Layanan Pak Eddie sepanjang den kat Bali memang best sangat.

Sangat punctual. Setiap kali janji nak keluaq pukoi berapa, 10 minit sebelum waktu yang dijanjikan, dia dah sampai.

Kete pun bersih dan cantik. Suzuki  L3 ke ape den pun tatau tapi untuk 2 orang penumpang memang sangat selesa.

Kalo minta dia berhenti kat tepi jalan sebab nak amik gambo, in sya Allah dia akan berhenti kalo ada tempat untuk parking tepi jalan kat kawasan tuh.

Bila kita tanya tentang restoran yang orang cakap kena makan kalo mai ke Bali, dia akan bagitau restoran tuh sebenaqnya halal ke atau was-was sebab tatau itik/ayam tuh disembelih ke tidak.

Knowledgeable dan klako Pak Eddie nih.

Sepanjang kitaorang naik kete dengan dia macam-macam ceite dia dok habaq. Daripada adat-adat yang ada kat Bali, isu-isu semasa macam kenapa Uber dan Grab tak dibenarkan di Bali, adakah lepas letupan kat Bali pada tahun 2002 tourism di Bali merosot, etc, ketua polis Bali yang baru, Gabenor Jakarta, Presiden Jokowi, politics in Indonesia, ulamak-ulamak yang terkenal kat Indonesia, sapa yang buka sekolah pondok, etc….nih topic yang kawan den la sembang dengan Pak Eddie, den tumpang dengaq je.

Den sembang topic retis dengan Pak Eddie. Pasal Julia Perez, Kris Dayanti, Anang, Asyraf Muslim, Lydia Kandau, Boery Mantika, etc. Nih je pun topic yang den minat dan tau pun….hehehehee.

Kira seimbang la kan. Kawan den tanya topic ilmiah dan heavy, den seimbangkan dengan topic ringan dan santai.

Ada dekat beberapa tempat yang kitaorang dapat harga entry fee tempatan bukan harga pelancong sebab Pak Eddie koba kat tukang tiket tuh kitaorang orang tempatan (ada rupa Indon rupanya kitaorang nih hehehehehe). Tapi tak ingat entry fee kat mana.

Bagus sangat pelayanannya. Serious best meletops.

Even sampai kitaorang dah sampai Malaysia, dia masih bertanya khabar.

Masa dan kos bagi setiap perjalanan yang kitaorang di Bali bersama Pak Eddie:

Day 1 - Dari Ngurah Rai International Airport ke Sapu Lidi Resort dan Spa, Ubud. Dalam 2 jam rasanya. Rp 250,000 @ RM 85.

Day 2 - Tegalalang Rice Terrace - Batur Hot Spring - Desa Penglipuran - Kopi Luwak - Pura Tirta Empul. 9.30 pagi - 6 petang. Rp 430,000 @ RM 145.

Day 3 - Sapu Lidi Resort dan Spa, Ubud - Yulian Beach Inn Kuta. 2 jam. Rp 250,000 @ RM 85.

Day 5 - Ayunan Wanagiri Buleleng - Pura Danau Bratan - Jatiluweh Rice Terrace - Pura Tanah Lot. 8.30 am - 6 petang. Rp 500,000 @ RM 168.50.

Day 6 - Yulian Beach Inn Kuta - Ngurah Rai International Airport. 40 minit. Rp 80,000 @ RM 27.

Total cost untuk kereta dan driver untuk semua trip yang kitaorang buat kat atas adalah Rp 1,510,000 @ RM 509. Totally worth it for us. Sorang baru dalam RM 254.50.

#Kos adalah yang ditetapkan oleh Pak Yanto (PIC ytobalitour tuh). Tips yang kita nak bagi pada Pak Eddie terpulang pada diri kita. Dia memang tak sebut pun. Atas kita la camne.

Nombor Pak Yanto +6281236540997 dan Pak Eddie (tourist guide nye) +6281237824412.

In sya Allah depa boleh propose tempat yang best untuk berjalan kat Bali, tempat makan yang halal, etc.

Of coz ada ramai tourist guide yang baguih-baguih dan cemerlang di Bali, den cuma kongsi info pasai tourist guide yang sudi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada den kat sana. Tapi disebabkan den terkalut sangat dok amik gambo kat sana, terlupa nak amik gambo tourist guide den tuh. Fb Pak Eddie adalah Edi Ytobalitour.
Den & Pak Eddie....sort of...

0 Comments