KSL Resort Johor Bharu
Den dah
pernah menginap kat hotel nih tahun lepas masa ada program opis. Makanya bley
la tengok entry den yang terdahulu pasal hotel nih.
Cumanya bila
pergi bersama family berjimbaan memang la berbeza beno perasaannya bila dibandingkan
masa datang sini untuk kerja tuh.
Masa tengok
kat Agoda, harga semalam kat sini RM 280/malam. Bila den tepon tanya ada
diskaun tak untuk staff gomen, den dapat rege RM 220/malam + 2 breakfast + 4
tiket mandi pool ada dinosaur. So ada sesetengah hotel memang murah booking
through Agoda @ booking.com tapi sekali sekala ada yang lebih murah bila kita
gunakan diskaun staff gomen camtuh la.
Berbaloi la
rege tuh untuk family room. Hotel memang lengkap serba serbi daripada iron,
peti besi, etc. Memang selesa.
Budak yang tak sabaq nak mandi pool |
Lepas je
check in dalam pukul 2 pm camtuh, budak-budak nih dah sakan tak menyabo nak
mandi kat swimming pool yang ada dinosaur tuh. Nih je la pun penyebab den bawak
diaorang mai menginap kat hotel ni. Nak bagi depa mandi
pool yang ada dinosaur temanya camtuh.
Budak-budak
memang seronok mandi bergelinjangan dengan jayanya dekat pool tuh walopun dok
panas terik. Awak la yang terkebil-kebil memantau diaorang mandi sebab dok
berpuasa. Memang den je la pesoh budak-budak kat pool. Bagi buong peluang tido
& berehat kat bilik hotel sebab dah penat dia drive ke hulu ke hilir.
Uisshhhh
memang sakan sungguh depa mandi. Ada plak mascot dinosaur yang berjalan ke hulu
ke hilir dekat pool tuh. Memang sakan la si F dok pegang dan bergambo dengan
dinosaur tuh. Si A tak beberapa nak heran sangat. Dia lebih suka berendam dalam
pool daripada amik gambo dengan dino.
Peminat tegar dino sorang nih. |
Sesi membelek dino |
Disebabkan
menginap kat sini masa bulan posa, makanya kupon breakfast kita tuh ditukarkan
kepada kupon untuk bersahur. Masa sahur tuh den turun sorang-sorang je sebab
buong jaga kiddos. Ramai k orang bersahur. Ramai jugak la yang berjalan-jalan
semasa bulan posa nih rupanya.
My sahur |
Lepas
budak-budak bangun the next day tuh sebelum check out memang abiskan masa
melayan depa mandi kolam tuh.
0 Comments