Morib Gold Coast
Den suka berjalan ke sini
sebab bilik dia best & water theme park dia pun menarik + dekat dengan Shah
Alam.
Kali nih pergi kira ala-ala
sempena celebrate birthday F yang ke 7 yang jatuh hari Sabtu tuh.
Beli voucher RM160 (2 hari
1 malam bilik studio yang ada jakuzi + 2 breakfast + 4 tiket theme park).
#Sapa-sapa nak beli voucher
penginapan yang agak murah bley contact Pn Ruzila 012-3601656. Fb dia Ruzila
Zila. Dia ada jual voucher untuk Morib Gold Coast, Melaka Gold Coast, Lost
World of Tambun, etc.
Den kena top up RM 50 sebab
pergi masa coti sekolah.
Nak tak nak dah kena terima
hakikat perkara top up @ surcaj nih akan terpakai setiap kali nak pergi bercoti
sebab F yang dah sekolah. So memang kena berjalan during coti sekolah je.
Lagi satu kena redho kena
top up untuk breakfast sebab dia dah 7 tahun. Another RM 22. Tak lama lagi kena
top up breakfast untuk A plak bila pergi tempat yang ikut ketinggian (lebih 90
cm) macam Morib Gold Coast nih.
Dah 4 kali kitaorang pergi
sini baru first time den mandi manda sakan dengan budak-budak nih. Memang best.
Cuma tak sempat nak berendam dalam jakuzi je. Siap ada parti buih kat satu
kolam kat theme park tuh cuma tak sempat ambik gambo. Toilets kat theme park
tuh pun depa dah tambahbaik so memang okay la.
Budak-budak la terpaling
happy. Berendam sampai kecut-kecut. What is new about that right?
Budak-budak yang sakan dok berjakuzi kat sini. |
Training menahan nafas ala komando katanya |
Dah tua-tua nih naik gelungsur nih pun den takut |
0 Comments