1. Jangan hanya stay kat Kuta. Bermalam jugak kat Ubud dan tempat-tempat lain base on tentative program dan bajet. Setiap tempat contohnya Kuta dan Ubud offer kita pengalaman yang berbeza. Ubud lebih kampong skit. Kuta adalah bandar.

2. Google map adalah benda paling terpenting untuk kita bergerak sendiri tanpa guide.

3. Perlu tourist guide (driver + kete) sebab ada tempat yang memang jauh, jalan bengkang bengkok, naik turun bukit, etc dan kena naik kete kecuali kita memang la backpackers @ hard core traveler yang memang naik moto ke mana-mana dan ada banyak masa nak explore Bali.

4. Den still nak promote Pak Yanto (owner) +6281236540997 dan Pak Eddie (tourist guide nye) +6281237824412 sebab pelayanan depa memang meletops, setuju nak terima tentative program yang kitaorang buat sendiri, harga berpatutan, tepati masa, kereta bersih dan selesa, rajin berceloteh sepanjang perjalanan, etc.

5. Kalo setakat berjalan kat Kuta dan kawasan berdekatan macam Sanur, Nusa Dua, pantai-pantai berdekatan macam Pantai Pandaman, Pantai Suluban, Pantai Padang-Padang, etc better amik moto sebab boleh berjalan sesuka hati ikut jadual kita dan banyak tempat boleh pergi di samping dapat menghayati keindahan alam dengan lebih best….angin sepoi-sepoi bahasa kena muka, etc. In sya Allah traffic tak mengerikan sangat. Kalo dah memang biasa merempit di Pekan Meru tuh in sya Allah bley bawa moto dengan jayanya la kat Bali nih. Eh banyak plak cerita tukang bonceng motor nih ye.

6. Beli sim card untuk data line. Murah je. 3GB rege Rp 50,000 @ RM 17 boleh guna lama gila. Kitaorang guna tuh untuk survey jalan guna google maps, cari tempat makan, etc daripada 2nd day kat Bali sampai la kat airport tak abis-abis lagi. Guna secara berleluasa plak tuh.

7. Pakai kasut/sandal yang selesa. Den cadangkan bawa kasut sukan untuk berjalan ke almost semua tempat. Sandal pakai masa jalan-jalan bersantai kat Kuta masa nak breakfast ke dinner. Selipar bley bawa ke pantai.

8. Bawa baju yang selesa especially kalo nak berjalan kat Champuhan Ridge Walk tuh sebab memang akan berpeluh ketiak sementara nak menyampai dekat Karsa Café tuh. Lepas tuh kena jalan balik 2 km lagi. Memang la berpeluh pengsan. Kalo nak pakai baju ropol-ropol masa pergi melawat pura/kuil dan pantai okay la kot.

9. Untuk sapa-sapa yang biasa bawa kiddos tracking, etc in sya Allah akan okay je la berjalan-jalan kat Bali bagi tempat-tempat yang den dah pergi tuh. Tapi untuk orang spesies macam den yang bawak anak-anak berjalan kat Tesco pun dah rasa nak pengsan, trip ke Bali seumpama tentative den nih macam kurang sesuai la.

10. Sila booking sapeda motor awai-awai ye. Maksudnya kalo pagi esok lepas subuh dah nak keluaq berjalan, malam tuh dah booking siap-siap coz kebanyakan kedai bukak pukoi 9 am. Kalo idok jadi la macam kitaorang on the last day tuh, terpaksa amik moto di kedai yang jauh dari hotel dan dengan harga yang sangat tinggi.

11. Sila activate kan kad atm untuk oversea’s withdrawal in case kot-kot terlumayan plak berbelanja lalu perlu keluarkan duit lagi. ATM yang den ternampak di Ubud dan Kuta adalah Maybank dan CIMB.

12. Bawa sun block kalo nak melepak di pantai. Kalo idok jadik la macam den nih ha….hangus teruk kulit.

13. Bawa baju hujan sebab cuaca sekarang tak menentu due to climate change (gediks nak letak perkataan skima).

14. Bawa ubat-ubat yang sempoi. Nasib baik buong packing kan den ubat demam, sakit kepala, selsema, air garam, etc sebab agak terpleot jugak den lepas kena hujan berterusan on the 2nd day tuh. Dah makan ubat demam semua, semangat je nak berjalan hari-hari seterusnya.

15. Walopun Pak Eddie dan ramai orang kata beli souvenirs kat Krishna atau Bali Agung sebab tuh dah macam one stop centre untuk souvenirs tapi den rasa kalo kita terpegi mana-mana tempat macam Pura Tirtha Empul, Campuhan Ridge Walk, etc bley je tengok-tengok souvenirs yang ada kat situ sebab souvenirsnya berbeza, unik dan ada yang tak dijual di Krishna tuh.

16. Kalo nak pergi semua tempat cam den dah pergi, memang perlu spend masa at least 6 days 5 nights kecuali kalo hari ketibaan di Bali adalah tengahari. So boleh teruih pergi visit ke mana-mana tempat. Kalo camtuh bley pendekkan masa kepada 5 hari 4 malam dengan syarat flight balik ke Malaysia adalah malam.

Rasanye tuh je la kot tips tak seberapa yang den bley share. Orang lain dah berkurun lama pergi Bali nih. Den umoq 38 tahun nih la baru ada rejki nak jejak kaki kat sana. Mungkin tips den nih dah banyak diceite dek orang lain tapi den kongsikan aje coz katanya sharing is caring kan.

0 Comments