Lupa
Dalam satu minggu nih perangai lupa sakan dok
menimpa kitaorang anak beranak dengan jayanya.
1
Den nak bayo bil elektrik kat mesin di TNB
tuh guna kad kredit. Bila masukkan nombor pin kad kredit, den pi masukkan
beberapa nombor terakhir di mykad. Langsung la kan kena reject payment tuh dan
kena ulang lagi sekali bayo. Nasib baik tak ramai orang tengah beratur nak bayo
masa tuh.
2
F tertinggai jam kat bawah meja kat
sekolah hari jumaat lepas. Jam tuh baru beli semalamnya (khamis malam). Dah la
sekolah dua sesi. Kira selamat je la jam tuh.
Updated : Alhamdulillah….masih ada jam tuh
masa sesi petang. Rejki F.
3
Den terlupa den ada booking nak attend Klinik
Saham pada 6 Mei. Ingat event nya pada bulan Mei tapi tak ingat tarikh. Baru
tadi perasan tarikh nye adalah pada 6 Mei. Takde rejki nak belajar pasal saham
seposen. Burn la RM 30 tuh huhuhuhu.
4
Den tertinggai beg kasut lepas zumba sabtu
pagi lepas. Tak pasti tertinggai kat kelas zumba tuh kea tau tertinggai kat
kedai makan. Dah tanya orang kat kedai makan tuh katanya takde plak nampak beg
kasut tertinggai. Petang nih la tengok kot ada beg kasut tuh kat tempat zumba
tuh. Kalo takde memang terpaksa pasrah je la. 1st time kot den
tertinggai kasut sejak mula berzumba sejak Ogos 2016.
Updated : Alhamdulillah….beg kasut + kasut
masih ada kat tempat den tertinggai kasut tuh di kelas zumba. Masih berjodoh den dengan kasut tuh.
5
Buong tertinggai dia punya rokok dengan
lighter sekali kat kedai mamak.
6
Pagi tadi masa breakfast, kitaorang
tertinggai kuih cekodok sedap yang dah dibungkus untuk F dan dah dibayo.
Bila pergi balik kat kedai tuh, nasib baik depa masih simpankan cekodok tuh.
7
A tak ingat dia letak mana penutup thumb
drive den lepas dia main dalam kereta. Nasib baik buong terjumpa penutup tuh
terselit celah kerusi kereta.
0 Comments