40 Pesanan Kereta Mayat From My Point of View (Part 2)
Kita sambung lagi ceite pasai lagi nasihat ke
11 hingga 20 oleh Hamka Kereta Mayat kepada mereka yang akan berusia 40 tahun.
11. Umur 40-an patut dah duduk
rumah sendiri. Tapi jika masih menyewa, jangan malu belajar untuk dapat miliki
rumah. Tak semestinya rumah yang mewah, cukup rumah yang selesa. Sama jugak
kenderaan, Kereta tak perlu mewah, cukup kereta selesa. Nobody care.
Yupp. So true. Lagi-lagi
sekarang nih dah ada macam-macam skim yang Kerajaan sediakan. Rumah Mampu Milik
la, Rumah Pertama la, Rumah Satu Malaysia (PR1MA), rumah yang boleh dibiayai
oleh Pusat Zakat dan Baitulmal (dengan syarat nama mak ayah ada dalam geran
tanah), Rumah Mesra Rakyat, etc. Rumah kos rendah dan kos sederhana rendah
masih dibina kat beberapa tempat. Even at one point Kerajaan ada bagi skim
untuk wang pendahuluan untuk beli rumah. So apa lagi alasan untuk tidak
mempunyai rumah? Untuk golongan asnaf, yang sakit, etc kita sedia maklum tapi
den lebih nak tanya soalan nih kepada golongan sederhana yang boleh tahan
berjalan ke hulu ke hilir, makan sedap-sedap bersungguh-sungguh, beli kete
gegak gempita, etc.
Sampai bila nak menyewa?
Den membeli umah di zaman yang kurang subsidi. Takde bantuan apa pun. So memang
agak terkilan tengok depa di sekeliling den yang layak mendapat rumah-rumah
yang Kerajaan tawarkan tapi tak grab the opportunity. Macam-macam alasan k. Tak
nak rumah bertingkat la nanti payah nak tengok kereta la. Nak rumah ada tanah
dan laman la. Nak rumah yang dekat dengan sekolah, stesen komuter, masjid,
pejabat SPRM bagai tapi nak harga murah. Like hello…..your first house doesn’t
mean your last house kot. Takpe je beli dulu rumah flat. Then bila gaji dah
mantop, etc bley la upgrade beli umah lain. Umah flat tuh bley jual untuk
sediakan muka 10% atau umah flat tuh disewakan.
Disebabkan den dah lalu
sekupang dua pasai umah nih (kena tipu beli umah, bid umah lelong, jadi agen
jual umah sekejap, uruskan hal umah yang dah nak kena lelong, rumah
terbengkalai, etc), den tau la skit pasai nak beli rumah nih. So memang den
boleh membebel banyak gila pasai ‘kenapa tak nak beli rumah padahal boleh
diusahakan’. Kalo memang dok berangan nak rumah dalam kategori mampu tengok
tetapi tak nak berusaha, memang la elok ditabuh je orang camnih.
At least kita kena ada
sebiji rumah untuk kita duduk. Tak nak beli rumah untuk tujuan pelaburan pun
tak pe tapi mesti ada rumah sendiri walopun flat kos rendah takde lif di
tingkat 5 dengan keluasan 500 sq ft. Memiliki rumah sendiri is a must.
12. Mengembara di umur ini
sangat bagus, bawa anak anak mengembara sama, dah tua nanti kesihatan akan
menghalang korang. Jadi pergilah ke tempat korang rasa nak pergi, bila sakit
nanti duduk rumah sahajalah. Melancong dalam kerja dakwah tabligh pun bagus,
bawak bini (Jemaah masturat) pergi luar negara, kos murah, pahala dapat, dan
jika mati di kira mati di jalan Allah.
Mengembara memang tak
pernah la. Melancong dalam kerja dakwah memang la takdak langsung….tiada ilmu
& seriously macam jauh sangat je perkara nih. Setakat nih den cuma
berjalan-jalan bercotian yang memang 100% berjimbaan la. Berjalan-jalan dengan
anak-anak di bawah umoq 7 tahun nih lebih kepada pergi berehat kat hotel yang
ada swimming pool atau taman tema sebab tuh la kesukaan depa. Den akan coba
teruskan aktiviti bercotian bersama keluarga sementara kiddos pun masih nak
berjalan dengan den + den & buong masih sihat (bergantung kepada keadaan
kewangan semasa la jugaknya ye).
13. Banyakkan bantu orang ikut
kemampuan, ianya akan buat hidup lebih bermakna dan bahagia sebab orang tua
peneman dia adalah kenangan, Jadikan bantu orang sebagai kenangan terindah di
hujung usia dan di dalam syurga. Boleh tiru Saidina Umar yang ronda malam-malam
sambil bantu orang. Siapa yang banyak bantu orang, disyurga nanti akan sangat
seronok bersembang tentang kenangan hidup di dunia.
Den rasa nasihat nih memang
benar cumanya bagi den membantu orang biarlah berpada-berpada (nih mungkin
disebabkan iman yang senipis kulit bawang + kurang sabar, etc). We should put a
limit on whatever stuff we are helping people off. Some people are seriously
hopeless. No wonder how many times you help them, they will find excuses to
screw it all & not be a better person. However, will try to put more effort
to help people around me.
14. Jangan berdebat. Biar orang
muda jer berdebat. Korang yang tua ni bawak bertenang, itu lebih baik.
Yupp. Been there. Done
that. Zaman den mula-mula keje tuh bersemangat waja gila babi dok berdebat,
memberi pendapat, etc dalam mesyuarat. Bila umoq dah makin meningkat dan hang tengok
people wish to maintain status quo tak kisah apa pun cadangan hang bagi,
makanya secara automatic den end up jadi malas gila nak bercakap apa dah. Memang
den bertenang-tenang aje dalam apa jua mesyuarat pun. Paling kuat den main
Candy Crush masa orang dok sakan berdebat hehehehehehee. Certain stuff in life
you just have to let it be.
15. Jika suka pada orang kena
luahkan, itu orang tua kena buat, jangan tunggu anak cakap, bini cakap, cucu
cakap, sebab orang muda punyai ego masing-masing, orang tua walau ego tinggi
tapi kena mengalah. Luahkan isi hati sekarang dan nikmati setiap masa
bersama orang tersayang. Jika buat salah dengan orang muda, atau anak anak,
mintaklah maaf, orang muda akan respek dengan orang tua yang mintak maaf.
Memaafkan orang muda adalah terapi diri bagi orang tua.
Tengok jugak character
orang yang nak diluah perasaan tuh. Kadang-kadang ada sesetengah orang memang
agak reluctant nak menerima luahan perasaan orang lagi-lagi kalo melibatkan isu
yang sensitive. Kalo melibatkan orang tua lagi la kena berhati-hati sebab depa
super sensitive. So kadang-kadang kita nak menjaga hati atau malas nak
memanjang cerita, we just keep it to ourself. Some stuff are better left
unsaid.
16. Bab rezeki mengikut
falsafah barat: 70 peratus dari kejayaan kita adalah nasib baik dalam takdir,
tapi jangan pandang rendah 30 peratus pada USAHA DAN ILMU untuk capai kejayaan
itu. Kejayaaan hidup juga ditentukan oleh channel yang betul, net working yang
luas, dan RAJIN. Sebelum itu, Jangan tengok kejayaan rakan sebaya, tapi
tengoklah nikmat yang sedang dilimpah Allah pada korang, sungguh hidup ini
bukan perlumbaan. Berusahalah dengan ilmu yang betul dan
bertawakallah.
Ayat ‘Berusahalah dengan
ilmu yang betul dan bertawakallah’ tuh deep sangat k. Dalam hidup nih memang kena berusaha gigih
untuk mendapatkan apa yang kita nak di samping jangan lupa hakikat rezeki tuh
kurniaan Allah. Everyday is a learning process. My ex-boss told me a few time
that in life we must practice GOLF (Go on learning forever).
Kena jugak sentiasa
mengingatkan diri (nih den la) yang rezeki bukan hanya dalam bentuk wang
ringgit dan harta melimpah ruah. Rezeki dalam pelbagai bentuk macam kesihatan,
anak-anak yang soleh dan solehah, partner in crime (spouse) yang ngam, boss
yang adil dan saksama, ada kawan sekupang dua yang bley berlebih kurang dengan
kita, etc. Tapi kadang-kadang kita terlalu focus kat satu rezeki iaitu duit
banyak & harta banyak sampai terlupa nak bersyukur atas kurniaan rejki yang
lain. I still trying my best untuk appreciate dan berterima kasih atas pelbagai
rejki yang dah Allah kurniakan. Kadang kala memang akan tersasar dari landasan.
17. Tolong jangan boros,
simpanlah duit, belanja di tempat yang betul sahaja, sebab kerjaya dan kawan
tak jaga korang bila sakit, keluarga: ya! Jika betul didikan agama. Jadi
didiklah keluarga dengan agama, mereka akan jaga korang sampai Syurga!
Nak mendidik keluarga
dengan agama is quite a challenge untuk orang yang biasa cam den & buong
nih. Selangkah kemajuannya, 2 tapak kembali ke belakang. It’s an never ending
issue and effort but we keep on trying, doing our best. My late mum passed away
29 years ago. Kadang-kadang ada rasa den kurang berdoa atau berbakti untuk
Allahyarham emak. But still nak tak nak kena coba buat yang terbaik. Penting
sangat simpan duit. Bila ada duit yang barakah, in sya Allah kita akan dapat
ketenangan fikiran. Kalo duit rasuah den tatau la apa feeling nya sebab dah
tentu-tentu tak betoi kan? Ada ke ketenangan fikiran? Ke dok susah hati takut
diintai SPRM, etc? Kalo tak dicekup SPRM tuh, diri sendiri tuh rasa tenang ke
tak?
Money is not everything but
it’s better la kot to cry in the car than crying terslepet tepi jalan
perumpamaannya. In sya Allah jika kita ada simpanan (tak kisah la duit ka,
jongkong emas ke, ape ke), urusan hidup kita harapnya dapat dipermudahkan. Bila
ada ketenangan fikiran, nak buat keputusan, etc biasanya dalam keadaan terkawal
dan waras. Sakit memerlukan duit yang banyak untuk merawatnya. So sediakan
payung sebelum hujan. Menabung la skit dalam insurans takaful yang patuh
syariah. Dalam umoq nak cecah 40 tahun nih, I am still struggling to allocate
ample saving for emergency uses. Lets all try to save as much of money as we
could yar.
18. Nafas yang korang sedut,
adalah nafas yang orang mati hari ini tak boleh sedut, bersyukurlah dan
berhentilah mengeluh. Hembuskan nafas dengan Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan
nikmat umur, jangan jadi orang tua yang cemburu tengok orang muda tapi jadilah
orang tua yang simpati pada orang muda kerana mungkin mereka orang muda tak
akan sampai ke usia anda. Anak korang pulak hanya ada sekali sajer pengalaman
kanak kanak, warnailah dengan kasih sayang dan kejutan indah.
Kurangkan merungut dan
lebihkan bersyukur. Nih pun agak jenuh nak diimplementasikan coz ianya berkait
sedikit sebanyak dengan kekurangan daya upaya kita untuk melihat rezeki bukan hanya
di dalam bentuk wang ringgit. Sepatutnya setiap hari terbangun daripada tido
kena bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk hidup dan menambah amal dan
memperbaiki apa yang patut.
All kiddoss only have one
childhood. If some sacrifice need to be make so that we could spend more time
with the kiddos to create wonderful memories, then we must do it.
Anak-anak nih mudah sangat
nak digembirakan hatinya. Anak-anak den tuh bawak depa beli barang dapur kat
Tesco pun depa dah happy sangat. Kalo bagi depa melompat dan bergelinjangan kat
taman permainan tuh dah memang heaven untuk depa. Kalo den jadi dinosaur, depa
dua orang jadi Ultraman pun depa dah gumbira. Main hide and seek atau lumba
lari dalam umah yang sekangkang kera tuh pun depa enjoy. Walopun kadang-kadang
cam terpenat dengan pelbagai urusan dunia dan malas nak layan karenah
budak-budak tuh, den coba jugak sedaya upaya setakat yang mampu.
Lets all spend time with
the kiddos selagi mana depa masih nak memerap kat kita, nak tidoq kat celah
ketiak kita, masih nak tidoq bersempit-sempit dengan kita, nak bermanja kat
kita, nak cerita itu ini kat kita, nak sikat rambut kita, nak lawan pedang
dengan kita, suruh kita jadi zombie, masih suruh kita cium dia bila kita cium
adik dia, masih sudi nak dengo mama cerita pasal sang monyet dan sang
kura-kura, nak makan bersuap etc coz there will be time when we, the parents
will longed for these moments and gonna miss them.
Esok-esok depa dah masuk remaja,
kita akan rindu semua kenangan nih. Seems like nowadays time flew very super
quickly, we should find the time to create all the sweet memories with them.
19. Buat persiapan mati, masa
tidur tu anggap esok dah takde dah. Semua harta akan jadi tanah, hargailah
masa. Pesanan Stave Job ini pun bagus: “Jika anda hidup setiap hari seperti
hari terakhir anda, satu hari nanti pasti anda akan betul.” bermakna: Jika hari
ini adalah hari terakhir dalam hidup korang, adakah korang akan buat seperti
yang korang nak buat sekarang? Jika jawapannya ‘tidak’. Maka teruskan cari
jawapan ‘ya’ dan insyaAllah korang akan temukan ketenangan dalam hidup. Lebih
kurang hadis Nabi: ”Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat
merenggut kelazatan dunia, iaitu mati.” Pasti ada Kejayaan.
Nih sangat betoi tapi den
nih bila terpikir pasai mati jadi super takut sebab dok kengerian tahap gaban
on siksa kubur, pembalasan di akhirat, etc. Serious super takut k. Lately bila nak tido malam, akan
ada rasa takut @ risau ‘what if I die in sleep @ camne kalo den tidoq teruih
tak bangun-bangun @ mati’…..serious ada mix feeling…..takut gila babi sebab
mengenang banyak gila dosa, susah hati sangat-sangat on what will happen to the
kiddos, etc. Kadang-kadang bila sembang pasai mati dengan buong, will end up
otak macam menyol, tatau nak pikiaq apa coz everything are super ngeri k. Nih
adalah disebabkan oleh diri sendiri yang asyik la dok tergelincir dari landasan
yang sepatutnya. Memang banyak yang perlu diperbaiki. Hopefully there is still
time to be a better person yang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan ihsan
daripada Allah.
20. Sayangi ibu bapa lebih dari
sayang pada anak bini, dan Jika mertua mintak bantuan harta atau masa dari
kekasih korang, jangan nak emosi sangat, sebab dia mintak bantuan bukan dari
kekasih korang sahaja, tapi dari anak dia!
When dealing with feeling,
etc memang la agak delicate ye especially bila parents dah makin tua (tak kisah
la mak pak kita or mak pak mentua kita). Orang tua nih lebih sensitive. I am
super lucky sebab mak pak mentua den baik hati sangat k. Serious baik hati.
Hopefully if I have the chance untuk ada menantu, I will be the mak mentua yang
disayangi menantu hehehehehehe. Disebabkan mak pak mentua den bukan jenis
meminta yang bukan-bukan (this is another rezeki that I should be grateful of),
kebiasaannya kitaorang ikut or tolong je apa yang depa mintak.
Kalo depa minta tolong
benda yang di luar kemampuan kitaorang or kitaorang rasa kalo ditolong akan menyusahkan
depa dan juga kitaorang di masa akan datang, kitaorang explain pada depa pasai
pa certain stuff tuh tak bley dibuat, etc. Mungkin sebab orang tua nih depa
lebih lembut hati sebab dah tua kan, so ada beberapa perkara yang depa nak buat
tuh kadang-kadang depa tak pikiaq sangat pro & kontra nya.
0 Comments