Museum of London Docklands
Nih pun antara agenda rasmi sebab nak ambil
idea untuk jabatan den merealisasikan angan-angan nak membina sebuah muzium
pengurusan sumber air kat Selangor pada satu masa nanti. Disebabkan London pun
masih dalam perancangan untuk membina muzium air depa, makanya kita lawat
muzium yang ada berkaitan sekupang dua dengan sumber air.
Dari stesen West India Quay tuh, kita akan
menapak lebih kurang 15 minit untuk sampai ke muzium nih. Menapak dalam hujan
renyai-renyai.
View dari stesen komuter sementara nak menyampai ke muzium tuh |
Macam best je kan makan dan melepak kat sini sambil tengok view Thames River |
Muzium nih asalnya adalah gudang (warehouse)
untuk menyimpan dan memproses barang-barang yang diimport dari West Indies. Di
kawasan nih jugak ada menempatkan kapal yang berlayar ke Afrika untuk
mengangkut hamba abdi. West India Docks nih ditutup pada tahun 1980 dan terbiar
agak lama sebelum dibangunkan sebagai muzium dalam tahun 1999-2003 (info nih
semua diperoleh dari internet dan laporan teknikal yang disediakan oleh
consultants).
Takde sebarang bayaran dikenakan untuk masuk
ke muzium nih.
Muzium nih ada tiga atau empat tingkat (den
dah lupa) yang menempatkan bahan-bahan pameran macam peralatan lama, peta,
maklumat yang diframekan, ada tv yang menayangkan tentang proses pemunggahan
barang kat gudang tuh dulu, etc. Ada juga disediakan sorang pekerja yang duduk
kat dalam kawasan pameran tuh in case kita nak tanya apa-apa dengan dia.
Dah namanya muzium kan, semua maklumat dalam
nih adalah maklumat sejarah pasal aktiviti yang berkaitan dengan gudang nih
dulu.
Boss den & consultants berkenan dengan
info berkaitan sungai iaitu tentang riverside communities dan housing.
Den seperti biasa la terpesong skit daripada
tujuan asal. Den paling berminat dengan maklumat pasai pemburuan ikan paus
untuk mendapatkan minyak dan tulang ikan paus. Ada dua rahang daripada ikan
paus yang berbeza dipamerkan kat muzium nih.
Dua tulang rahang ikan paus nih adalah daripada dua ikan paus yang berbeza |
Spend masa dalam 1 jam je kat muzium nih
sebab dok mengejar masa nak pergi ke kedai sewa kate. Memang tak sempat baca
apa sangat. The best that I could do adalah amik gambo sekupang dua yang boleh
especially info pasal pemburuan ikan paus tuh untuk dibaca di kala ada
kesempatan.
Ada nota kat sini yang tanya adakah kita berani nak berjalan di gudang nih pada waktu malam. Tak kuasa la den nak jalan kat sini malam-malam kan. Cam ngeri je. |
As usual toilet adalah sangat bersih dan tidak berbau |
0 Comments