Tajuk dah macam album terkini Bruno Mars iaitu 24K.

Dah beberapa tahun kebelakangan nih ramai orang dok promosi pelaburan at least 1g sebulan 1 keluarga dan sebagainya (gold bar 1 g 999).

Den tamau ceite pasai pro & cons pelaburan emas nih. Bley dapatkan info nih kat pelbagai website atau blog tentang pelaburan emas nih.

Den ada gak beli gold bar 1 g tuh tapi ada sekupang je la.

Cumanya bagi den, kalo beli emas gold bar 999 tuh tak dapat la nak melaram pakai macam emas 916 tuh kan.

Den cuma nak ceite tentang history den dengan emas 22K nih atau lebih dikenali dengan emas 916 yang 2,3 urat tuh.

Masa nak beli umah pada tahun 2009 yang akhirnya den dah terjual (salah percaturan huhuhuhu but this is another story at another time kalo den terajin la), den jual semua barang kemas den termasuk rantai tangan yang atok bagi (nih pun tersalah langkah), rantai tangan kawin, rantai kaki yang berat gila, etc untuk sediakan duit untuk 10% deposit untuk beli umah tuh (zaman den beli umah takde lagi skim rumah pertamaku, etc. Semua kena buat sendiri).

Den ada jugak terjebak dengan aktiviti jual @ gadai emas den dan hasilnya digunakan untuk berjalan-jalan bersama keluarga, bayar hutang kad kredit, bayar maintenance flat untuk 1 tahun, bayar Kursus Hartanah, etc.

Banyak lagi la ceite pasai keberjasaan barang kemas yang telah digadai nih kepada kehidupan den sekeluarga.

Hati memang ada kecewa bila terpaksa mengorbankan barang kemas untuk pelbagai tujuan tetapi kena belajar pasrah kadang kala kita kena korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu camtuh la gamaknya.

Kesimpulannya okay je kalo nak melabur dalam emas nih, tak kisah la emas 22K @ 24K sebab kalo kita terdesak nak menggunakannya untuk pelaburan yang lebih besaq (nak beli rumah, etc) atau untuk kecemasan macam bayaq bil spital (kalo kita takde insurans, etc), in sya Allah kita boleh gadaikan atau jualkan pada bila-bila masa di mana-mana kedai emas, pajak gadai, etc.

#Cumanya bila kita dah gadai tuh, kena la ada back up plan macam mana nak cari duit untuk tebus balik semua emas tuh supaya ianya tidak dilelong.

Sekarang nih kena la menabung semula kalo nak ada emas 22K @ 24K (gold bar 999 @ dinar 999) supaya dapat menjadi back up di kala kita sangat perlukan huhuhuhuhu.

In sya Allah akan diusahakan.

Isunya kalo buat pelaburan emas nih tak kisah la emas 22K @ 24K nih, nak simpan kat mana la plak isunya kalo dah agak banyak sebab kerisauan sebab rumah dirompak, etc. Hmmmm.

Bley je la kan buat pelaburan emas yang ada buku pelaburan tuh tapi macam tak best la plak tak nampak emas nya tuh depan mata kan?

Haish….dilema sungguh.

Yang penting kena menabung dulu untuk buat pelaburan emas nih coz kalo cakap je lebih tapi RM nya tidak kelihatan, tak guna la jugak.

0 Comments