The Food
Cucoq udang 50 sen masa sekolah menengah. Digoreng dalam
senduk. Tengah-tengah cucoq udang ada macam keluk (melengkung). Bubuh sos salam
keluk tuh.
Mee goreng sekolah rendah + sambal tumis (RM 1).
#biasanya
kombinasi terbaik makan waktu rehat adalah sepinggan mee goreng bersama sambal
tumis + seketoi cucoq udang tuh.
Kerepek ubi pedas makcik yang duduk kat sebelah sekolah masa
den darjah 1 - 4 di Penang. Setiap kali waktu rehat memang akan pergi beli
kerepek ubi pedas tuh 20 sen satu peket. Rasa pedas + manis dia just nice.
Nasi goreng udang di gerai misteri kat Bandar Baru Bangi.
Kedai nih den pernah makan dalam 4 kali masa dok merayau malam-malam. Kedai dia
agak tersorok dan kecik je. Nasi goreng udang dia superb sangat walopun udang
dia kecik-kecik je. Kedai nih den dah tak jumpa cari. Bila tanya orang kat situ
depa cakap ‘tak pernah ada kedai pun kat situ’. Memang misteri k.
Udang lipan di Bamboo Restaurant di Penang. Tatau dia
masak apa tapi den suspect masa cili kering. Dah la udang lipan jarang jumpa
kan. Dah terjumpa udang lipan tapi masakannya tetap tak dapat nak menandingi
yang kat Bamboo Restaurant tuh.
Kepak ayam kat tepi jalan di Jalan Telaga Air. Masa
Allahyarham emak ada, kitaorang akan makan kepak ayam nih bila abah dapat gaji.
1 kepak 50 sen rasanya. Sedap sangat.
Sehingga
sekarang den tak jumpa makanan seumpamanya yang standing dengan keenam-enam
makanan kat atas nih. Even buong pun kata the best mee goreng adalah mee goreng
masa sekolah rendah.
Ada pelbagai
food yang sedap yang walopun susah nak dapat sekali sekala ada rejki bersua jua.
Apom lenggang di Penang. Nih my fav daripada kecik sampai
la sekarang. Setiap kali den balik Penang mesti pesan kat abah suruh belikan
apom lenggang nih sebeban.
Kuih kapit abah yang sangat rangup & ngam-ngam rasa
manisnya. Dah jumpa kuih kapit yang 80% macam kuih kapit abah kat Klang tapi
makcik yang buat tuh sakit teruk sekarang. Dah tak dapat makan kuih kapit sedap
lagi.
Sambal tumis Mak Ngah. Nih kalo den terbalik Penang baru dapat
merasa (dah la jarang sangat balik Penang. Tuh yang tragis sangat tuh). Sedap
sangat tatau nak habaq camne.
Food sedap
yang den bley makan bila teringin.
Apam balik kecik depan CIMB Setia Alam. Nih biasanya ada
during weekdays. Pukul 12 tengahari ke atas.
Sotong goreng tepung kat Nyonya’s Kitchen. Cuma sediakan duit je
la sebab agak mahai.
0 Comments