Hello
Dah lama gila den tak update blog nih ye. Ada
beberapa sebab nape tak update blog. Antaranya:
Keje banyak jugak macam biasa. Yang dapat
dikurangkan atau dipostpone selepas hari raya adalah lawatan tapak. Tapi kalo
ada lawatan tapak kecemasan, nak tak nak kena turun jugak. Tak pergi sites,
kita sibuk plak dengan paper work macam-macam.
Sangat melemau + malas masa posa nih walopun
tak sepatutnya camtuh tapi tuh la yang terjadi. Kalo nak diikutkan nak menguit
pun malas.
Unit IT opis den dah block akses kepada semua
blog termasuklah blog den sendiri, websites lagho yang den suka tengok macam US
Weekly dan People, etc. Semua perkara nih hanya bley diakses semasa waktu rehat
(1 - 2 pm). Makanya tak dapat la nak bermaharajalela nak melaghokan diri di kala
keboringan masa opis hour. Makanya blog pun tak dapat la diupdate. Camtuh la
tragisnya. Kalo dia tak block pun, bukannya kita tengok blog & webs lagho
like 8 hours straight masa opis hour kan. Kita tengok bila kita terboring +
keje semua dah siap tapi nak diapakan, layankan je la.
Internet den sendiri plak dah abis kuota di
saat-saat genting. Makanya memang la termati kutu termasuk tak dapat nak update
blog.
Ada macam-macam nak coretkan tapi bila
ditapis dengan akal fikiran waras, macam tak sesuai plak nak dicoretkan.
Enough about pasai pa tak update blog.
So camne Ramadhan korang dah almost half way
nih?
Disebabkan sekarang coti sekolah makanya den
takde la kalut sangat pagi-pagi sebab tak perlu siapkan si F tuh.
Setakat nih tak sempat nak masak lagi sebab
lauk yang dijual oleh jiran den mengancam. Disebabkan rege dia berpatutan, ada
rasa & homemade, makanya bley dikatakan menjadi pelanggan tetap dia jugak
la.
Sahur plak setakat ni tak makan nasi lagi
sebab den & buong dok sibuk mengantuk. Makanya makan kuih dan oat je.
Persiapan raya apa pun memang tak buat lagi
sebab dok tunggu bila la MB Selangor nak announce bagi bonus nih
hehehehehehehe.
So
till then selamat berposa untuk another half month yar. Semoga kita sama-sama
dapat menjalani ibadah posa selayaknya.
0 Comments