Bali According To Pak Eddie
Kemain nko tajuk omputih ye.
Tapi serious Pak Eddie nih sangat cemerlang
menjalankan tugasnya sebagai tourist guide yang sangat passionate dengan
kejenye.
Antara anekdot yang den teringat masa sembang
dengan Pak Eddie.
Maksud BALI adalah Bersih, Aman, Lestari dan
Indah.
On Balinese People (pure orang Bali). Orang
Bali akan berkahwin selepas makwenya mengandung. Mengandung dulu baru kawin.
Tuh memang adatnya.
Jika dah kawin, anak yang dilahirkan
perempuan. Suaminya boleh dibenarkan kawin lagi sorang. Jika dapat anak
perempuan jugak, kena ambil anak angkat lelaki daripada adik-beradik.
Polis adat lagi berkuasa daripada polis
biasa.
Jenayah memang minima sebab jika ada pencuri
yang ditangkap, dia akan diserahkan kepada polis ada, kalo terbunuh, polis
biasa pun tak bley buat apa.
Soalan : Kenapa resort nih namanya Sapulidi
Resort dan Spa
Pak Eddie : Sebab udah ngak ada nama lain
lagi yang available.
He has a funny bone in him.
Ada banyak upacara agama di Bali.
Orang luar tidak dibenarkan memiliki hartanah
di Bali. Boleh memajak tanah tapi tanah mesti atas nama orang Indonesia.
Uber dan Grab tidak dibenarkan beroperasi di
Bali.
Zidane dan David Beckham ada membangunkan
perkampungan sukan di Bali tapi tanah masih milik orang tempatan.
Omputih akan berjalan-jalan di Bali dari
sebulan hingga 2 bulan atau sehingga visa depa tamat. Depa biasanya akan duduk
di homestay yang bayarannya dalam RM 1,500 - RM 2,000 sebulan.
Bangunan di Bali tidak dibenarkan dibina
melebihi tinggi pokok kelapa sebab kelapa adalah objek suci kat Bali nih. So
hotel semua paling tinggi adalah 4 tingkat.
Restoran Bebek Tepi Sawah yang popular di
Bali adalah was-was untuk dimakan sebab tak pasti cara penyembelihannya.
Presiden Jokowi adalah Presiden yang terbaik
Indonesia pernah ada.
Masyarakat Trunyan tidak mengebumikan mayat
tetapi setiap mayat akan diletak di pokok cendana sampai la reput. Tak akan bau
busuk sebab bau pokok cendana wangi sangat.
Mayat penganut hindu perlu dibakar supaya
rohnya sampai ke syurga. Kos pembakaran memakan sehingga ratusan juta rupiah.
Kalo tak cukup duit untuk bakar mayat, mayat akan disimpan dulu di bawah rumah
(di tempat khas yang memang disediakan) sehinggalah anak lelaki atau cucu cicit
mempunyai duit yang cukup untuk buat upacara pembakaran tuh.
Nombor plat kenderaan kat Bali nih berbeza
ikut warna. Pak Eddie kata kete polis akan pakai plat warna kuning. Majlis
bandaran akan pakai plat warna hijau ke merah (dah tak ingat). Tapi yang pasti
sapa yang beli kete @ motor yang masih ada hutang dengan bank, plat nye warna
putih. Sapa yang dah takde hutang dengan bank, plat nya warna hitam.
#den terpikir kalo konsep warna camnih
terpakai kat Malaysia, haruslah 90% plat kete kita warna putih sebab ramai kot
yang berhutang dan lama jangkamasa hutang tuh (9 tahun).
Ternampak kebun bunga gemitir masa on the way ke Ayunan Wanagiri Buleleng. Minta Pak Eddie berhenti tepi jalan untuk amik gambo sekupang kat sini. Pak Eddie pun layan je. |
0 Comments