebel kat dia ajak pergi check kat hospital tapi dia tamau. Bila dia dah sakit
sangat, tak lalu nak berjalan, dia minta sendiri nak pergi hospital.
Ha….camtuh
la kan kebanyakan orang warga emas nih. Memang jenuh kalo nak disuruh pergi
spital. Takut sangat depa kalo nak kena ambik darah, etc. Depa paling susah
hati kalo kena masuk wad. Tapi bila dah tak tahan sakit sangat, most of them
menyerah diri untuk dibawa jumpa Dr tapi ada jugak sebahagiannya yang still tak
nak pergi hospital walopun dah terbaring.
Mak mentua den
umoq dia 71 tahun. Dia ada 3 orang anak yang semuanya lelaki. Buong (laki den)
adalah anak dia yang bongsu.
Masa kat
PPUM tuh, mak mentua den memang duduk atas kerusi roda sebab dia tak larat nak
jalan. Masa nak pergi ke toilet dan urusan x-ray, den la temankan. Pesohkan dia
buka baju, etc masa nak x-ray tuh.
Bukan nak
cerita pasai den menantu mithali ke ape coz den memang sedaq diri den bukan
menantu camtuh pun, den lebih pada kategori menantu hantu tapi nak cerita pasai
bila tengok mak mentua den tuh den terbayang future den kalo den panjang umur,
sempat ada menantu.
Disebabkan
setakat nih dua orang anak den tuh lelaki, in sya Allah den akan dapat dua
orang menantu perempuan.
Mak mentua
den masa den papah dan handle dia kat toilet pun dia dah segan padahal den tak
kisah pun. Dah dia tak sihat, nak buat camne kan. Tapi dia gagahkan jugak buat
semua yang dia larat, dia mintak den tunggu kat luaq toilet. Awak nih
berdebaq-debaq je takut dia jatuh tergolek kat dalam toilet tuh. Selang 2
minit, den dok tanya ‘mak okay ke? Ada apa-apa yang nak dibantu ke’ camtuh la
skripnya sampai la orang tua tuh keluaq dari toilet.
Masa pesoh
dia untuk tukar pakaian bagi persediaan xray tuh, memang kesian tengok dia
bergerak lambat sangat sebab tak larat kan. Den coba pesoh apa yang boleh.
Den dok
terfikir, gamaknya esok kalo den dah warga emas dan ada masalah kesihatan,
agaknya menantu-menantu perempuan den nanti nak tak pesoh den sekupang dua.
Anak-anak
den tuh bila den tanye sekarang nih:
Den: Esok
mama dah tua mama tak larat F & A bela tak mama?
Kedua-dua
orang anak bertuah tuh: Bela.
Den: Nanti
basuh tak berak mama?
F : Tak nak
la. Suruh papa la basuh.
A: Tak nak
la. Nanti tangan A kotor.
Den :….mode
‘batu belah batu bertangkupppppp’.
Rasanya yang
termampu den buat adalah berdoa dan berusaha untuk mengekalkan kesihatan yang
baik (especially the high cholesterol case) + berdoa anak-anak tidak akan ada
perasaan den menjadi bebanan kepada mereka + berdoa den mati dengan mudah
(maksudnya tak sakit teruk, terlantar, etc dalam masa yang lama) + berdoa dapat
menantu-menantu yang solehah (way better than me la hendaknya) + berusaha
kumpul duit yang perlu untuk masa tua (termasuk kalo perlu hire pembantu atau
nurse @ terpaksa duduk umah orang tua-tua yang den sendiri pilih kalo anak-anak
tak mampu nak bela den).
Eh….rasa
sayu plak hati bila bercerita tentang reality @ hakikat yang mungkin berlaku
kan.
Teringat
plak my mentor selalu pesan kat den yang ‘kita tak boleh bergantung harap kat
anak-anak sebab depa ada life depa sendiri. Kita yang pilih untuk lahirkan
depa. Anak-anak adalah amanah Allah untuk kita yang memang kita wajib didik dan
besarkan, bagi sekolah setinggi mana depa nak. Once anak-anak dah kerja, kita
sebagai ibu bapa tak sepatutnya mengharap anak-anak bagi duit pada kita untuk
kelangsungan hidup kita. Kalo anak-anak bagi kita duit, tuh maknanya bonus
untuk kita. Sepatutnya parents takde pemikiran ‘aku bagi anak-anak aku belajaq
tinggi-tinggi supaya depa keje baguih-baguih dan support aku’. Camtuh la pesan
my mentor.
Ada satu
ayat den baca kat mana den tak ingat dah ‘anak-anak tidak sepatutnya
menyusahkan ibu bapa’ camtuh la yang bermaksud bila kita sebagai anak dah kerja
kita tak sepatutnya masih mintak duit daripada mak ayah, kerah kudrat orang tua
tuh jaga anak kita, etc. Kalo kita tak mampu nak bagi duit pada mak pak kita
selalu pun jangan la pulak kita dok mintak duit kat dia camtuh la kan.
Den sekarang
adalah seorang menantu dan juga ibu kepada dua orang anak lelaki.
Harapnya den
dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai menantu dan ibu dengan sebaiknya.
Walopun tak masuk dalam kategori mithali tapi harapnya den dapat buat yang
terbaik.
Nenek little helpers. Sakan depa dok menyorong mak mentua den sampai pening-pening orang tua tuh. |
0 Comments