Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor
Ha….nko hado
agenda berjalan kat taman termasuk dalam tentative program bila hang pergi
berjalan jauh-jauh? Masa nak pergi Johor nih den siasat sekupang dua apa tempat
menarik untuk budak-budak kat daerah yang kitaorang plan nak pergi nih. So kat
website tourism Johor, dia kata Hutan Bandar Putra nih antara tempat menarik
untuk budak-budak.
Hutan Bandar
Putra nih adalah satu taman untuk riadah satu keluarga yang berdekatan dengan
Lapangan Terbang Senai.
Dari N 45
Hotel tuh sebenaqnya tak jauh mana pun, dalam 15 minit je tapi disebabkan
kitaorang mencari taman nih tapi disebabkan bergerak tanpa ada panduan (without
waze & GPS yang tak dapat locate tempat nih sebab takde alamat, makanya
sesat barat la here and there, siap terpegi ke taman kat kawasan perumahan
lagi.
Dah la
keluaq dari hotel pun tergedik-gedik dah pukul 545 pm, sesat barat almost 40
minit, makanya kami jumpa Hutan Bandar Putra nih dalam hampir 6.20 pm. Sabo je
la kan. Nasib baik la taman nih tutup pukul dalam pukul 8 malam sebab nak bagi
kesempatan pada sesiapa berbuka puasa di pondok-pondok rehat yang disediakan.
Waktu tutup taman pada hari-hari biasa adalah pada 7.30 malam. Sempat la
budak-budak nih bergelinjangan kat sini dalam almost 1 hour jugak la.
Antara
aktiviti yang kita boleh buat kat sini adalah naik kereta ke kawasan tertinggi
kat sini untuk tengok keseluruhan taman (laluan nih ditutup pada 7 pm). Kita
boleh jugak naik basikal sewa yang disediakan untuk ronda-ronda dalam kawasan
taman dengan sewaan RM 5/jam.
Ada juga
court disediakan untuk main badminton.
Nak jogging
pun bley kat laluan yang dah disediakan termasuk melalui tepi kolam yang ada
kat sini. Boleh juga bagi ikan-ikan dalam kolam makan yang mana makanan ikan
ada dijual di entrance masuk. Den ternampak ada peralatan untuk bersenam di
dalam satu bangunan tapi den tak siasat plak waktu penggunaannya.
Untuk kiddos
yang suka bergelinjangan untuk anak-anak den, disediakan memang kawasan taman
permainan di kawasan yang sederhana besar untuk depa naik buaian, main
gelongsor, etc.
Yang special
tentang taman nih adalah ia juga merupakan laluan kapal terbang berlepas dan
mendarat di Lapangan Terbang Senai. So sambil beriadah kat sini, bley jugak
menjamu mata menengok kapal terbang especially untuk kiddos la. Depa biasanya
excited tengok kapal terbang. Dalam 1 jam kitaorang melepak kat taman nih,
dapat tengok seko kapal terbang berlepas dan seko kapal terbang turun untuk
landing.
Kat taman
nih juga ada disediakan pondok untuk berehat-rehat. Masa kitaorang nak balik
tuh ternampak ada satu keluarga dok berbuka puasa di sini.
0 Comments