Lepas keluaq dari Batur Hot Spring, Pak Eddie bawa kitaorang makan kat Restoran Batur Sari di Kintamani. Restoran halal dan siap disediakan surau yang sangat besar di sebelahnya.

Disebabkan ujan dok berterusan kat sini + orang ramai gila makan lunch kat sini, den cuma amik 5 keping gambo pemandangan kat sini, gambo restoran, etc semua den tak amik. Macam tak percaya je kan. Ha…tapi tuh la yang berlaku. Boleh google sendiri la gambo restoran tuh ye.

Kat sini rasanya den terjumpa orang Malaysia dalam 3, 4 kumpulan. Masa kitaorang sampai tuh meja semua dah hampir penuh walopun dok ujan

Kita boleh order ala carte atau makan buffet kat sini. Den makan buffet. Lauk pauk dia banyak jugak. Ada buah-buahan, nasi dan lauk pauk, satay, sup, etc.

Disebabkan kepala den pun dah agak weng sebab asyik kena ujan, den makan apa yang lalu je sampai member den pun tanya pasai pa makan skit sangat (nampak sangat den memang diketahui suka makan banyak dengan jayanya).

Rasa food dia biasa-biasa je, macam banyak yang tawaq (tatau la kalo depa nak cater untuk omputih yang suka makan tawaq nih) atau pun den yang rasa camtuh sebab kepala dah weng sebab kena ujan.

Sambil makan kita mengadap pemandangan Gunung Berapi Batur. Memang la chantek. Kalo tak ujan, sure nampak view yang lagi best. Tapi dah rejki den datang waktu ujan, den redho je la ye, nak diapakan lagi.
View masa ujan berhenti sekejap
Chantek kan view nih
Ramai orang makan kat sini walopun ujan.
Nih je den makan untuk lunch walopun bayaq RM 45 sebab kepala dah weng
View di kala ujan
Member den kata harga makanan dia adalah inclusive of the view sebab it’s a eating with a view concept. Kata member den la. Sebab tuh la rege makanan camtuh.

Selain Batur Sari nih, ada je beberapa restoran lain yang berada sebaris dengannya yang offer view Gunung Berapi Batur semasa menjamu selera cuma Pak Eddie kata tak banyak yang halal.

Rege buffet dia Rp 133,500 @ RM45/sorang dah termasuk segala service charge bagai. Nih rege yang member den bayaq kat kaunter. Mula-mula pelayan dia suruh bayaq kat tempat kita duduk makan tuh tapi regenya jadi Rp 145,000 @ RM 49/orang. Tatau la beza bayaran tuh adalah tips depa ke apa. So den cadangkan kepada sapa-sapa yang singgah makan kat sini bayaq la kat kaunter supaya tak terpenin.

Kat luar restoran nih, ada beberapa orang penjual yang akan dok tanya kita nak beli tshirt ke tak. Hari tuh paling murah sorang makcik nih offer kat den adalah Rp 100,000 @ RM 34 untuk 6 helai tshirt tapi den tak beli pun. Ada je souvenirs lain yang dijual macam keychains, etc.

Kalo ikut review di tripadvisor pun, nih adalah tempat yang popular untuk makan tengahari kalo ke Kintamani.

Dalam 30 minit gak la kitaorang makan kat sini sebelum bergerak ke Desa Penglipuran.

0 Comments