Dari Pura Danau Bratan ke Jatiluwih Paddy Terrace nih amik masa hampir satu jam.

Mula-mula masa Pak Eddie berhentikan kete kat satu kawasan parking kete tuh, den macam nih je ke kawasan padi yang member den beriya-iya nak tengok tuh. Memang nampak kawasan padi tapi dari kejauhan je la. Masa tuh den terasa best lagi kot Tegallalang Paddy Terrace sebab bley turun kat kawasan padi tuh.
Mula-mula ingat nih je kawasan padi yang nak ditengok tuh.

Rupa-rupanya kawasan parking tuh entrance je. Masuk kat kawasan nih kena bayaran Rp 5,000 @ RM 1.70.

Dari kawasan parking tuh kita gerak lagi ke atas dan jumpa Jatiluwih Paddy Terrace yang sebenar….yang sangat chantek pemandangannya.

Tiket masuk ke kawasan padi nih adalah Rp 15,000 @ RM 5.10 sorang.

Kawasan padi kat sini besaq seluas mata memandang. Besaq berkali-kali ganda dari Tegallalang Paddy Terrace.

Disediakan route untuk kita berjalan kat kawasan sawah yang luas tuh termasuk kat atas batas-batas sawah. 

Gambo-gambo yang den amik kat kawasan padi nih banyak yang gelap tatau kenapa. Kamera den dah lemau sebab sakan mengambik gambo for a few days ke atau den ada terusik setting kamera tuh atau den memang terpleot tuh. Haish.
Kita bermula di sini
Info pasai kawasan padi kat sini tapi dah kabur infonye. Banyak tulisan tak dapat dibaca @ mata den memang dah kero.

Berjalan-jalan di kawasan padi kat sini okay skit sebab mungkin sebab cuaca memang baik (tak hujan) so takde batas yang berselut sangat (ada beberapa kawasan batas yang berselut dan licin) + kawasan padi bukit nih tak berlalu tinggi bukitnya kalo nak dibandingkan dengan Tegallalang tuh.
Arahan untuk ambil gambo dari angle mana

Tapi dah kalo dah namanya den tuh, tetap la jugak ada adegan hampir tergolek masa panjat naik satu bukit kecik tuh. Kalo member den tak tarik den, memang la aka nada adegan jatuh di dalam petak sawah camtuh. Haishhh.

Kawasan padi dia memang sangat luas. So sapa yang ada banyak masa memang boleh explore kat sini dengan jayanya.
Jatiluwih Paddy Terrace diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO
Air dari sungai untuk pengairan (irrigation) kawasan padi nih. Masa on the way balik nampak budak-budak dok bermandi ria kat
Tak puas tengok hijau-hijau chantek sangat
Kasut sebelah kanan yang termasuk dalam selut masa hampir tergolek tuh

Lepas dah sakan bergambo dengan pokok padi, kitaorang lunch kat restoran yang ada dekat sini. Ada banyak je restoran kat sini, terpulang nak pilih restoran mana.
Restoran yang paling banyak dijumpai sepanjang bercoti di Bali nih tapi kitaorang tak makan kat sini la
Kitaorang pilih restoran yang dicadangkan oleh Pak Eddie, restoran yang terbesaq yang dok ada kat kawasan nih. Lunch with the view gittew. Lunch sambil tengok view padi dok menghijau. Serious sangat chantek.

Restoran dia pun best dan chantek. Ada lunch secara buffet dan bley order ala carte. Kita makan seafood je la kat restoran camnih. Lunch for two adalah Rp 211, 750 @ RM 71.40.
Fish & chips + cumi & chips

Paham tak sekarang nape den kata kalo dah datang ke Jatiluwih nih kalo tak terpegi ke Tegallalang pun takpe sebab paddy terrace kat Jatiluwih nih view nya adalah sangat breathtaking.

0 Comments