Dari Nusa Dua nak ke Pandawa Beach nih jalannya bley tahan jauh. Lepas tuh lalu jalan pekan yang agak sempit dan jam. Sempat la merasa hembusan asap bas 2,3 kali dalam perjalanan nih. Muka dah la berminyak masa kat water blow sebab panaih lit-lit, ditambah plak kena asap bas, memang happening la.
Kitaorang sampai kat Pandawa Beach nih dalam dekat-dekat pukul 12 tengahari. Masa tuh tak beberapa ramai orang sangat dok melepak kat pantai nih. Parking motor sekali masuk Rp 2000 @ RM 0.67. Ada entrance fee setiap sorang Rp 8,000 @ RM 2.70 kalo kita orang tempatan, kalo orang luar tatau berapa sebab masa orang tiket tuh tanya ‘orang tempatan ke?’ member den pi cakap ‘ya’ (nampak sangat muka kitaorang macam orang Indonesia ye). Tapi tiket untuk orang luar lagi mahai la dari tiket orang tempatan macam kat Malaysia pun la (with MyKad price or without MyKad price camtuh).
Kaunter tiket
Ada beberapa construction tengah dibuat kat sini
Ada tarian kechak at 6 pm
Parking kete yang luas

Pantai Pandawa nih lagi cantik daripada Pantai Kuta untuk den sebab pasir dia putih dan haluih sangat. Lepas tuh warna ayaq laut dia macam turquoise camtuh. Sampah pun takde kat pesisir pantai nih. Tatau la sebab den mai waktu tengahari ke ape. Kalo petang penuh sampah plak tatau la kan. Lepas tuh tak crowded sangat. Tuh yang paling best rasanya.
Halus mulus pasir dia


Rancangannya nak berjalan kat pantai sekupang dua lepas tuh gerak ke next check point.

Alih-alih rasa cam best plak melepak kat pantai nih, rasa cam nyaman-nyaman camtuh.
My utmost fav photo kat sini. Rasa macam ootd camtuh. Tudung sect 8 RM 8, blouse dah 10 tahun tak ingat berapa rege & seluaq giant RM 20.
Rasa macam ujan rintik-rintik

Teruih la sewa 2 kerusi + payung untuk Rp 50,000 @ RM 16.70 untuk 3 jam. Dah seronok celup-celup kaki kat ayaq laut, baring-baring sambil dengaq hempasan ombak kat pantai, macam dahaga la plak kan. So ordered la teh botol.
Den dok berehat-rehat
Gambo nih pun nak amik. Eh suka ati den la.

Lepas tuh lepak berehat-rehat sampai sejam camtuh je tak buat apa. Seronok rupanya berehat tak buat apa-apa sambil dengaq bunyi ombak.

Kat Pantai Pandawa nih ada banyak aktiviti pantai yang bley buat macam kayaking, etc. Gerai makan memang banyak gila. Toilet yang den sempat pergi pun bersih.

Memang akan ada kumpulan tukang urut yang bergerak tanya kita nak urut ke tak. Kitaorang pun terjebak la jugak dengan sesi mengurut nih. Urut kaki (30 minit) + urut belakang (30 minit) dengan rege Rp 100,000 @ RM 33.70 sorang.
Pelbagai gerai makan
Pilih je yang mana berkenan
Cantik betoi kain lapik untuk urut

First time diurut sambil mendengaq deruan ombak….serious best sangat. Masa urut belakang tuh den macam terlelap sekejap. Lepas siap urut tuh, tiba-tiba pantai tuh macam penuh orang (masa urut belakang tuh kita telangkup badan, so tak nampak la apa jadi kat tepi pantai. Bangun-bangun je tengok ramai gila orang).

Ikutkan hati bley je lepak sejam lagi sebab sewa kerusi + payung tuh 3 jam tapi disebabkan ada 3 check points lagi nak pegi makanya dengan berat hati terpaksa la tinggalkan pantai nih at 2 pm.

By the time kitaorang sampai kat parking motor, nampak banyak bas persiaran yang bawa pelancong dok parking. So den rasa masa terbaik untuk datang ke sini adalah waktu pagi masa orang tak ramai sangat supaya kita bley enjoy the moment.
View Pandawa Beach dari kawasan tertinggi kat situ

Pantai Pandawa nih antara tempat yang den nak datang lagi kalo den repeat Bali. Nak duduk melepak kat kerusi tuh dari pagi sampai petang. Berehat baca buku + urut, etc. Sure best.

0 Comments