Ramadhanku Yang Terbaik
Tuh tajuk kuliah dhuha yang disampaikan oleh Imam Muda (IM) Fakhrul
(peserta Program Imam Muda Musim Kedua) di dalam program kuliah anjuran opis
den.
Kata beliau bulan Ramadhan nih hebat sebab semua orang dapat ingat
dengan tepat 2 perkara:
1. Hari ke berapa dalam bulan Ramadhan. Kalo bukan bulan posa, nak ingat
bulan-bulan Islam payah sangat. Lagi la nak mengingat hari dalam bulan Islam
tuh.
2. Waktu tepat masuk Maghrib. Contohnya 7.23 malam. Kalo bukan bulan
posa, bila tanya waktu Maghrib, ramai orang akan pukul rata cakap 7.30 malam.
Antara intipati kuliah adalah:
Terlalu ramai orang yang posanya hanya lapar dan dahaga.
Posa yang terbaik dapat matlamat sebenar berpuasa iaitu bertakwa.
Ramai orang tahu istimewanya Ramadhan tapi untuk mencapai matlamat taqwa
tuh kena tahu dan jelas tentang manual Ramadhan seperti yang telah dijelaskan
di dalam Al - Quran. SurahAl-Baqarah ayat 183 menerangkan tentang pensyariatan
ibadah puasa kepada kita semua.
IM kata kita perlu melepasi setiap tingkat@step di dalam ayat tuh secara
berperingkat sebelum mendapat takwa.
1st step - “Wahai orang-orang beriman”. Berpuasa difardukan
kepada orang-orang yang beriman sahaja kerana orang Islam tidak semestinya
beriman (menipu, makan rasuah, tidak solat, etc) tetapi orang yang beriman
confirm Islam.
Dalam surah Al-Hujurat ayat ke 15 Allah nyatakan siapa yang dikategorikan
sebagai orang yang benar-benar beriman.
2nd step - “diwajibkan ke atas kamu berpuasa”. Selepas
confirm kita beriman, baru step kedua nih terpakai kepada kita.
6 syarat sah posa adalah Islam, baligh, waras, sihat tubuh badan,
bermukim dan suci daripada hadas.
3rd step - “sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang
sebelum kamu”. Berpuasa adalah diwajibkan kepada semua umat sebelum umat Nabi
Muhammad s.a.w cuma kaedah berpuasa tuh berbeza-beza mengikut umat. Pada orang
terdahulu ada contoh dan tauladan yang kita boleh ikuti.
4th step - “agar kamu bertaqwa”. Lepas berjaya melepasi 3 steps di atas
mengikut turutan barulah kita boleh mencapai matlamat di step terakhir nih
iaitu menjadi hamba yang bertaqwa.
Ramadhan Rasulullah dan para sahabat adalah sangat produktif, penuh
kemenangan dan kejayaan.
Antara peristiwa yang berlaku di dalam Ramadhan:
1. Perang Badar Al Qubro berlaku pada 17 Ramadhan tahun Kedua Hijrah.
Peperangan di antara orang Muslim (diketuai oleh Rasulullah) dan Quraisy
(diketuai oleh Abu Jahal). Tentera Muslim seramai 313 orang + 2 kuda + 7 unta
menewaskan tentera Quraisy 1000 orang + 100 kuda + 170 unta.
2. Hari Pembukaan Kota Mekah pada 10 Ramadhan tahun Kesepuluh Hijrah.
3. Perang Al-Ahzab @ Khandaq berlaku pada Ramadhan dan berakhir pada
Syawal tahun Kelima Hijrah. Tentera Muslim (diketuai oleh Rasulullah) dan
Quraisy & beberapa suku kaum yang lain (diketuai oleh Abu Sufyan). Tentera
Muslim 3,000 orang. Tentera musuh 10,000 orang.
Takbir raya yang kita laungkan setiap kali hari raya adalah kisah kejayaan
Perang Ahzab nih. Takbir yang dilaungkan oleh Tentera Muslim selepas memenangi
Perang Ahzab memuji kebesaran Allah dan bersyukur atas kejayaan perang
tersebut.
#Abu Sufyan akhirnya memeluk Islam dan menjadi panglima perang Muslim
bagi Perang Yarmuk.
#IM kata takbir raya sepatutnya bersemangat sebab berasal daripada
kejayaan Perang Ahzab tapi takbir raya kita lebih sayu, maybe due to orang
Melayu yang lemah lembut.
#den baru tau pasal takbir raya tuh takbir kejayaan/kemenangan Perang
Ahzab.
4. Pembukaan Kota Andalus (Sepanyol) ada 92 Hijrah oleh Panglima Thariq
bin Ziyad. Kemudiannya Islam memerintah Sepanyol selama 700 tahun.
Surah Al-Mukminun ayat 1 -11 menceritakan tentang ciri-ciri orang
beriman iaitu:
1. kusyuk solatnya. Paling kurang kita sedar kita sedang solat.
2. menjauhkan diri@berpaling daripada melakukan perkara yang
sia-sia/lagha/lalai/tidak berguna/maksiat.
3. menunaikan zakat. IM kata termasuk sedekah. Apabila bersedekah,
janganlah mengungkit dan menyakiti hati orang yang diberi sedekah itu. Sedekah
seharusnya selalu tetapi digandakan di bulan Ramadhan.
4. menjaga kemaluan.
5. menunaikan janji dan amanah.
6. memelihara solat.
Ayat ke 11 Surah Al-Mukminin menyatakan sesiapa yang beriman seperti
yang dinyatakan akan mewarisi Syurga Firdaus dan kekal di dalamnya.
IM kata kena semak dan perbaiki iman supaya mendapat keampunan Allah di
akhir Ramadhan nanti.
IM maklumkan ada satu pusat dakwah serantau sedang dibangunkan di
Banting. Den sharekan flyers dia kot-kot ada sapa nak bersedekah ye. Nombor
telefon tulisan tangan tuh adalah nombor telefon IM Fakhrul kot-kot sapa nak
panggil dia untuk bagi ceramah atau nak tanya tentang sumbangan dana yang
diperlukan tuh.
Info yang berkaitan dengan fakta perang semua tuh dek tengok kat
internet. Mungkin ada tersilap di sana sini.
Dalam dok mencari info especially on the war facts, terbaca jugak link
yang terjumpa. Rasa sebak sebab tak terjangkau betapa banyak pengorbanan yang
Rasulullah dan sahabat-sahabat dah buat especially during the wars. Sehingga
akhir hayat Rasulullah masih tetap dok sebut pasal umat Baginda. Den nih
selawat ke atas Baginda pun bley kira berapa kali sangat la. Lagho sangat nih. Hopefully
there is still time untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Sepanjang 39 tahun nih, den rasa Ramadhan den yang terbaik adalah masa
dek dok preknen kat kedua-dua orang anak den sebab masa tuh memang macam
terinsaf extra sebab dok risau baby dalam perut selamat ke tak, seriau nak
bersalin, etc.
0 Comments