Tak abis-abis lagi cerita pasai duit nih ye. 

Sahih mata duitan nih.

Den berangan nak simpan duit syiling sampai penuh bagi keempat-empat tabung telefon London + 1 bus double decker tuh.

Duit syiling akan dimasukkan ke dalam tabung-tabung versi London gittew.

Makanya tabung epal yang den selalu masukkan duit 50 sen lama dah den anto balik ke umah.

Tinggal tabung pink selamat hari jadi dari opis je yang masih ada nih. Nih takpe je kot duduk kat opis nih sebab dia come lote je.

Nampak macam mudah je kan nak penuhkan 5 tabung versi London tuh cumanya sekoq tabung telefon London yang agak antic yang den beli dekat Camden Market masa technical visit ke London March lepas adalah super besaq k.  Buong kata mau 3 tahun baru penuh tabung tuh.

Lets see berapa lama tabung tuh bley penuh k.

Kalo selama nih den asingkan jenis sen berdasarkan tabung, makanya kali nih perancangannya adalah kita akan penuhkan tabung telefon antic Camden Market besaq nak mampuih tuh dengan semua jenis syiling.

Lepas tabung besaq tuh dah penuh baru den akan beralih kepada tabung-tabung yang lebih comel:

5 sen - tabung telefon paling comel yang den beli kat Bayswater.

10 sen - tabung telefon yang my ex-boss beli kat London tahun lepas.

20 sen - tabung telefon antic yang Uda hadiahkan 7 tahun lepas.

50 sen - tabung bas double decker yang den beli kat Bayswater.

Kalo semua tabung nih dah penuh baru den penuhkan tabung pink comei lote yang opis bagi.

Lepas kesemua 6 tabung nih penuh baru la den nak bawa segerombolan syiling tuh ke mesin deposit syiling yang available dan berfungsi.

Tabung-tabung kat umah yang bley tahan banyaknya tuh (tabung teloq SSPN, tabung Bangunan Tabung Haji, tabung bola sepak, tabung apple, tabung teddy bear, etc) biarlah buong yang penuhkan.

Nanti kita compare sapa lagi banyak menyimpan duit syiling hehehhehehehee.

Excited bila plan dan bercerita pasai duit nih eventhough ceite duit syiling je kot hehehehhehhe.

Wish me luck k guys.

0 Comments