Rintihan Rakyat Marhaein
Tajuk macam nak bagi ulasan isu politik je
kan padahal nak ceite pasal isu yang disuarakan oleh sorang pakcik teksi yang teksinya sangat bersih. Pakcik India yang speakingnya sangat meletop bagi
ulasan tentang isu-isu semasa. Antaranya yang den ingat:
1. kenaikan minyak almost setiap minggu nih memang la
sangat membebankan coz almost semua barang keperluan naik;
2. kalo minyak tak naik rege pun harga barang memang
ada je naik. Kalo minggu nih beli sardine RM3.80, minggu depan ia dah jadi
RM4.20. RM100 dulu dapat 1 troli barang. Sekarang RM100 dapat 2 beg plastic
barang;
3. jangan ingat rakyat tak sekolah or stupido. Gula-gulakan
rakyat dengan BR1M tapi tak pedulikan hal rakyat yang lebih utama cam camne nak
survive hari-hari;
4. takde sape pun mintak BR1M. Tak guna bagi BR1M bagi
harga keperluan harian naik. Patutnye peruntukan untuk BR1M tuh diguna untuk
subsidi minyak. Baru la bley control living cost;
5. nape BN selalu nak takut-takutkan rakyat kalo tukar
pemerintah, hidup akan lebih sengsara. Kalo kita rasa pembangkang memerintah
tak bagus, kita undi la orang lain dalam the next PRU;
6. BN memomok-momokkan rakyat dengan fakta yang kurang
tepat. PKR memerintah Selangor dengan baik;
7. Tan Sri Khalid adalah antara MB yang terbaik dari
segi kepimpinan dan pengurusan kewangan;
8. Menteri Pendidikan tak patut ditukar setiap kali ada
reshuffle dalam cabinet coz perubahan system pendidikan setiap 5 tahun akan
menyusahkan cikgu, mak bapak & anak murid;
9. education system in Malaysia sucks;
10. membayar loan blajo PTPTN adalah seumpama membayar
loan umah. Bayo interest je la, pokoknye tak bergerak-gerak;
11. tadika swasta untuk budak-budak 4 - 6 tahun memang
la sangat mahal. Ada yang yuran tahunan cecah almost RM 5K. Pitam k. Ngalahkan
yuran blajo kat IPTA plak; dan
12. rakyat marhaein have no choice but to squeeze
expenses here and there walopun dah tatau nak squeeze kat celah mana lagi dah.
There is always
something to learn from everybody including the taxi drivers.
0 Comments