Restoran nih terletak dekat Kuta tapi macam tersorok skit. Walopun sebenaqnya dia terletak kat tepi jalan je tapi agak jenuh jugak la nak mencarinya. Bila guna google map, kitaorang tak sampai kat the exact location (tatau la kalo kitaorang yang terpleot baca map tuh), kitaorang sampai dalam 3 minutes away from the location. Siap tanya orang bagai. Tapi kalo dah rejki tuh tak ke mana. Alhamdulillah jumpa jua akhirnya.
Yang istimewanya tentang restoran nih adalah dia terletak di dalam kawasan pokok bakau dan view kapal terbang nak mendapat kat lapangan terbang Ngurah Rai, Denpasar.

Sepanjang kitaorang makan kat situ almost 1 jam, almost selang 7, 8 minit ada je kapal terbang yang ternampak on the way nak landing tuh. Serious chantek je view dia.

Ada pelbagai menu kat sini. Ada antara menu dia yang namanya mangrove macam mangrove juice, etc.

So untuk dinner hari tuh, member den ordered ketam nipah masak apa yek den pun dah terlupa, mangrove salad dan jus mangrove.

Masa member den ceite pasai restoran nih dia dok cakap nak minum mangrove juice atau jus bakau. Den macam dok wonder celah mana depa dapat intipati bakau tuh, dari buah dia ke, dari daun dia ke, dari anak pokok ke dari mana.

Masa member den ordered mangrove salad tuh den suspek depa letak daun bakau dalam campuran salad tuh.

Mangrove juice tuh katanya dari buah Pidada, sejenis bakau di Bali. Den tak sure la Rhizophora mucronata ke Sonneratia alba ke apa ke.  Rasanya macam ayaq limau campuran, masam-masam perit camtuh. Tak sedap sangat.

Mangrove salad tuh campuran carrot + sengkuang biasa cumanya dicampur dengan pati buah Pidada tuh jugak. Den rasa macam salad biasa je.

Tapi ketam dia memang sedap.


Untuk dinner malam tuh, rege dia RP 226,000 @ RM 76.

Disebabkan dah penat sangat berjalan naik motor hari tuh, memang la tak terlalu nak amik gambo walopun kawasan sekitar restoran especially kawasan bakau yang chantek tuh sesuai untuk amik gambo. Den dengan muka dah berminyak-minyak, member den dah pun dah bengang-bengang sebab penat, makanya takde la bergambo sangat kat sini.
Member den dah malas nak layan amik gambo sebab dah penat. So gambo adalah tak sharp.
Antara aktiviti yang ada kat restoran nih ikut hari

Kena coba makan kat sini sebab food dia memang boleh tahan + yang mahai tuh menikmati juadah di dalam kawasan paya bakau + tengok view kapal terbang nak mendarat.

0 Comments