Ada banyak kedai souvenirs dan kedai yang jual macam-macam kat Portobello Market tapi disebabkan kami berjalan-jalan kat sini dalam pukoi 8 am, makanya tak dapat la menyiasat barangan apa sangat yang dijual sebab hampir semua kedai bukak at 10 am.
Dekat umah orang ye...chantek plak lukisan tuh
Orang old soul @ old skool cam den nih memang suka la pintu ala-ala klasik camnih
Macam haunted house la plak dah akar pokok dok menjalar camnih
Another door that captured my eyes
Disebabkan consultants dah memang booking tiket untuk naik Thames River Cruise at 11 am, makanya tak dapat la kitaorang nak berlenggang kangkung menyelusuri beberapa kedai menarik yang ada kat sini.

Makanya kitaorang hanya dapat ambil gambo bangunan kedai dan rumah yang ada dekat kawasan Portobello Market tuh sambil mencari restoran yang buka untuk breakfast.

Early spring katanye....maka dapat la tengok bunga sekupang dua dok berkembang
Colourful deretan umah nih
Kiut miut cupcakes nye

Senang je bubuh nama kedai tak payah pening-pening
Kami breakfast kat satu kedai roti nih. Gegak gempita den mengambik gambo roti kat sini sebab ada macam-macam jenis roti dengan pelbagai rupa dan perisa. Bertabahlah tengok gambo makanan di kedai roti nih ye.
Pitam kalo kita convert ke RM....darab 5.5...
Breakfast for four
Roti bersama avocado lecek camtuh
Den makan cinnamon roll yang kat sebelah kiri tuh. Sedap sangat. Yang sebelah kanan tuh corn + ape ntah....sedap jugak tapi muak skit. Scramble egg + croissant tuh consultant punya.
Dok mengira duit sebab 1 pound pun dlm bentuk syiling

Lepas breakfast dengan sakannya kat situ, baru la nampak ada beberapa kedai baru bukak. Sempat la kitaorang singgah kat satu kedai souvenirs kat situ yang owner nya adalah orang cina Penang. Takde la cakap omputih. Langsung la kan tawar menawar dalam Bahasa Melayu. Sempat la beli keychains & fridge magnets sekupang dua.
Pilih je nak souvenir apa
Agak sejuk tuh yang tangan dok tenyeh kat hidung. Boss.....saya dah tolong pilihkan cincin yang cantik nih nnti jangan lupa ye bagi markah LNPT extra...hehheehhehehe

Kalo nak berjalan kat sini sila la datang dalam pukul 930 am ke atas ye supaya dapat menjamu mata dengan jayanya dan mungkin shopping sekupang dua di kala kedai semua bukak.

0 Comments