Adoi la….bila la nak abis entry Bali nih. Pitam dah nak bercerita.

Mula-mula member den dah macam tak nak pergi ke tempat-tempat yang dirancang untuk hari kelima nih sebab dia kata jauh & mungkin kos supir + kereta agak mahai. Entah-entah Rp 1,000,000 @ RM 337. Disebabkan dia dari kat Malaysia lagi dok cakap teringin nak tengok Pura Danau Bratan yang ada kat duit Rp 50,000 tuh, den cakap moh je la pegi sebab dah alang-alang sampai kat Bali tuh.

Balik dari Kampoeng Kepiting Restaurant tuh baru decided nak pergi ke beberapa tempat untuk hari kelima tuh. Mujoq sangat la Pak Eddie tuh masih available.

Hari kelima di Bali dimulakan dengan breakfast pancake di Kuta, tak sampai 10 minit jalan dari Yulian Beach Inn tuh.

Pak Eddie as usual sampai 10 minit sebelum 830 am kat lobi.

Mula-mula kitaorang pergi Ayunan Wanagiri Buleleng, jalan nak ke sini macam ala-ala nak pergi Cameron Highland. Perjalanan amik masa 2 jam setengah untuk sampai kat sini.

Lepas tuh kitaorang pergi Pura Danau Bratan yang member den terkinja-kinja sangat nak pergi tuh.

Dari situ gerak ke Jatiluwih, kawasan penanaman padi bukit yang lagi happening daripada Tegallalang. Lunch kat sini.

Akhir sekali pergi ke Pura Tanah Lot sebelum balik ke hotel.

Sebenaqnya nak singgah satu tempat lagi iaitu Angseri Hot Spring tapi disebabkan Pak Eddie dah terlepas simpangnya maka tidak la kami ke situ huhuhuhuhuhu.

Walopun pergi empat tempat je hari kelima nih tapi still sampai kat hotel dalam 6.30 petang sebab jarak perjalanan yang jauh.

Lepas mandi keluaq dinner kat Plengkung Restaurant dalam 15 minit berjalan kaki dari hotel.

Trip hari kelima nih cost us Rp 500,000 @ RM 168.50 untuk kereta + supir. Truly worth it.

0 Comments