Kita sambung lagi ceite technical visit ke London yang ntah bila la nak siap ceitenye nih.

Dari Farmoor Reservoir nak ke Benson Lock Weir nih amik masa dalam 30 minit jugak.

Lock adalah kunci air.

Weir adalah empangan kecik camtuh la.
Gambaq nih macam salah satu corak cross stitch

Benson Lock Weir adalah kunci air bagi Sungai Thames yang ada kat Benson, Oxfordshire. Lock pertama kat sini dibina oleh Suruhanjaya Navigasi Thames (Thames Navigation Commission) pada tahun 1788 sebelum diganti dengan lock sekarang pada 1870.


Hampir keseluruhan kawasan nih accessible kepada orang awam untuk berekreasi. Cuma ada kawasan kecil je yang restricted kepada pekerja, etc.
Sure chantek kalo amik gambo pre-wed kat sini kan
Banyak rumput tersangkut kat weir nih. Kalo di sungai kat Malaysia beg plastik yang banyak tersangkut
Kalo nyanyi lagu hindustan sambil berpusing-pusing kat pokok nih sure best kan hehhhehehehhe

Sebelah kunci air nih terletak sebuah rumah/kuarters untuk penjaga kunci air nih (lock master). Rumahnya chantek sangat. Kalo offer den keje kat sini pun den suka je rasanye sebab dapat rumah chantek, lepas tuh jaga hal ehwal kunci air tuh.
Best nya kuarters camnih kan
Masa kitaorang dok melawat tuh, ada sorang mamat nih naik sampan nak melalukan kunci air nih, so penjaga kunci air pun buka laluan untuk sampan nih lalu.

Tempat nih memang chantek. Untuk pre-wedding photoshoot pun sangat menarik. Sesetengah tempat tuh pemandangannya terasa macam kita tengok gambo yang dijadikan corak untuk cross stitch.

Serious chantek tempat nih.
Kat sini la kamera handphone den buat perangai terpleot dia. Bila amik gambo kat certain angles, gambo tuh jadi gelap. Makanya almost 30% gambo kat sini dok kusam dan kelam.

#lepas site visit kat sini, kitaorang bergerak untuk lunch di HR Wallingford. Kitaorang terjumpa balik mamat yang bersampan nih kat Sungai Thames belakang HR Wallingford. Sakan dia bersampan menyusuri Sungai Thames.

0 Comments