Hello May
Dah nak masuk pertengahan bulan Mei lagi baru
nak buat entry nih.
Dalam ok klik pok klik pok….dalam dok busy
tunggu hujung bulan bila nak gaji…dalam dok pikiaq dan risau pasai macam-macam
hal seperti bila la nak kaya, kalo tiba-tiba termeninggal macam mana sebab
masih banyak dosa yang perlu ditebus….dalam dok berangan dapat jumpa Bruno
Mars, etc….tiba-tiba je dah masuk bulan May.
Bulan May nih dimulakan dengan aktiviti
berjimbaan di Jogjakarta dari 29 April - 2 Mei 2017.
Kalo dah nama berjimbaan memang la seronok
kan. Yang tak seronoknya bila teringatkan kiddos kat umah + mengenangkan duit
yang habis…..tuh je la.
Balik berjimbaan teruih sibuk dengan keje as
usual termasuklah buat bengkel dalam masa yang singkat, etc.
Bulan May nih jugak baru tergedik-gedik nak
ganti posa. Makanya of coz la kan kena bayaq fidyah nanti sebab memang tak akan
sempat nak ganti X hari posa Memang tak senonoh perangai. Tatau la
kenapa tak bley ganti posa at least 1 hari seminggu pun kan. At least dapat la
3 hari sebulan. Tatau perangai lagho tak ketahuan nih bila nak abih nih.
#Wishlist lepas raya onwards sampai 31
Disember adalah nak menggantikan posa yang sure akan jadi dalam Y hari tuh.
Hopefully by end of May nih jugak MB berbesar
hati la nak buat mesyuarat board opis supaya dapat keputusan tentang bonus opis
yang dah tertangguh sekian lama. Jika dapat, putuskan dapat, tidak la satu opis
ternanti-nanti gitu.
Next week F akan exam pertengahan tahun
selama seminggu. Disebabkan dia masih di alam dinosaur dia tuh, makanya the
best yang den bley buat adalah minta dia buat past questions yang den dah beli
online daripada sorang cikgu dengan rege RM 20 tuh. Berbaloi-baloi RM 20 tuh
sebab dapat soalan dari darjah 1 sampai darjah 6 dari tahun 2015 sampai
pertengahan 2017. Berbaloi sangat-sangat.
Ujung May nih jugak semua umat Islam akan
mula berposa di bulan Ramadhan. Harap Ramadhan nih akan jadi Ramadhan yang
lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas. Harapannya dapat la mengkhatam
Quran kan? Dah lama gila kot tak khatam Quran. Lagu Bruno Mars bley nyanyi
sakan-sakan tapi nak baca Quran satu ain pun tak terbaca-baca.
Lepas tuh nak mula menulis entries on London
yang den tak start satu habuk ape pun huhuhuhuhuhuhu.
Banyak betoi aktiviti nak buat bulan Mei nih
kan.
0 Comments