40 Pesanan Kereta Mayat From My Point of View (Part 4)
Bahagian terakhir tentang
coretan den berkaitan nasihat Hamka Kereta Mayat (nasihat 31 - 40) kepada
mereka yang akan berusia 40 tahun.
31. Hargailah pasangan yang
sanggup hidup dalam dunia kita dengan cara bersyukur akan setiap kelebihannya,
dan bersabar dengan setiap kekurangannya. Nobody perfect. Kahwin ni bukan kau
bagi 50% dan pasangan kau bagi 50%, tapi kahwin ini kau bagi 100% dan pasangan
kau pun bagi 100%.
Our spouse are suppose to
be our best friend and partner in crime. Kita masing-masing perlu terima baik
buruk masing-masing seadanya. Yang mana boleh diubah ke arah yang lebih baik,
kita usahakan sama-sama. Yang mana tak bley diubah tuh (tapi tidak memudaratkan
bebeno), kita pejam mata udah la yek. I am happy and content enough buong
sanggup layan den dengaq cerita pasal teori konspirasi den on Hollywood celebrities
(sapa lagi handsome, Brad Pitt ke Tom Cruise, kenapa suara Adam Levine sengau
tapi sedap, sapa lagi terror menari, the late MJ ke Bruno Mars, kenapa agaknya
Antonio Banderas dah lama tak berlakon, kungfu sapa lagi hebat, Jet Li ke Donny
Yen ke Jackie Chan, etc…..ha….den dan perkara lagho memang berpisah tiada).
We understand each other on
our fear when talking about death and afterlife (takut gila babi tapi begitu melembap
sekali nak mengambil tindakan nak memperbaiki diri….haish). Buong terima
hakikat den nih pemalaih nak mampuih. Den terima hakikat buong suka kira duit
walopun den tak sure apa yang perlu dikira selalu hehehhehhehehe. Buong paham
den ada perangai suka shopping buku tapi ntah bila nak bacanya pun tatau. Den
cuba memahami minat dia tengok ceite sinetron Indonesia dan ceite berisi
Filipina dan mendengaq komen dia on those series. So hopefully we are each
other lobster.
32. Kerja dapat duit:-penting
untuk kelangsungan hidup berkeluarga, tapi jangan abai keluarga kerana kerja.
Tak salah kerja lebih masa, asalkan ada masa korang spent balik dengan family,
yang penting jangan terlalu workaholic tapi jadilah family man. Hidup ini macam
akaun bank, ada wang keluar masuk, kita tak nak akaun kita kosong, dan kita tak
nak pulak duit tak keluar-keluar, sebab air yang tak diguna dalam perigi akan
jadi perigi buta yang busuk dan memudaratkan, maka imbangilah masa untuk anak
bini diberi tapi jangan lupa masa untuk diri sendiri, dan masa untuk Tuhan.
I am happy enough with the
current arrangement. Walopun daripada segi duit tuh memang banyak berkurangan
tapi we have more time with the kiddos. Dulu buong tuh selalu la dok
outstation. La nih dia ada banyak masa terluang untuk spend with the kiddos.
Sometimes I feel like the kiddos love him more than me….hmmmmm…..hello
anak-anak….perut mama nih kena belah masa korang nak keluaq tengok dunia tau
tak? Ha….dengan spouse sendiri pun nak dengki ye hehheheheheehe. Duit dan kerja
penting untuk kemandirian hidup (survival) tapi kita usahakan supaya family
always our first priority.
33. Burung yang keluar awal
pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar
awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, orang tua kena tidur awal dan bangun
awal. InsyaAllah rezeki akan murah.
Sejak dah masuk umoq pertengahan
30an lagi memang akan tertidoq awai walopun berangan nak tahan mata sebab nak
tengok movies best ke ape. Memang tak dapat ye. Memang automatic cecah je pukoi
10 pm, mata dah macam kena gam, tak bley nak buka. Memang akan tidoq pengsan
sampai ke pagi.
Kalo ada movie best at 10
pm masa weekend pun memang bye bye bye je la jawabnya sebab biasanya memang tak
tersempat nak tunggu movie mula, den dah terbongkang tidoq.
Dah nak masuk umoq 40 tahun
dengan anak-anak umoq 3 tahun dan 7 tahun nih memang la lagi cepat penatnya.
Kadang-kadang by 915 pm dah terpleot kemengantukan.
Bab tidoq await uh in sya
Allah takde masalah.
Weekdays memang la kena
bangun awai sebab nak uruskan budak-budak pergi sekolah & den pun nak
kerja.
Nak bangun awai bila
weekend tuh la isu pokoknya. Most of the time masih ada perangai akan tidoq
semula lepas Subuh sebab den memang terpleot like that. Haishh….entah bila la
nak mempraktikkan tidak tidoq selepas Subuh nih.
34. Jangan takut buang masa
pergi jumpa doctor waktu sihat, sebab bila dah sakit, hari hari jumpa doctor.
Setakat nih berjumpa Doktor
macam kurang skit takut @ berdebar @ seriau kalo nak dibandingkan dengan berjumpa
Dentist tatau pasai pa. Den memang biasanya akan cuba sedaya upaya hadir
appointment untuk jumpa Dr bila dah Dr advise macam tuh sebab bagi den better
la kot kita amik tau pasal kesihatan kita especially bila dah nak masuk 4
series nih. Kita cuba sehabis baik ikut nasihat Dr untuk jaga makan, etc sebab
bagi den, kesihatan nih sebenaqnya adalah perkara terpenting dan termahal dalam
hidup.
Jumpa dentist agak ngeri
tatau kenapa. Mungkin sebab risau gigi rosak langsung kena root canal yang
orang dok kobarkan sakit gila babi memang menitik ayaq mata.
35. Dah tua begini, tak
payahlah nak share semua berita sampah dalam FB atau whatsapp. Jika dapat
berita jangan terus sebarkan, siasat dan rujuk pakar, jika ada orang datang
mengadu masalah, kena dengar berita dua pihak baru buat kesimpulan. Jangan
cepat menghukum, sebab menghukum ni kerja Tuhan, jangan ambik kerja Tuhan.
Being an introvert dan pemalas
cam den nih memang la tak beberapa nak amik pot nak viralkan apa-apa ceite
through media sosial ke ape sebab den dah la ala-ala kurang celik skit pasai segala
fb, instagram bagai. Den suka baca je. Cuba pahamkan apa yang diviralkan. Amik
pengajaran buat pedoman diri sendiri. Paling kuat den akan bincang isu viral
tuh dengan buong. Tuh je la setakat nih.
36. Orang tua yang baik datang
dari orang muda yang baik, orang tua yang sihat datang dari orang muda yang
sihat. Ahli Syurga yang baik datang dari ahli dunia yang baik, maka jadilah
baik SEKARANG.
This is so deep. Nak
menjadi ahli dunia yang baik nih memang la agak susah dan memerlukan ketabahan
dan kesabaran hati yang tinggi (nih den la) coz ada je benda duniawi nih yang
menyakitkan hati, mengundang umpatan, etc. Memang kena bermuhasabah diri dan
berusaha menjadi ahli dunia yang baik continuously and consistently. Wish me
luck yar.
37. Bila tua kita lihat dunia
lebih luas, dan selalu nampak silap orang, maka simpatilah kepada orang muda
yang selalu buat silap, jangan marah mereka, nasihat elok elok, sebab dalam
pandangan mata mereka yang sempit, tetap nampak silap kita sebenarnya.
Kalo kita dah nasihatkan
elok-elok banyak kali sampai nak muntah dan depa masih buat kesilapan yang
sama, kita biaqkan je la coz penat kot mencurah air ke daun keladi. Bagi
kesalahan, kekhilafan dan kesilapan kita, kita kena usahakan untuk tidak
mengulangi kesilapan tuh dan berterusan memperbaiki diri. Apa lagi nak dibuat
kan?
38. Kebahagian adalah pilihan,
kita datang tak bawak dosa pahala, tapi kita pergi akan bawak dosa pahala, maka
dalam apa jua keadaan, Jangan gaduh gaduh, jangan kafirkan orang, berlapang
dadalah. Pilihlah untuk bahagia dengan banyak bersabar dan selalu bersukur.
Kebahagiaan setiap orang
berbeza-beza tapi yupp kita perlu banyak bersabar dan selalu bersyukur. Jika
kita lebih bahagia duduk sorang-sorang, meminimakan contact dengan orang yang negative,
etc….just do it. Kalo bahagia means start a new life from ground zero, by all
means just freaking do it. Bergaduh mungkin kurang tapi lebih kepada lets go
our own way camtuh mungkin ramai. Memang kena berlapang dada sebab tak kuasa la
kan nak pikiaq teruk-teruk untuk perkara yang tidak bermanfaat sampai terkena
darah tinggi atau migraine. If finding happiness means to cut off certain
people in your life….please do it.
39. Jangan takut menjadi tua,
dan jangan lawan umur dengan solek nak bagi hilang kedut, warna rambut, pakai
baju orang muda, seluar jeans, pakai pemutih bagai apa semua tu- tak perlu!,
kalau boleh korang dah jadi tua sebelum tua, dulu masa aku umur 30 tahun, aku
dah berfikir macam orang umur 40 tahun, jadi bila umur 40 tahun, fikiran dah
match, atau mungkin, aku sekarang berfikiran 50 tahun? Mana tahu, ha ha.
All these are fine with me
sebab daripada dulu-dulu pun den memang tidak minat nak melawa sebab den memang
pemalas. Memang dressing pun macam orang tua. Cuma akan tetap pakai jeans sebab
selesa kot. Blouse nak cari yang lebih sopan sebab dah makin membulat kan. Cuma
nak berusaha mengurangkan perangai lagho yang tak ketahuan nih yang sangat
mencabar.
40. Jangan dot dot dot.
Nih masing-masing decide la
sendiri nasihat ke 40 apa yang paling sesuai untuk diri sendiri.
0 Comments