Disebabkan den pun in sya Allah 25 March next year akan mencecah ke 40 series, makanya den terkesan dengan pesanan Hamka melalui blog dia Kereta Mayat yang bertajuk ‘40 nasihat untuk orang berumur 40 tahun’. Tiba-tiba terasa plak nak bagi my side of the story sekupang dua berkenaan setiap nasihat tuh. Den bahagikan pada 4 bahagian sebab panjang kot setiap pesanan dia tuh (bley tengok blog Kereta Mayat untuk tengok semua 40 nasihat tuh ye).  

Yang diboldkan dan diitalickan tuh pesan Hamka Kereta Mayat.

So here we go.

1. Rajinkan diri ke masjid, jagalah solat Jemaah sedaya upaya, sebab umur 40 tahun ini, jika masih jauh dari masjid takut hati jadi keras dan susah nak lentur bila ajal semakin hampir. Rasanya nasihat nih sangat terpakai untuk orang lelaki la gamaknya ye. Tapi still bila umoq 40 tahun nih kalo masih jauh dari masjid (bagi den amalan untuk bekalan di ‘sana)’ memang la agak mengerikan untuk den coz kalo mengambilkira secara puratanya, umoq manusia zaman nih biasanya sampai dalam 65 camtuh la. Kalo sempat la cecah 65 tahun kan sebab mati nih any time, any where. So bila dah jejak 40 tahuh tuh macam den nih, rasanya kena la den muhasabah diri super duper extra sebab supaya hati lebih ke arah ‘sana’. Kalo den tak ke masjid pun, kena la joint banyak joint majlis ilmu untuk sentiasa mengingatkan diri yang akhirat sana yang kekal abadi.

2. Bab politik sempit, dulu masa muda, aku memang bersemangat nasihat pemuda Umno atau pemuda Pas supaya pilih parti politik berdasarkan ilmu, jangan sebab nama dia Islam kita terima bulat-bulat, jangan sebab nama dia Melayu maka semuanya betul, Sekarang aku dah tua, nasihat aku, mengundi adalah rahsia, tak payah kecoh sangat, lebih baik join Tabligh! Sejak dulu kala pun den memang takde taksub kat mana-mana parti politik sebab mungkin memang tak minat. Tapi setiap kali pilihanraya setakat nih memang den mengundi, baik Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil. Politic is very complicated to me. Sangat Game of Throne. Tapi nak joint Tabligh macam tak pernah terpikiaq langsung sebab den sendiri terpleot. Banyak yang nak diperbaiki.

3. Kejayaan orang tua bila lambat sakit, itu jer. Masa muda korang demam pun dah susah nak nak berkaroeke, masa tua lagilah susah!, jadi jagalah kesihatan. Jangan jadi gemok macam aku di umur 40 tahun, kurangkan manis, garam dan makanan berminyak, berhenti makan sebelum kenyang, rajinkan diri bersenam dan jika korang merokok, berhentilah. Cintailah diri anda, cintailah badan anda, tak ada orang yang nak jaga diri anda melainkan anda sendiri.  Banyakkan berjalan setiap hari, mandi sambil basuh bilik air pun okey. Tolong bini kemas dapur, tolong bini berkebun, bersukan dengan anak, basuh kereta bini, berdakwah rumah ke rumah, pendek kata, elakkan melepak. Do something better than do nothing. Alhamdulillah 6 bulan aku amal apa aku cakap, berat badan dah turun 10kg, perjalanan masih jauh, huhu. Amat berharap-harap sangat-sangat sihat tubuh badan sehingga akhir hayat. Lagi-lagi la paras kolestrol yang tak turun-turun walopun den dah berzumba. Maybe sebab bab eat clean tuh tak tercapai lagi. Makanya harus la kena bertungkus lumus eat clean sebab dah fitness expert kata untuk mendapatkan berat badan ideal, etc ianya bergantung pada 80% makanan dan 20% senaman.

4. Gigi adalah harta yang boleh bawa masuk dalam kubur, jika tak nak bawak gigi masuk kubur, jangan gosok gigi! Nih terlalu benar. Lepas den keje nurse sekejap kat klinik dulu memang den ngeri tengok pelbagai jenis sakit gigi daripada budak kecik sampai la warga emas. Den selalu berharap gigi den nih bertahan lama sebelum terjebak dengan root canal, bridge, etc. Yang paling ngeri kalo dah kena pakai gigi palsu cepat sangat. Harapnya umoq 60 tahun ke atas la baru kena pakai gigi palsu nih. Kena amalkan jugak jumpa dentist setiap 6 bulan sekali @ setahun sekali walopun ada perasaan takut (nih den la nih).

5. Jangan sayang semua benda hingga rumah kita dipenuhi sampah dengan alasan sentimental value, jika kita simpan barang tak berguna, maka ianya akan memenuhi ruang rumah, dan memenuhi ruang kepala. Kos hidup bertambah dan banyak masa membazir, dan sangat rugi otak fikir kita ada benda tu, jadi….sila Jual atau hadiah pada orang atau sedekah atau buang barang yang tak perlu, korang tu dah tua. Umur dah berkemas untuk mati, bukan lambak harta dan lupa pada mati. Adohai. (Note: aku nak jual homestay di Kemaman sekali dengan perabot-malas nak fikir fikir, nak beli pm tepi). Dari dulu memang bukan jenis simpan barang coz tak banyak barang pun yang den ada cuma nak sort out kain baju. Walopun memang jarang sangat beli kain baju, macam penuh je la almari tuh. Memang nak kena buat 5S nih (simpan, susun, sisih, eh apa lagi yek). I already gave up a box of kerongsang pada mak mentua den sebab den tak pakai dah kerongsang yang besaq gedabak besaq tapak tangan sejak-sejak pakai tudung sarung nih (den memang pemalas). Setakat nih barang-barang yang sentimental value adalah barang-barang kiddos la (lukisan depa kat sekolah, etc). Nih pun nak kena 5S jugak sebab dah start menyemak. Yang paling terutama yang perlu di 5S adalah resit-resit, documents, bills, etc….ha yang nih serious mengambik ruang & menyesakkan kepala.

6. Zaman dulu cabut gigi sangat sakit, zaman sekarang ada Ubat bius yang bantu orang sakit gigi cabut gigi tanpa menderita, bermakna teknologi canggih akan bantu hidup kita. Gunalah teknologi, jangan kolot sangat, Beli telefon mahal sikit tak apa, catat nota, ambik gambar cantik, mudahkan edit. susun "appointments" dalam google calendar, synronize pada phone, dokumentasikan aktiviti dan info, rancang ‘things to do’ elok-elok, mesyurat laki bini boleh rekod terus secara online. Nih yang den berangan nak buat tapi tak terbuat-buat sebab den malas + den termasuk dalam kategori agak kurang celik IT. Sampai sekarang den masih tulis appointments, meeting, etc dalam buku diary. I am old skool like that. Catat perbelanjaan harian dalam nota kat hp tapi akhirnya akan ditransfer gak ke dalam excel kat laptop untuk rekod kekal. Banyak nota pasai macam-macam still bersepah-sepah dalam a few note books yang ntah bila nak dimasukkan dalam laptop. Haishh…..bab nih den memang fail. Entah bila la den nih nak mesra teknologi. But den tak bley lawan buong. Hp dia hp lama yang memang dah lupus lama kat pasaran. Dia takde wasap, facebook & internet pun. He is the cave man.

7. Dalam umur 40-an, korang akan dapat banyak ilham untuk buat pelbagai projek, nasihat aku, Jangan tangguh projek, sebab nak mati esok-esok dah, jadi terus buat!  Projek yang korang tak suka tapi penting kena buat cepat cepat, projek yang korang suka pula boleh buat lambat-lambat sambil enjoy. Macam makan ubat yang pahit kita telan, makan makanan yang sedap, kita kunyah perlahan lahan. contoh projek: (menulis buku pelbagai tajuk, berniaga pasaran baru, bantu orang susah, mengembara sambil beramal, berdakwah pintu ke pintu seluruh dunia, cipta produk baru, bantu system bertambah baik, dan sebagainya). Ha….bab ilham untuk buat projek atau lebih tepat untuk den adalah angan-angan tinggi melangit nih memang la banyak. Macam-macam den berangan nak buat either solo atau berduet dengan buong. Nak berniaga mainan la, barang jahitan la, barangan bertemakan dinosaur la, etc. Nak buka hotel bertemakan dinosaur. Nak buat small water theme park bertemakan dinosaur. Nak buat PhD (nih serious angan-angan yang tatau apa kesudahannya). Ilham banyak. Yang terpleotnya adalah usaha ke arah nak merealisasikan ilham tuh.

8. Bagi yang kerja makan gaji, Jangan tunggu pencen untuk buat projek besar, nak menulis, nak mengembara, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum-cantum, dan andai korang ada projek besar sangat, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang di umur 40 tahun. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh. This is so super true. This is so close to home sebab den pun makan gaji jugak. Bukan setakat nak tunggu lepas pencen baru nak buat apa yang dirancangkan. Yang terutamanya adalah kita nih belum tentu kot sempat sampai tak umoq pencen. Tak kisah la pencen 56 tahun ke 58 tahun ke atau bersara wajib pada 60 tahun ke sebab kita tatau kita mati bila. Dah ramai orang di sekeliling den yang meninggal dalam perkhidmatan tak sempat pencen pun. Tak sempat rasa gratuity dan Gantian Cuti Rehat (GCR) pun. Memang kena buat projek pada bila-bila masa yang kita free. Cumanya kalo nak buat projek sampai kena ambil cuti panjang (mungkin cuti tanpa gaji, etc), kena la buat dulu perancangan apa yang nak dibuat (ala-ala Rancangan Perniagaan, etc), congak dulu simpanan yang dok ada untuk cover semua perbelanjaan hutang bertingket-tingket yang ada (loan umah, loan kereta, personal loan, belanja untuk parents, duit belanja anak sekolah, maintenance umah & kereta, cukai pintu, cukai tanah, insurans kete, insuran diri, kad kredit, bil letrik, bil air, bil IWK, etc). Damn….banyak betoi senarai hutang piutang nih. Duit simpanan untuk hal-hal kecemasan, etc. Nak-nak lagi kos sara hidup meningkat secara melampau sekarang nih. Setiap sen berharga. Dah banyak kali sebenaqnya den berangan nak coti tanpa gaji nak mereloh sampai lebam kat umah tapi bila tengok senarai utang yang dok ada, langsung den tersedar daripada lamunan dan terinsaf bahawa toksah dok berangan nak amik coti tanpa gaji dengan keadaan kewangan sekarang nih.

9. Jika belum menulis, siapkan juga tahun ini, umur 40 tahun kena ada sekurang kurangnya sebuah buku, untuk itu, Pergi mana mana bawa buku atau phone canggih, dapat idea, terus tulis dalam phone, email pada diri sendiri, atau tulis dalam FB dengan setting only me, atau whatsapp  pada group yang hanya ada diri sendiri atau puan bini. Jangan biar idea lama lama bersarang dalam kepala, tulis terus. Idea terlalu lama dalam otak akan dapat buasir otak. Manfaatkan teknologi dalam bekarya. (Alhamdulillah, aku dah terbit 11 buah buku yang masih laris dipasaran dan masih diulang cetak). Nak menulis buku macam tak sajak je dengan den. Kaedah-kaedah untuk menulis dan menyimpan penulisan tuh memang boleh dipraktikkan. 

10. Jika ada masalah yang tak nampak jalan penyelesaian dengan pasangan dan rasa bercerai lebih baik, buatlah sekarang, jangan tunggu umur 50 tahun atau 60 tahun baru nak bercerai-nasihat ni aku dapat dari kawan yang bercerai di usia tua, menyesal sebab tak bercerai awal-awal bila ada masalah dan semakin lama semakin parah-adohai. Tapi aku tak faham bab ni sebab belum alami. Nauzubillah. Katanya lagi masa muda bercerai lagi bagus, jangan tunggu dah tua-tua baru nak bercerai, atau nasihat tersirat yang sebenarnya, DAH MASUK 40 TAHUN JANGAN LAH BERCERAI SEBAB KORANG DAH MATANG! Hmmmm.....a very delicate issue sebab ianya melibatkan hati dan perasaan. Orang matured and financially stabil at different age. Ada yang at 35, 40, 47, 50, 54, 60, etc. Kadang-kadang lepas dah matured (perasaan, pemikiran dan kewangan) at that certain age tuh la baru la berani buat keputusan untuk bercerai walopun dah lama bermasalah. Kadang-kadang everything is smooth and wonderful sampai la umoq 45, tiba-tiba unexpected stuff yang meruntun jiwa (macam-macam hal la kan seperti jumpa gepren lama ke, different path @ route ke - sorang dah suka ke masjid & majlis ilmu, partner plak masih suka berjimbaan, etc) berlaku. So how? Tapi bak kata Hamka nih la, sebab kita tak alami so kita tatau camne. Cumanya bagi den everybody deserves to have their own happiness at whatever age they are. So kalo bercerai at 45 make you happy and be a better person, take a chance on it.

0 Comments