Dok ceite pasai bersyukur bagai tiba-tiba tajuk London plak ye. Materialistik sangat nih hehehehhehehehee.

Hmmm…..where to start? Ceite 3 bulan lepas.

Den pergi London nih atas tiket projek yang opis den dok bangunkan. Antara komponen projek nih menggunakan software yang dibuat oleh Hydraulics Research (HR) Wallingford.

Proposal awal patutnya 5 orang daripada opis den + 2 orang consultants yang akan pergi external training kat London tuh. Alih-alih dapat kelulusan untuk 2 orang je daripada opis den untuk pergi ke latihan latihan nih.

Sebenaqnya masa den masuk unit baru Januari 2016 lepas, den tatau pun ada program external training untuk projek yang sedang dibangunkan oleh opis den yang mana PIC nye adalah unit den.

Masa dapat tau 2 orang je yang dapat pergi daripada opis den, den bajet memang big boss dan my immediate boss la yang akan pergi sebab depa lagi lama kot handle projek nih. Depa memang in depth la dengan projek nih. Den cuma tau sekupang dua je pasal projek nih sebab masa den masuk unit nih, projek nih dah 60% in progress.

Tapi kalo dah memang rejki tuh in sya Allah tak ke mana. Big boss kata dia kasik peluang untuk den pi external training tuh dengan immediate boss den. So saya yang menurut perintah den layankan je la. Ada rasa terkilan jugak kat hati sebab anak-anak buah yang handle projek nih tak dapat pegi. Haish….Hopefully they’ll get the chance to go to the external training next time.

Tapi den still macam percaya tak percaya betoi ke nak pergi London nih….camtuh la perasaannya walopun boarding ticket semua dah dapat. Makanya lagi 2,3 hari nak pergi ke London tuh, baru la den tergedik-gedik cari baju sejuk bagai. Den beli kat bundle je pun sebab nak pergi tak sampai seminggu. Kalo memang kena kursus sampai 1 bulan, maybe den usya jugak baju sejuk baru.

Pagi esok nak pergi London, malamnya baru la kalut nak kemas beg.

London tak pernah termasuk dalam Negara yang den berangan nak melawat sebab serba serbi adalah mahal & kebanyakan ceite den terbaca selalunya orang ceite pasai shopping kat sana. Berdasarkan keadaan ekonomi sepanjang almost 16 tahun den bekerja nih, etc macam tak sesuai je den nak pergi sana. Tengok rege tiket kapal terbang dia pun dah nak pitam walopun ada promosi kan.

Den cuma kenal London sebab daripada dulu-dulu masa den sekolah rendah den suka pondok telefon merah + bas double decker merah. Lepas tuh tersuka plak dengan buku + movie Harry Potters. Lepas tuh tertengok movies with lots of British handsome heroes macam Clive Owen, Daniel Craig, Jude Law, Tom Hiddleston, Benedict Cumberbatch, Christian Bale, Tom Hardy, James McAvoy, etc dari sana, tuh je pun buat den minat kat London (den dan perkara lagho berpisah tiada).

So disebabkan trip ke London nih adalah atas urusan rasmi, makanye den tak terpegi la tempat yang kebanyakan pelancong dok pergi. Tempat shopping yang sempat pegi pun sekupang dua je masa hari terakhir sebelum balik Malaysia.

Memang tak akan ada tips pasai barang apa yang murah, kat mana nak shopping, hotel apa yang best, etc dalam entries den pasai London nih.

Semua tempat yang dilawati, restaurants yang kitaorang makan dan hotels yang kitaorang tidoq diuruskan oleh consultants.

Sepanjang kitaorang kat London nih, baru nak masuk musim bunga, so ada rejki tengok sekupang dua kawasan yang dok berbunga. Cuaca masa tuh sejuk biasa-biasa je, tetap kena pakai baju sejuk cuma tak payah pakai sarung tangan dan topi.

Yang den akan ceite adalah pasai tempat-tempat yang den pergi masa external training nih yang 70% berkaitan dengan pengurusan sumber air.

Mungkin 30% cerita, 70% gambo.

Tatau bila nak siap entries pasai London nih, might take 2 months jugak….hmmmm…

0 Comments