Sebelum nih den tatau pun kewujudan tempat nih padahal sekangkang kera je dari apartment den.
Kafe dan Studio DAM’s Park nih terletak kat tingkat 3 di Bangunan Perdagangan Suri Puteri, Seksyen 20, Shah Alam. Tepi jalan besar. Atas kedai tayar.
Gambo nih daripada fb depa
Sebab dia kat tingkat 3, makanya agak kurang sesuai untuk warga emas yang ada kesukaran nak naik turun tangga (especially depa yang sakit lutut) dan OKU especially yang menggunakan kerusi roda.

Hiasan kat kafe nih bertemakan gambo penyanyi-penyanyi dolu-dolu camtuh la. Mungkin sebab aktiviti utama kat kafe nih adalah suaraoke (karaoke) makanya hiasannya sebegitu. Menu makanan yang sempoi tapi den suka sebab makanan tradisi. Ada jugak simple western food. Minuman dalam tin dan botol ada dan minuman panas pun ada.
Menu yang dok ada...den berkenan dekat ubi rebus dan lempeng tuh

Kafe nih bley memuatkan dalam lebih kurang 50 orang dalam satu-satu masa. Kita bley datang bersama-sama family untuk minum petang sampai ke pagi buta sebab dia buka setiap hari dari 12 tengahari sampai 3 pagi. Kalo nak nyanyi karaoke cajnya RM 2.50/lagu. Setiap malam minggu (sabtu malam) ada live band.
Pentas untuk live band dan karaoke. Ada DJ sekali. Ballons tuh interframe sebab sambutan hari ibu tuh

Ada juga membership kalo nak joint banyak event yang depa anjurkan.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh kafe nih adalah aktiviti santai yang berkaitan dengan karaoke cam kat bawah nih:

Kalo nak buat gathering dan celebration macam sambutan Hari Ibu yang kitaorang buat tuh, bley booking dan depa akan reservekan tempat tuh untuk event kita tuh dari 2 petang - 7 malam. Bayaran yang dikenakan untuk event cam sambutan Hari Ibu tuh adalah RM 600. So details pasal jenis makanan, apa yang disediakan, etc adalah seperti kat bawah nih ye:

Yang pentingnya semua makanan dan hiasan untuk apa-apa event yang kita nak buat tuh kita kena bawa dan buat sendiri.

Kafe nih ada aircond tapi masa sambutan Hari Ibu tuh, terasa agak panas sebab tatau la aircond dia terpleot ke ape.

Untuk den, kafe nih simple dan cozy kalo kita nak buat gathering yang tak melibatkan ramai orang.

Parking in sya Allah memang banyak sebab tak banyak lagi kedai yang dibuka dekat Pusat Perdagangan Suri Puteri nih.

So sapa-sapa berminat nak buat gathering kat sini atau just nak singgah nak minum petang dengan family atau nak berjimbaan dengan kawan-kawan berkaraoke, bley la tepon 016-6127181 untuk tanya apa-apa soalan @ tengok fb depa untuk apa-apa info yang berkenaan.

#1 mungkin den akan datang lagi ke sini suatu hari nanti sebab nak rasa ubi rebus dan lempeng pisang. Umoq camnih memang asyik nak makan makanan spesies camnih.

#2 mungkin jugak bley bersuaraoke hehehehhehehe.

#3 kalo dapat tengok live band tuh pun cam best kan?

0 Comments