Farm In The City, Seri Kembangan
Lokasi dia adalah sangat berdekatan dengan
Giant Taman Equine, Seri Kembangan.
Dia ala-ala mini zoo dalam suasana kampong
yang menempatkan haiwan yang kecik dan sederhana besar serta pokok-pokok yang
biasanya kita jumpa kat kampung.
Ada banyak spot menarik untuk amik gambo kat entrance |
Tengok ayam pun seriau depa nih |
Dah kata suasana kampung....so ada pameran jemuran cili kering & jagung |
Kalo ikut route yang dicadangkan, kita akan
jumpa kawasan kura-kura dan penyu dulu. Kat sini kura-kura dibiarkan bebas dan
kita akan diberi 2,3 helai kangkung secara percuma untuk diberi makan pada kura-kura
yang ada. Ada telur kura-kura yang tengah dieram secara incubator. Ada anak
kura-kura dalam sangkar. Ada beberapa spesies penyu dalam kolam dok berenang
dengan jayanya.
Si A nih agak berani. Sib baik tau tak kena gigit turtle sebab sibuk dok pegang kepala turtle |
Dari situ kita akan menyeberang jambatan
kecik untuk sampai ke kawasan kandang/sangkar yang menempatkan beberapa spesies
ular. Jangan lupa pandang kat atas kandang sebab kadang-kadang ada ular yang
berehat kat atas tuh.
Natural je jalan yang ada bawah sangkar ulaq nih |
Lepas tuh kita akan melalukan kandang ayam
dan burung. Burung-burung nih pun kita bley bagi makan.
Then kita akan tengok rusa, alpaca, etc di
kawasan Savannah.
Then singgah kat kolam untuk tengok ikan kai,
ikan tilapia, itik dan angsa dalam kolam. Kita akan dibagi makanan ikan secara
percuma untuk kita bagi ikan, itik dan angsa tuh makan. Kalo dah abis makanan
tuh, kita nak bagi makanan lagi, kita boleh je bagi makan lagi tapi kena beli
makanannya. Ikan koi dia besaq-besaq dan sangat berenyut-renyuk banyaknya.
Lepas tuh kitaorang lepak agak lama dekat
kawasan menangkap ikan dalam longkang (longkang fishing) dan petting area
(arnab dan guinea pig). Kat longkang fishing tuh disediakan sauk ikan dan baldi
kecik untuk kita coba tangkap ikan tuh. Den cakap coba sebab longkang tuh agak
dalam dan lebar bagi budak-budak bawah 7 tahun dan ikan-ikan dia adalah ikan
yang berenang laju tuh. Ada gak la adegan A hampir tersungkoq masuk dalam kolam
tuh sebab dia sakan bersungguh-sungguh nak tangkap ikan tuh. Kalo depa letak
ikan emas yang berenang terkedek-kedek tuh memang in sya Allah ada la ikan yang
bley disauk. Tapi kalo dah dapat sauk ikan dan letak dalam baldi, karang ada la
plak budak yang meraung kalo tak dapat bawak balik ikan tuh (nih anak-anak den
la nih). So den rasa memang longkang fishing nih direka untuk bagi pengalaman
budak-budak rasa coba menangkap ikan je gamaknya. Tapi budak-budak nih happy je
la. Jenuh la nak suruh depa berhenti daripada coba menyauk ikan tuh.
Sakan no gayanya menyauk ikan tapi sekoq pun tak dapat |
Depan longkang fishing nih ada kawasan untuk
beramah mesra bersama arnab dan guinea pigs. Budak-budak akan dibagi 2,3 urat
kangkong untuk dibagi makan pada arnab dan guinea pigs. Lama jugak spend masa
kat sini sebab budak-budak sibuk nak pegang arnab tuh. Bley je angkat arnab
tuh. Disediakan simple info camne nak angkat dan pegang arnab dengan betoi.
Sebelah longkang fishing dan petting area
nih, disediakan restoran yang juai ayaq, aiskrim dan makanan ringan. Disebabkan
kebanyakan budak-budak memang akan spend banyak masa depa kat dua tempat nih,
makanya parents bley berehat di kawasan teduh minum ayaq sambil perhatikan
anak-anak.
Lepas spend masa almost 30 minit kat sini,
kitaorang tengok pelbagai jenis burung kakak tua di Kampong Mahmood.
Lepas tuh tengok plak iguana, cicak, etc. Kat
sini ada pekerja yang akan bantu kita kalo kita nak pegang cicak besar dan anak
ular sawa. F memang tak akan pegang la tapi A yang memang adventure skit tuh
dengan muka selamba petting these two creatures.
Relax je A membelai cicak kubing ke cicak ape pun den tatau |
I okay je pegang ulaq nih |
Sebelum keluar kitaorang melalukan kawasan
untuk menunggang anak kuda (pony ride). Yang nih memang favourite F. A plak tak
berani nak naik. RM 7 untuk satu pusingan. Agak mahai sebab kecik je kot
kawasan dia tapi dah itu regenya blasah je la.
Last sekali sebelum keluar singgah kat photo
booth.
Dekat beberapa tempat memang ada pekerja yang
akan ambil gambo kita sekeluarga yang kita boleh beli kalo berminat dekat booth
gambo masa kita nak keluar nanti. Sekeping gambo rege RM 22. Memang mahai bagi
den tapi kalo dah memang takde sape yang ambil gambo kita satu keluarga yang
semenggah skit, bley la kot bley sekeping untuk kenangan. Kalo nak gambo
diprint atas tshirt atau mug, harga dia lain.
Sebelum sampai ke parking, kita memang akan
jumpa tempat yang paling ngeri untuk parents iaitu souvenir shop. Souvenirs
berkaitan Farm In The City (keychains, fridge magnets, tshirts, etc) memang
wajib ada. Yang tak menahan tuh mainan macam kereta, ultraman, etc pun ada
jugak. Mainan yang biasanya rege dalam RM 6.90 kat sini dah jadi RM 15.90.
Bersedialah untuk poket rabak di sini.
Sebelah souvenir shop nih ada kedai untuk
main bersama kucing. Per person RM 5 katanya tapi tak sure RM 5 tuh untuk sejam
ke ape.
Kesimpulannya, tempat nih sesuai untuk
dilawati bagi kita mengenal beberapa spesies binatang dan pokok-pokok kampong
yang sekarang dah jarang jugak nak jumpa especially kalo kita duduk kat bandar.
Antara pokok-pokok yang ada kat sepanjang
perjalanan kita nak tengok binatang nih termasuklah pokok buah jambu air, pokok
cempedak, pokok buluh, etc. Kalo kita pergi kat kawasan yang hujung sekali
(ladang sayur dan buah-buahan), kita akan dapat tengok macam-macam pokok dan
sayur tapi disebabkan anak-anak den tak nak masuk sebab depa nak tengok
binatang je, makanye den dapat menjeling je la kat kawasan nih.
Kalo OKU berkerusi roda macam sukar skit nak
jalan kat sini sebab ada beberapa kawasan yang jalannya tak beberapa rata.
Kitaorang amik masa 2 jam jugak untuk
menghabiskan round untuk tengok hampir semua binatang (ada 2 routes yang
kitaorang terlepas pandang rasanya). As usual kitaorang sampai sini tengahari
rembang at 12 tengahari. Memang berpeluh-peluh pengsan la by time kitaorang
abis berjalan kat sini.
Antara kemudahan yang disediakan adalah
surau, restoran, toilet yang bersih (termasuk toilet OKU), tempat berehat, etc.
Dekat almost setiap kawasan disediakan sinki
dan hand wash. So tak perlu risau kalo kita dah pegang-pegang binatang tuh,
kita bley je basuh tangan segera.
Dekat setiap kandang/sangkar akan disediakan
maklumat tentang setiap binatang yang dipamerkan. Dekat pokok-pokok pun
disediakan jugak maklumat nih.
Disediakan juga mesin untuk kita beli token.
Token nih bley digunakan untuk beli makanan binatang, bayaq untuk naik kuda
atau kiddies rides tuh, etc.
Parking yang disediakan tak banyak mana tapi
ada anggota Rela akan guide kita kat mana nak parking kalo parking dah penuh.
Waktu operasi adalah seperti berikut:
Harga tiket bagi pemegang MyKad adalah lebih
murah daripada harga tiket normal. Free admission untuk kanak-kanak dengan
ketinggian di bawah 90 cm.
A lebih 90 cm tinggi |
Untuk family, bley check dulu website depa
atau tanya kat kaunter tiket promotion apa yang ada. Macam sekarang nih ada
promosi macam banner kat bawah nih:
Ada satu group daripada taska tengah joint
education tour masa kitaorang datang tuh. Even taska F pun pernah datang sini
tahun lepas.
Sapa-sapa berminat nak tanya apa-apa pasal
tempat nih atau pakej yang disediakan bley contact depa kat 03-89412099/3099
atau email depa tour.fitc@gmail.com.
0 Comments