Water Blow yang menarik.
|
Fenomena water blow yang nak diceritakan |
Dari Warung Sambal Mak Beng ke Nusa Dua untuk
tengok water blow tuh memang la agak jauh lagi-lagi bila hujan agak boleh tahan
di kala kita naik motor. Siap masuk highway, merentas sungai, bayaq tol,
melepasi pemeriksaan keselamatan baru la sampai kat Nusa Dua nih. Dalam sejam
jugak perjalanannya.
|
Very the colourful pondok tol dia. |
|
Segar sangat pokok bakau dia. View masa berhenti nak bayaq tol. |
|
Sampai ke hujung jambatan nih baru la dapat sampai ke Nusa Dua. Memang agak sakit pungkok naik motor almost sejam lebih nih. |
Nusa Dua nih kawasan hotel yang elitis
gittew. Semua hotel mahal-mahal ada kat sini la.
|
Peta kawasan Nusa Dua. Nama hotel semua pun gempak-gempak. |
|
Perancangan akan datang. Nak buat breakwater katanya. |
|
Kat mana-mana memang ada je patung-patung. |
Sampai kat entrance kena parking semua
kenderaan di luaq tuh termasuklah motor. Masuk kat sini free sahaja sebab macam
taman terbuka untuk orang awam.
Kawasan Nusa Dua nih luas sangat. Water blow
merupakan salah satu tarikan kat kawasan nih. Yang lain-lainnya ada pantai yang
cantik. Ada taman yang lapang sangat yang kita bley berpicnic bagai. Untuk
pantai tuh den tak sure kalo khas untuk penghuni hotel yang ada kat situ tapi
ada je la orang ramai dok melepak dan main ayaq laut. Kat taman memang bley
jumpa beberapa orang dok berkelah, bawa anak main bola, etc.
Dari entrance Nusa Dua nak ke tempat Water
Blow tuh dalam 15 minit berjalan kaki. Kita akan tempuh dulu pantai dan kawasan
taman terbuka tuh.
|
Dah cakap kat sini batu karang dia tajam dan licin. So kena extra hati-hati kalo nak memanjat batu karang masa nak amik gambo |
Water blow nih sebenaqnya hempasan ombak ayaq
laut di celah-celah batu karang yang ada kat situ. Actually kat Pura Tanah Lot
pun ada jugak water blow nih tapi orang lebih pokos pada pura tuh itself so
orang tak ceite sangat pasal water blow tuh.
Water Blow kat Nusa Dua nih ada kat satu
tempat je. Walopun kawasan batu karang dia agak luas tapi water blow berlaku
kat satu tempat je. Nih maybe due to bentuk batu karang dia atau kekuatan ombak
tuh sendiri ke camne den pun tak kuasa nak menyiasat.
|
Kronologi fenomena water blow. Ombak sampai kat batu karang. |
|
Ombak menghempas batu karang. |
|
Permulaan water blow. |
|
The water blow. Tapi yang nih tak tinggi sangat. Ada water blow yang lagi tinggi tapi den tak sempat nak capture plak huhuhuhuhu. |
|
Berakhirnya fenomena water blow tuh. |
Masa kitaorang sampai sini dalam pukoi 10++
pagi rasanya tapi masa tuh matahari dah tegak. Duduk tepi pantai plak tuh.
Memang panas sangat rasanya tapi untuk amik gambaq memang chantek la.
Dekat kawasan yang berlaku water blow nih disediakan
satu platform untuk kita ambil gambaq (pandai betoi depa sediakan infra untuk
tujuan pelancongan kan). Kalo bawa budak-budak kecik atau orang tua bley je
amik gambo water blow kat platform nih. Tak perlu panjat batu karang yang tajam
dan licin tuh.
|
Jenuh ooi nak menunggu water blow di kala panaih lit-lit |
|
Den yang muka berminyak-minyak bersama water blow di platform yang disediakan |
Kena bersabaq nak ambik gambo kat water blow
nih coz hempasan ombak nih berlaku pada masa-masa tertentu depend kat arus ayaq
laut tuh la kan. Ada water blow yang berlaku selang 5 minit. Ada yang jadi
lepas almost 10 minutes. So sila bertabah bila nak amik gambaq kat sini sebab
nak menunggu water blow tuh terjadi.
Lepas tuh bukan kita sorang nak mengambik
gambaq kat sini. So redho je la kalo masa kita bergambaq dengan water blow tuh,
ada termasuk sekali gambo orang lain dalam gambaq kita tuh.
|
Another water blow. Den kat ujung kanan bawah tuh baru nak menapak atas batu karang nak amik gambo. Sanggup k memanjat batu karang yang tajam tuh demi nak amik gambo. |
|
Den bersabaruddin menunggu water blow berlaku. |
Rasanya dalam 30 minit jugak kitaorang
melepak kat water blow sebab nak tunggu water blow tuh berlaku. Den sempat amik
gambo water blow di 3 tempat berbeza, kat atas batu karang, kat platform dan
tepi jalan. Bising jugak la member den yang kena tunggu sama sebab nak amik
gambo den dengan water blow kat ketiga-tiga tempat tuh. Sakit telinga wei dia
punya hingaq tuh. Haish.
|
Antara fenomena water blow yang sempat dicapture |
|
View dari platform yang sama di sebelah kanan. Takde water blow di sini walopun ada jugak ombak dan batu karang. |
|
Dari platform nak ke gerbang entrance water blow. Nih la view dia. Chantek kan. |
|
Another reminder for all visitors |
|
Betoi-betoi sebelah pintu gerbang water blow tuh. So bley beli ayaq kat sini. |
On the way nak ke tempat parking motor tuh,
sempat la singgah sekupang dua untuk ambik gambaq kat taman dan pantai yang ada
kat situ. Pasir pantai kat sini pun haluih dan putih je. Mungkin kat Bali nih
almost semua pantainya chantek-chantek agaknya.
|
Chantek sangat hijau dia tuh. Patung kat belakang tuh den tatau patung apa. Tak pi baca pun apa ditulis kat tugu tuh. |
|
Tugu kenangan penanaman pokok oleh wakil delegasi persidangan World Trade Organization (WTO) pada 1993. Malaysia kat nombor 60. |
|
Kombinasi warna langit & hijau rumput memang sangat wow. |
|
Ada disediakan perkhidmatan sewa basikal untuk meronda kat kawasan nih. |
Tapi memang la dok panaih lit-lit kat sini.
Bley terasa pedih-pedih kat muka. Dah la takde sunblock kan. Memang mendapat
la.
Water blow nih memang chantek kalo kita nak
ambik gambaq cuma Nusa Dua nih agak jauh dari Kuta tapi kalo dah sampai Bali
tak tengok water blow nih rasa macam terugi skit.
Kalo sapa yang mai sini maybe bley
peruntukkan at least sejam setengah atau 2 jam untuk tengok water blow, melepak
kat taman dan pantai yang ada. Baru berbaloi rasanya dah alang-alang jauh
perjalanan dari Kuta tuh.
Sila
datang sini k.
0 Comments