Lepas Pak Eddie anto kitaorang balik ke resort, kitaorang sewa motor. Sebenaqnya ia adalah skuter. Lepas mandi, teruih naik moto pergi ke Restoran Bale Udang dengan berpandukan google map (sim card dah beli masa on the way balik ke resort dari Pura Tirtha Empul tuh).

Walopun dah ada google map tapi dah namanya den yang jadi penunjuk arah, memang la agak terpleot. Dah la malam dan dah mula hujan, redah je la mencari restoran nih.

Mujoq sangat-sangat restoran nih tak jauh dari resort, dalam 15 minit naik moto dan terletak di tepi jalan besar.
Bas rombongan pelancong dari China

Restoran nih chantek sangat sebab dia terletak sebelah sawah padi dan ada kolam kat mana kita boleh bagi ikan makan kat kolam nih.

Sementara nak cari tempat duduk, den sempat la amik gambaq sekupang dua kat sini. Serious memang chantek k.

Menu apa nak makan den serahkan kat member den coz dia dah siasat menu apa best masa kat Malaysia lagi. So den layankan je. Katanya berdasarkan blogs yang dia baca, ramai  yang cadangkan makan Gurame Mangga Muda. Den ikut je.

Restoran nih memang best k. Satu sebab pemandangan dia ada sawah dan kolam. Satu lagi sebab kita boleh pilih nak duduk makan kat setting kedai makan biasa atau kita boleh makan sambil bersila kat dining area buluh sambil bagi makan ikan.
Kitaorang duduk kat salah satu pondok

Kitaorang pilih nak duduk kat tempat makan buluh tuh. Disebabkan kepenatan satu hari berjalan + ditimpa hujan dengan sakannya, den tak larat nak bergerak amik gambo banyak sangat kat kawasan nih. Kaki pun dah terpleot + kepala pun dah mula weng. Makanya den berehat-rehat je la.
Gambaq sudu pun nak amik. Sibuk je member den bebel kat den.

Sedap je la food dia den rasa. Menunya sempoi je. 1 lauk. 1 sayur. 2 ayaq. Jumlahnya RP 214,000 @ RM 72. Boleh bayaq guna kad kredit di sini.
Dinner malam tuh

Lepas makan memang takde nak menghayati suasana nyaman ke ape sebab ujan makin lebat. So dalam keadaan hujan-hujan tuh kitaorang balik ke resort.

Lepas makan panadol, den teruih tidoq pengsan tak sempat tengok tv walopun banyak je siaran menarik.

0 Comments