40 Pesanan Kereta Mayat From My Point of View (Part 3)
Another
10 advices from Hamka Kereta Mayat (21 - 30) kepada mereka yang akan berusia 40
tahun.
21. Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
21. Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
Nih maybe lebih terpakai
kepada fathers kot sebab biasanya kebanyakan omak-omak nih ada je adegan
ternangis hehehehehhee. Cam den nih ha sejak-sejak dah nak masuk 40 tahun
memang extra mellow skit tatau la pasai pa. Tengok sokongan keluarga pada
anak-anak depa yang masuk audition The Voice pun bley tergenang ayaq mata.
Memang haru sungguh.
22. Jangan jadi orang tua yang serius,
tolong simpan beberapa punch line untuk kongsi dengan anak cucu.
Serious macam tak sangat
den nih tapi garang dengan membebel iya. Sakan dok membebel di sana sini.
23. Kita tak boleh selamatkan
orang yang tak mahu diselamatkan, walaupun mereka adalah anak atau kawan yang
kita sayang, isu murtad, gay, pilih pasangan yang salah, dadah, dan sebagainya,
memang ada orang yang tak nak diselamatkan, jadi move on, jangan terperangkap
dalam pilihan silap orang lain sehingga kita jadi orang yang buang masa buat
benda sama tapi harap keputusan berbeza. Nabi hijrah ke Madinah bila orang
kampong tak suka-move on.
Betoi sesangat-sangatnya
perkara nih. There is nothing we can do to help people who doesn’t want to help
themselves. Been there. Done that. Berlaku di sekeliling kita. Memang kita
sangat terkilan but it’s really beyond our jurisdiction gittew. Nko dah bagi
nasihat, nko dah tolong (tenaga, wang ringgit, etc), nko dah berkorban, etc
tapi bila depa tetap tak diselamatkan memang kita tak dapat buat apa-apa dah.
Kalo orang dah jatuh dalam sungai dan hampir lemas, kita dah bagi pelampung
depa buat dek je kat pelampung tuh. Kita terjun dalam ayaq tuh selamatkan depa
tapi once dah sampai tebing sungai, depa terjun balik. So nak buat camne lagi.
The available choices adalah kita tengok depa tenggelam atau kita tinggalkan
tebing sungai tuh walopun kita tau depa akan tenggelam.
Yupp most of the time it will
break your heart because you love them and you just wish happiness upon them.
Kadang-kala jugak apabila
kita dah abis daya nak menolong, exhausted physically, mentally, emotionally,
financially, etc, memang akan ada kata-kata sumbang daripada orang yang tatau
the whole story, yang hanya memerhati dari kejauhan, yang tatau hujung pangkal
cerita, etc tentang sampainya hati kita tak menolong orang tuh @ mengapa kita
menjauhkan diri daripada orang tuh, etc. Akan ada mereka yang memberikan
nasihat itu ini, etc.
Just ignore these people k
coz it is our life dan orang yang berkaitan dengannya.
There is literally nothing
you can do to help these kind of species yang tak mahu diselamatkan. Just let
them be.
24. Jangan harap semua pada
pasangan, pandaikan diri memasak, kemas rumah, bersiap, sebab hidup ini tak
lama, sampai masa korang akan berpisah kerana ajal atau putus jodoh. Jadi
jangan tambah sedih di hari pemergian orang tersayang kerana tiada bakat
berdikari.
Buong dok risau den tak
berusaha nak memandu. Kadang-kadang den pun risau jugak bila fikir what if
there is an emergency or there will be time when I do need to drive (kalo buong
takde, etc) cumanya nak memberanikan diri untuk memandu tuh masih tak kunjung
tiba. Phobia memandu nih masih tak dapat diatasi tatau nak habaq lagu mana.
Memandu tuh adalah major issue untuk den. Untuk buong plak, den risau dia tak
familiar dengan urusan atas talian (internet banking, etc) dan urusan berkaitan
lawyer, bank, etc (melibatkan loan umah, loan kete, personal loan, etc) sebab
dia tak get used to it. Nak kena paksa gak dia belajaq nih.
Daripada segi nak survive
untuk hidup harian, nak uruskan kiddos, masak, kemas umah, etc in sya Allah
both of us boleh buat walopun berlebih berkurang tapi bolehlah kalo nak
meneruskan kehidupan.
25. Jangan buat keputusan
ketika marah atau gembira. Sebab bila tiba waktu bertenang, korang akan
menyesal dengan keputusan itu, eh? sekarang sudah bertenang dan rasa nak buat
benda baru tapi malu? You can do it, buat sekarang, nak main gitar? Nak
berceramah? Nak menyanyi? Buatlah, yang penting benda tu tak berdosa dan
tak meyusahkan orang, jika malu, buat jugak tapi bukan depan orang. Woha!
Memang nak kena mendidik
diri untuk buat keputusan dalam keadaan waras dan bertenang. Easier said than
done untuk den nih ha especially bila hati dok membara-bara marah ke ape. Den
rasa penting sangat kita fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan.
There are a few decisions yang den buat yang bila dipikiaq balik sekarang
memang la not so wise decisions tapi nak buat camne kan, benda dah diputuskan.
Nak tak nak kena la teruskan kehidupan dengan keputusan yang kita dah buat.
Jadikan pengajaran supaya tak terpleot langkah lagi di masa hadapan camtuh la
hendaknya.
26. Bergaullah dengan
masyarakat, jangan jadi kera tua yang sumbang, merendah diri dalam bergaul,
joint geng masjid, budak tabligh, ceramah agama. Atau buat buat tak pandai dan
pergi belajar sebab kita bukannya betul sepanjang masa.
Untuk den & buong,
perkara nih antara perkara yang paling sukar nak dilaksanakan sebab kitaorang
memang spesies malas gila nak bermasyarakat. Nak-nak lagi ada perangai
introvert cam kitaorang nih. Memang la payah. Buong pernah cakap yang life
kitaorang kadang-kadang macam ceite Legend (movie Will Smith duduk
sorang-sorang dengan anjing melawan zombie tuh).
We are not people person.
27. Jika ada peluang bersembang
dengan orang yang jauh lebih tua, tanya dia, bagimana jaga kesihatan?,
bagaimana jaga perkahwinan?, bagaimana didik anak?, Tanya juga apa yang pakcik
paling menyesal dalam hidup?, apa keputusan yang paling baik dalam hidup pernah
pakcik buat? Dan lain-lain, itulah cara berkawan dengan orang tua. Jangan
cerita sangat tentang diri kecuali orang tanya.
Ha…yang nih den paling
menyesal tak sembang macam-macam dengan Allahyarham atok sebab banyak kot
pengalaman dia (sejak zaman Jepun, masa merdeka, etc). Sekarang nih bila ada
kesempatan den cuba menyembang dengan mak mentua den.
Den paling suka sembang
dengan my ex-boss. Cara dia mendidik anak-anak dia supaya berjimat-cermat, etc
memang den berkenan dooh.
Dulu masa den dok pergi
kerja naik teksi, memang akan ajak pakcik teksi tuh bersembang kalo mood depa
okay. Suka dengaq cerita pakcik teksi macam mana depa besaqkan anak-anak depa yang
mostly belajaq course yang gempak-gempak, keje baguih-baguih dan perangai
molek-molek (nih depa la habaq), isu semasa macam GST dan BR1M heheehehe, etc.
28. Jagalah lutut, guna dengan
bijak sana. Main futsal sampai patah kaki bukan tindakan yang bijak.
Super true. Berzumba sampai
lutut terpleot adalah tidak bijak. Tapi lutut den mula terpleot lepas den dah
membulat dengan sakannya (berat berlebihan yang memberikan kesan tidak elok
pada lutut) + lepas kena ambil injection Clexane masa preknen. Sakit lutut nih
memang sedih k. Certain movements dalam solat pun bley menyebabkan rasa ngilu
kat lutut den sekarang nih. Memang ada zumba movements yang den tak bley buat
sebab tersakit lututnya. Harap lutut nih kembali sembuh supaya kehidupan dapat
diteruskan dengan tidak berdengkot-dengkot pada suatu ketika.
29. Jika semak tumbuh belakang
rumah, cabutlah sekarang, sebab lama-lama semak itu akan menjadi semak samun,
waktu tu dah susah nak buang, dan dari semak samun datang pelbagai ancaman
seperti lipan, ular, kala jengkin dan sebagainya. itu yang berlaku di belakang
rumah, juga perkara yang sama berlaku dalam hati manusia, jika ada dendam
benci, mengeluh, dan pelbagai penyakit hati, kena buang semua tu sebelum ianya
membesar dan makin parah. Macam rumah rosak repair terus,kereta rosak repair
terus, jangan bertangguh, nanti duit akan banyak habis dan susah nak dibaik
pulih. Begitulah Hati bila terasa, pujuk terus, buat salah, minta maaf terus,
nanti putus silaturahaim tak cium bau syurgalah kita.
I guess on certain matters
we will forget eventhough it might take some times but we never forget coz we
are human like that. Forgive but never forget. Nih den la. Tapi untuk orang
yang tahap pasrahnya, kesabarannya, redhonya, etc tuh memang di tingkat yang
den tak terjangkau, mungkin pendekatan dia berbeza. Dah banyak kot ustaz dok
pesan kita kena sentiasa memaafkan orang, etc.
Tak perlu diulas panjang. Bergantung kepada luka hati masing-masing dan
berapa lama nak terubatnya.
30. Kadang kadang kita kecewa
diumur tua bila kawan kawan sebaya masih berfikiran tidak matang, jangan
pulaukan diri, waktu lapang, banyakkan baca buku yang ditulis oleh orang
pandai, bila dalam otak kita ada banyak pengalaman hidup orang pandai, ianya
akan memudahkan kita dalam menyusaikan pengalaman hidup di dunia ini yang
sentiasa berubah rubah ujiannya. Jika tak ada buku orang yang pandai dari
pandangan mata korang, pergi tulis buku sendiri!
Tak matang is one thing.
Yang paling tak bley blah kalo beraura negative (tak kisah la keluarga ke kawan
ke opismate ke, etc). Nih memang pening nak melayannya. Akhirnya den ambil
pendekatan meminimakan contact dengan mereka dalam kategori nih. Berhubungan
dengan depa jika ada perkara-perkara yang sangat penting dan tak dapat
dielakkan je. No point dwelling with negative people. Nanti aura negative tuh
terpalit plak kat kita yang memang dah ala-ala agak jenuh nak berusaha nak
mempositifkan diri.
Hidup kat dunia nih sekejap
dan sekali je. Moh la kita kelilingi diri kita dengan orang yang mempunyai
pemikiran, emosi, etc yang positif supaya aura yang positif akan ditempias
kepada kita.
0 Comments