Thanks A Million
To my dear friend…my travel buddy…there is no
amount of gratitude I could express for your persistence, patience, etc to make
the trip to Bali happened. The best vacation ever so far.
Thanks a million.
Disebabkan den nih pemalas dooh nak buat apa
pun, semua perkara disettlekan dek my friend.
Tapi disebabkan dia nih memang sejak
dulu-dulu kitaorang kawan sampai la sekarang nih mempunyai justifikasi dan Key
Performance Index (KPI) yang sangat tinggi dalam almost all aspect dalam hidup
dia, memang la elok den bagi dia yang uruskan semuanya supaya dia tak end up
paranoid, susah hati, jiwa kacau, etc dan akhirnya boleh buat kitaorang
bertekak yang membawa kepada sakit hati berpanjangan langsung tak jadi pergi
trip. So den biaq je dia buat keputusan untuk semua perkara berkaitan trip
berjimbaan nih.
Kalo dia kata kita pergi 4 tempat 1 hari, den
ikutkan aje.
Kalo katanya tido dekat hotel cikai, den okay
aje.
Kalo dia kata kita naik moto, walopun den
tengok map yang dia print tuh macam ngeri je nak naik moto, den iyokan aje.
Kalo jatuh tergolek nanti, sama-sama la kita cedera gittew kekdahnya.
Kalo dia kata ada change of plan, mula-mula
nak tidoq Kuta, tiba-tiba tukaq tidoq kat Ubud dulu, den layankan aje.
Kalo dia kata tengok tarian kecak memang
takde dalam agenda, den pasrah je walopun den tak pernah tengok pun tarian tuh.
Kalo katanya kena berjalan berpusing 2,3
rounds untuk cari tempat makan yang dia berkenan, den ikut je walopun
sebenaqnya kaki dah lenguh gila, rasa nak tidoq kat tepi koridor kat dalam mall
tuh dan rasa nak nangis sebab dah penat sangat.
Kalo dia tanya ‘nko nak pi sini tak, nko nak
makan kat sini tak, etc’, den iyakan aje sebab it means dia dah study pasai
tempat tuh dan dia berminat untuk berjalan/makan kat sana.
Masa dia tanya nak pergi tak trip belah
Bedugul tuh (trip hari ke 5) walopun rege kereta + tourist guide mungkin Rp 1
juta @ RM 337, den cakap kita pergi aje la sebab den teringat betapa excited
nye dia ceite pasai nak tengok Pura Danau Bratan yang gambaqnya ada kat duit Rp
50,000 tuh.
That’s what makes our friendship works I
guess after all these years walopun ada satu jangkamasa tuh kitaorang tak
bercakap langsung….those time when we were young and silly.
Sorang perfectionist, suka planning ahead,
ada back up plan, suka buat research, paranoid, etc…this is my friend.
Sorang lagi apa-apa je la labu…I follow...den
okay je….nih den la nih.
But above all, dia buat 99% of works to make
the trip happened.
Dia la yang dok cari rege tiket yang paling
mampu milik ikut perkiraan dia. Tiket RM 335 pergi balik sorang.
Dia buat research sorang-sorang pasai tempat
yang menarik untuk dilawati tak ikut pakej yang dioffer oleh tour guide. Dia
buat tentative program sendiri. Ada 2 tempat kalo tak silap den yang tour guide
tuh pun tak pernah sampai iaitu Ayunan Wanagiri Buleleng dan Desa Penglipuran.
Dia dah cari info pasai semua tempat yang dia
dok sebut tuh dengan jayanya dan sangat detail. Dia buat research macam baca
blog sampai 3, 4 blog untuk satu-satu tempat yang kitaorang pergi tuh. So den
biaq je la dia yang buat keputusan semua.
Den nih map Bali yang dia email last year
untuk den tengok pun den tak tertengok-tengok sampai la kitaorang pergi Bali sebab
I am so lazy like that.
Dia yang pilih tourist guide dan deal dengan
Pak Yanto dan Pak Eddie tentang tempat yang nak pegi, route yang terdekat,
rege, etc.
Dia jugak ceite kat den secara ringkas apa istimewanya
setiap tempat yang dia nak pergi tuh. Info pasai tempat-tempat yang dicadangkan
nak pergi yang dia email kat den sampai ke sudah la den tak tengok.
Dia yang buat dan kira semua bajet. Setiap
kali den dah simpan RM5 dalam certain amount, den bagi kat dia untuk simpan
dalam tabung berjalan den.
Dia uruskan semua bayaran.
Dia yang booking hotel, print boarding
ticket, check in kan kitorang, etc.
Dia dah study kat restoran mana yang ada
makanan halal dan pilih menu nak makan apa.
Dia yang bawa moto sambil dok bersabaq dengan
peel den yang duk suruh dia slow down, jangan potong kenderaan lain, etc.
Dia guna kad kredit dia apabila perlu.
Dia yang activate kan kad atm Maybank dia in
case kitaorang tak cukup cash nak berjimbaan kat Bali.
Me? Den tak buat apa-apa pun.
The only thing that I did adalah memilih penginapan
di Ubud dan Kuta. Tuh pun senarai pendek resort/hotel yang den berkenan dia
pre-approved dulu hhehehehehe. Nasib baik la resort/hotel yang den pilih tuh
okay, kalo terpleot mampuih la den kena bebel sepanjang masa kat sana
heheheeehhehee.
Oh my…..bila dah list down kan apa yang dia
buat dan den buat untuk menjayakan sesi berjimbaan ke Bali nih, nampak sangat
den nih pemalas nak mampus dan ala-ala diva tak sedaq diri. I am such a
horrible friend.
Babe…..thanks for everything;
for making the trip materialized;
for making the trip so wonderful, memorable,
unforgetable and super awesome;
for putting up with my behaviour throughout
the trip;
for keep on reminding me to enjoy the view
and the moment, jangan dok sibuk amik gambo;
for your understanding bila den tak dapat nak
panjat sawah padi kat Tegallalang tuh sampai abis;
for giving out your hand masa den nak
tergolek kat sawah padi di Jatiluwih tuh;
for giving me the best portion of kepala ikan
kat Warung Sambal Mak Beng;
for bersabarudin membiaqkan den mengambik
gambo setiap food yang kita nak makan walopun masa tuh nko dah lapaq gila.
Walopun nko dok membebel tentang kemenyampahan terhadap addiction den mengambik
gambo, nko still biaqkan den amik gambo food tuh heheheehhehe;
for agreeing to melepak 2 jam lebih kat
Pantai Pandawa dan 1 jam di Pantai Jimbaran walopun kita tak bawa sunblock….end
up sun burn kaw-kaw dua-dua ekoq but it was super worth it;
for melayan den bercerita tentang hal duniawi
yang tak berkesudahan eventhough for most of the time you gave unsolicited, unreliable
and unrealistic advices;
for bertabah hati biaq den membonceng motor
walopun nko dok membebel motor susah nak balance sebab berat den berlebihan,
etc;
for not getting mad at me a lots coz I were
the worst co-pilot ever (tak paham macam mana nak tengok google map tuh, asyik
terlepas simpang, asyik terkonpius stesen pertamina dan marts yang dok ada,
etc);
for waiting patiently kat Water Blow untuk
amik gambo den bila water blow tuh berlaku;
for being my photographer walopun towards the
end of each day, hang dah mengamuk jadi Hulk sebab dah tak larat nak mengambil
gambo den yang sakan berposing di sana sini. In my defend, I never knew I have
the ‘cam-whore trait’ in my genes. Rupa-rupanya 550 keping gambaq den hang
ambik. No wonder hang jadi incredible hulk; and
for being super awesome friend eventhough most
of the time you are a pain in the ass.
Babe….lets revisit Bali.
p/s 1 mamat yang tanya hang jam dah pukoi
berapa tuh masa kita kat Pantai Suluban memang meletops six pack abs dia adalah
confirm jatuh dalam kategori anak-anak ikan. We are getting old babe. We are
going to be 40 next year. Cuma den lagi vogue daripada hang sebab hang dah ada
uban hehehehehee.
0 Comments