Dari Shah Alam tuh kitaorang singgah ke sini teruih.
 
Buong teringin sangat nak datang sini coz dia tak pernah sampai. Den dah pernah sampai dengan opismate masa ke Johor Bharu last year. So takde la rasa nak datang sangat sebab den rasa almost semua barang mahai sebab barang-barang branded kan. Walopun dah kurang banyak regenye kata depa-depa nih tapi still den rasa macam mahai. Orang kampong memang camnih.

Berjalan-jalan la kitaorang sekupang dua menengok kedai-kedai yang dikatakan sales sampai 70% tuh. Buong kata nak cari wallet & tali pinggang. Sale memang sampai 70% tapi kalo lepas sale pun rege wallet adalah RM 299 memang macam ngeri la jugak untuk orang cam den nih ha.

Budak-budak nih happy je dapat berlari ke hulu ke hilir. Masuk dalam kedai kasut depa menyorok di antara rak kasut. Masuk kedai baju depa menyorok celah baju-baju.
Mama nampak tak kami
Lepas merayau kat beberapa kedai dengan rege yang mengerikan akhirnya buong jumpa set wallet dan belt kulit bertajuk Obermain eh ke ape yek den dah lupa dalam kategori rege mampu milik iaitu RM70. Masa buong dok memilih wallet dan belt tuh, budak dua orang tuh sakan la bergelinjangan main dengan tali untuk ikat kotak kasut. Sakan depan k. Depa baling-baling la tali tuh. Depa duduk atas tali tuh nak jadi anak burung katanya. Depa siap baring atas tali-tali tuh. Berkejar-kejaran dan melompat-lompat bercanda ria dalam kedai tuh. Nko mampu shopping di JPO siap baring atas lantai? Ha….tuh la dia anak-anak den.

#Bila orang kata takpe je bawa budak-budak tuh pi masjid untuk solat terawih, depa tak tengok lagi tahap kegelinjangan budak-budak tuh. Nanti dah la kita solat tak pokus sebab nak mempesoh depa, menjadi gangguan kepada Jemaah lain lagi. Haru biru dan stress nanti sudahnya.

Lepas tuh den belikan budak-budak nih sorang sehelai tshirt kat Padini. Asal ada buah tangan dari JPO camtuh la temanya. Untuk den memang tak beli apa-apa pun sebab memang tak plan nak membeli.

Punya la ramai orang bershopping di JPO tuh macam kan memang takde tempias kemelesetan ekonomi, ringgit jatuh ke ape, etc. Kedai Coach memang siap kena beratur bagai nak masuk. Tempted jugak nak masuk tengok apa yang meletops sangat tapi tak kuasa la nak beratur panjang tapi end up tak mampu nak merealisasikan kuasa membeli sebab mahai nanti.

Dalam 1 jam lebih skit je pun kitaorang kat sini sebab takde apa sangat yang mampu milik. Lepas tuh teruih gerak ke hotel.

0 Comments