Pejeng Road, Ubud
Sesi berjimbaan diteruskan dengan naik moto
melalui Pejeng or Kejeng Road nih. Dari Champuhan Ridge Walk tuh dalam 5 minit je
naik motor melalukan Ubud Tradisional Market (den tak singgah pun kedai-kedai
kat sini sebab den tak minat pun barang-barang berseni lagi-lagi kalo topeng,
patung-patung camtuh).
Laluan nih special jalan raya dia
ditulis/dilukis dengan macam-macam perkataan dan corak. Takde la jauh mana
jalan nih dalam 500 m kot tapi menarik dan unik sebab tak pernah jumpa jalan
camnih.
Kiri kanan jalan ada kedai dan rumah.
Semua gambo diambik dari atas motor je |
Jalannya landai je sampai ke hujung. Sampai
situ ada jalan naik bukit yang agak tinggi yang den agak berdebar takut jatuh
tergolek dari motor. Dalam 100 m jalan menaik bukit nih kita akan jumpa kawasan
jalan landai balik. Kat sini kita akan jumpa kampong yang rumah-rumahnya
sebelah sawah padi.
Masa kitaorang mai tuh, sawah kat kawasan
padi nih dah abis musim menuai. So takde la view menghijau sawah padinya tuh.
Tapi den sempat amik gambo sekeping je kat
sini sebab dok ketakutan naik bukit tuh dengan motor huhuhuhuhu.
The one and only photo |
Kalo dah terdatang ke Campuhan Ridge Walk
tuh, singgah je la ke sini sebab dekat sangat.
0 Comments