Warung Sambal Mak Beng
Dari hotel di Kuta ke kedai nih yang terletak
di Sanur dalam 20 minit jugak la naik motor. Cari guna google map. Kedai nih sebelah
dengan jeti untuk pergi ke Pulau Nusa Penida yang orang kata chantek yang den
tak siasat pun camne cantiknya sebab den memang malas.
Parking motor kat sini Rp 1,000 @ RM 0. 34.
Pak Eddie cakap kedai nih dah bertapak almost
40++ tahun. Lama gila kot bertahan dengan satu menu je iaitu sup kepala ikan
laut + sayur, ikan goreng + sambal + nasi putih. Tuh je menu dia k. Takde menu
lain. Kalo mai sini memang makanannya itu sahaja ye. Ayaq minum ada pelbagai
pilihan skit.
Untuk set makanan tuh regenye Rp 45,000 @ RM
15.20.
Kedai dia comel je. Tempat duduk pun tak
banyak tapi pelanggan dia silih berganti. So memang lepas makan kena
cepat-cepat bangun sebab ada je orang nak duduk nanti. Waktu menunggu makanan
sampai memang kejap je la tak sampai 10 minit pun rasanya.
Kata member den sup kepala ikan + sayoq (den
suspect macam timun) tuh yang paling istimewa. Member den kata sedap sangat sup
tuh dia makan licin takau. Den rasa okay je la. Cumanya sangat kenyang la sebab
dah makan sup kepala ikan, lepas tuh ada sepotong ikan goreng lagi. Den rasa
jenuh la nak mengabiskan meratah kepala ikan + ikan goreng tuh.
2 set untuk 2 orang makan |
Sup kepala ikan + sayoq yang agak pedas |
Set untuk sorang |
Sup dia agak pedas. Den yang agak boleh makan
pedas pun macam terkesima jugak dengan kepedasannya. Kombinasi pedas + panas
memang la ngam sangat.
Yang buatkan makanan nih rasa lebih sedap
sebab dia hidang panas-panas + rasa sup ikan + ikan goreng dia tak hanyir.
Tak
sure la plak ikan apa dia guna. Macam tenggiri, macam jugak ikan merah tapi den
bukan kenai ikan pun makanya makan aje la.
Orang popular termasuk retis yang pernah makan kat sini katanya tapi sorang pun den tak kenai |
Ada beberapa kedai makan lain yang ada
hidangan sup kepala ikan nih tapi member den kata kedai nih yang terpaling
famous camtuh.
0 Comments