Mother’s Day Celebration
Rajin betoi tau Pengerusi dan AJK Persatuan
Wanita apartment kitaorang nih menganjurkan Sambutan Hari Ibu untuk ladies di
apartment kitaorang nih sabtu lepas. Kalo nak ikutkan bilangan ladies dalam
wasap group SP Ladies tuh rasanya ada dalam 90 orang tapi yang dapat joint
event yang dianjurkan nih dalam 15 orang je.
But still walopun 15 orang, happening dan
riuh rendahnya tuh sangat meriah.
Den memang tak plan langsung nak joint Hari
Ibu nih sebab den memang pemalas + den adalah bukan people person + den adalah
kera sumbang…..hehehehehehe. Sebenaqnya umoq-umoq camnih dah malas nak
bercampur dengan orang ramai sebab tak banyak duit + macam-macam hal dok
pikiaq, etc.
Tapi 4 hari sebelum hari kejadian, kak long
kawasan apartment den wasap tanya tak nak joint ke Sambutan Hari Ibu tuh.
Ikutkan memang maleh dan bley je bagi alasan macam-macam tapi disebabkan den
tersentuh hati bila dia wasap den personally + dah banyak gila kot program
apartment nih yang den tak joint, makanya den secara paksa rela joint juga la
event nih.
All the ballons adalah hiasan yang diusahakan oleh depa-depa yang rajin dalam group ladies tuh |
Benarlah pepatah ke bidalan yang mengatakan
setiap yang berlaku ada hikmahnya sebab dengan bayaran RM 50 untuk den joint
event Hari Ibu nih, den dapat:
1. Tau kewujudan Kafe dan Studio DAM’s Park yang
terletak sebelah apartment kitaorang. Sebelum nih den tatau pun kewujudan
tempat nih padahal sekangkang kera je dari apartment den. Jalan kaki dari
apartment kitaorang dalam 5 minit je ye. Best kot tau tempat yang sediakan
makanan orang dolu-dolu (lempeng, ubi rebus, etc) + ada karaoke + live band
lagi.
2. Beramah-mesra dengan orang-orang kuat di
apartment kitaorang. Walopun den tak reti sembang sangat & lebih banyak tengok
phone tapi den happy dapat bersembang sekupang dua dengan depa.
3. Dapat makan sedap. Makan buah strawberi dan
anggur, kek, brownies, pavlova, kuih lompang (agaknya) + spaghetti. Semua
makanan sedap. Den dan makan dengan sakannya berpisah tiada.
Cilok gambo-gambo makanan nih daripada group wasap kitaorang. |
There goes my 2 hours zumba...huhuhuhuhu |
4. Dapat banyak hadiah kot hehehehhehee. Masa
sesi tukar hadiah den dapat senduk untuk kek yang sangat chantek. Cabutan
bertuah den dapat Tupperware kedap udara corak kartun Kungfu Panda. Masa tengah
dinner kat umah, anak kak long kawasan anto 2 cenderahati lagi, iron dan mug
comei. Sape nak bagi oiiii. I am super happy.
Memang berbaloi den pergi walopun paksa rela.
Den memang berterima kasih banyak-banyak pada
depa semua yang bertungkus-lumus menjayakan event nih. Tengok depa punya effort
hiaskan tempat tuh dengan ballons, yang uruskan makanan, yang uruskan
hadiah-hadiah (siap berbalut beriben bagai). Yang datang semuanya sporting
sangat-sangat. Siap ada pertandingan baju tercantik dan karaoke lagi.
Rajin tau depa nih. Kena appreciate ada orang yang rajin camnih coz depa yang akan bertungkus lumus siapkan everything |
Depa sangat sporting k. Siap dress up + make
up to honour the theme of the event. Setiap sorang memang dok sakan berkaraoke.
Most of them suara depa memang sedap nak mampuih k. Kalo depa masuk pertandigan
karaoke in sya Allah memang boleh menang la. Mula-mula den macam nak nyanyi
jugak sekoq lagu Bruno Mars (Versace On The Floor ke That’s What I Like ke
Chunky ke) tapi disebabkan dengaq suara depa sangat meletop lagi-lagi lepas
sorang lady nih nyanyi lagu Kesal oleh Ella, langsung la den tak jadi nak
menyumbangkan suara huhuhuhuhu.
#nyanyi lagu Negaraku pun suara sumbang, lagi
den berangan nak nyanyi lagu Bruno Mars. Berangan adalah free kot…..layan….
Mujoq la den tak pergi event tuh dengan
uniform biasa den (track suit + tshirt + tudung sarung + selipar jepun). Mujoq
sangat den paksa jugak diri den pakai track suit yang nampak macam slack +
blouse + tudung semenggah skit + kasut keje. Kalo tak sure segan gila babi
sebab orang lain dress up macam nak pi formal dinner + rasa bersalah sebab
macam tak support tema yang depa dah habaq kat wasap.
Make up depa pun gempak macam nak pi dinner.
Den seperti biasa dengan muka berminyak-minyak dan tak pakai sekupang bedak
pun.
Part yang tak bley blah adalah bab purse @
handbag. Depa siap bawa clutch macam nak pi dinner. Den bawa canvas beg yang
ada cop opis yang opis bagi masa depa edarkan papers untuk Mesyuarat Lembaga.
Bengong betoi den nih.
My handbag @ purse @ cluth...siap ada cop logo opis....haru sungguh den nih |
Dah terasa macam depa nih datang dari event
shooting untuk cover majalah Glam ke ape dan den datang dari site visit keje @
pakai baju macam nak pi pasar malam. Memang jauh panggang dari api sungguh
sebab tahap kebelacanan den tuh tak dapat dipertikai lagi.
Tuh antara salah satu sebab sebenaqnya den
tak beberapa nak joint banyak program yang depa anjurkan especially kalo
melibatkan majlis yang ada tema camnih sebab depa sangat the vogue dan
happening sedangkan den adalah seolah-olah macam tajuk karangan Bahasa Melayu darjah
1 iaitu Aku Sebiji Ketupat.
They are all nice people. Cuma den yang
tersegan.
0 Comments