Masa nak pergi naik Thames River Cruise tuh, bila turun je kat stesen keretapi ape den dah tak ingat nama dia, keluaq-keluaq je dari stesen tuh teruih bley nampak bangunan yang menempatkan Big Ben.
Big Ben dari atas jambatan
Big Ben dari sebelah London Eye
Kalo ikut website depa, katanya The Houses of Parliament's iconic clock tower is one of London's most famous landmarks. Makanya kalo sampai ke London tapi tak amik gambo kat sini macam tak lengkap la trip ke London gittew gamaknya. Padan la sakan orang ramai dok mengambik gambo jam tuh dengan jayanya masa den ada kat sini.

Big Ben nih kalo tak salah pembacaan den dibuat pada 1858 - 1859. Big Ben nih kira utuh la sebab masa ada bahagian dalam bangunan nih musnah dalam letupan masa Perang Dunia Kedua, bangunan yang menempatkan jam nih terselamat dan Big Ben tetap berdenting-denting berterusan gittew.

Tahun 2012, Kerajaan UK putuskan untuk menamakan semula bangunan yang menempatkan Big Ben nih sebagai Elizabeth Tower sempena sambutan Diamond Jublee (eh camnih ke ejanye) pemerintahan ke birthday Queen Elizabeth (den dah tak ingat).

#dimaklumkan dalam website depa, awal 2017 sehingga 2019, kerja-kerja refurbishment akan dibuat pada Elizabeth Tower dan Big Ben. Makanya memang akan masa-masa Big Ben tidak akan berfungsi termasuk berdenting semasa kerja-kerja refurbishment nih dijalankan. Makanya sapa datang masa kerja-kerja nih dok dilaksanakan, kebarangkalian adalah tinggi untuk tidak dapat dengaq jam nih berdenting.

Dari stesen tuh kitaorang berjalan atas jambatan merentasi Sungai Thames untuk pergi ke port untuk naik kapal cruise tuh (tempat yang kitaorang tersalah tuh). Masa dok berjalan atas jambatan tuh sempat la berhenti sekupang dua amik gambo dengan mamat yang tengah main baxpipes dang ambo berlatar belakangkan London Eye tuh. Kat jambatan nih jugak la lepas 2,3 hari kitaorang balik ke Malaysia, ada sorang mamat nih melanggar pejalan kaki kat sini dan membunuh sorang anggota polis tuh.
London Eye dari jambatan
Disebabkan kitaorang tatau kitaorang akan tersalah port untuk naik cruise makanya memang agak sakan jugak dok mengambik gambo.

Kitaorang lalu kat sebelah London Eye tuh. Memang takde agenda untuk naik London Eye nih. So bergambo sebelah dia pun jadi la.
Lepas selesai Thames River Cruise tuh, kitaorang berjalan kat sekitar Tower of London tuh. Mula-mula berangan gak nak masuk ke sini sebab macam menarik sangat k tapi bila tanya staff kat kaunter tiket tuh katanya ambil masa at least 3 jam untuk abis round, makanya tak dapat la kitaorang masuk sebab kitaorang ada satu tempat lagi nak lawat sebelum ambil kereta sewa untuk pergi ke Oxford.
 Tower of London nih kalo diikut sejarahnya adalah istana yang dibina oleh William Conqueror pada tahun 1066 untuk menghalang penduduk London yang mengganas camtuh la lebih kurangnya.

Masa Perang Dunia Pertama, Tower of London nih digunakan sebagai tempat untuk melatih tentera, tempat untuk menghukum pengintip, etc.

Ada beberapa buah tower yang membentuk Tower of London nih. Pi baca sendiri la kat website depa ada berapa banyak tower sebab setiap satu tower ada kisahnya yang tersendiri. Setiap tower digunakan untuk berbeza tujuan macam untuk stor, stor simpanan senjata, bilik baju, tapak persemadian beberapa orang kerabat diraja dan bangsawan, private Watergate (sekarang dikenali sebagai Traitors' Gate kalo den tak silap baca la), tempat hukuman, etc.
Penjara kalo tak silap

Souvenir shop
Sure bapak mahal mahkota nih
Rasa macam nak shopping Christmas plak
Antara souvenirs yang ada. Set chess nih macam menarik sebab ala-ala klasik. Tapi tak sempat fikir masa tuh nak beli ke tak sebab mengejar masa.
Katanya kalo melawat Tower of London nih, wajib pergi tengok The Crown Jewel, Ravens dan Fortress serta joint The White Tour dan Yeoman Warders Tour.

Bangunan nih dipulihara dan dipelihara untuk tujuan pelancongan. Memang klasik dan sangat ala-ala medieval. Kitaorang spend masa dalam 20 minit jugak amik gambo kat kawasan luar Tower of London nih sambil bergerak menghala ke stesen keretapi seterusnya (den dah lupa stesen apa) untuk pergi ke Museum of London Docklands. 

Dalam perjalanan nak ke stesen komuter tuh pun banyak gak tempat yang menarik untuk diambik gambo. Berswafoto la den seadanya.
Tower Bridge dari Tower of London
Meriam kalo tak salah nih....dah lupa dah
Laluan ke Tower Bridge

Setiap satu hiasan nih ada cerita sejarahnye...tak sempat amik gambo semua
Antara yang sempat den snap
Boss tengah siasat jalan mana nak kena ikut
Nko ingat alam sekitar je ada sustainable....fish and chips pun ada ye
Di atas Tower Bridge masa nak melintas. Tak sempat nak jengah pun exhibition nye.
Terasa terror amik gambo camnih hehehehehe
Sisi lain Tower of London
Bukan Hang Tuah
Untuk den, Tower of London nih adalah tempat wajib jugak dilawati bila melawat London buat pertama kali.

0 Comments